Now Reading
Menggelupur ‘Cari Nyawa’. Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman Diserang Covid-19

Menggelupur ‘Cari Nyawa’. Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman Diserang Covid-19

Nak cuba buka oksigen dari mulut pun tak boleh, sampaikan terkapai-kapai mencari ‘nyawa’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Beberapa hari yang lalu, Malaysia dikejutkan dengan pemergian selebriti terkenal tanah air, Siti Sarah Raissuddin yang telah pergi menghadap Ilahi pada 9 Ogos 2021.

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un.

Siti Sarah, suami yang juga pelawak, Shuib serta seluruh keluarganya telah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Arwah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas tahap oksigen menurun. Arwah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan dan akhirnya selamat melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan.

BACA SINI: Kenali Siti Sarah Raisuddin: Pemergian Yang Beri Kesan Kepada Orang Ramai

Ibu hamil kongsi pengalaman diserang Covid-19

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: Envato)

“Perit tak terkata.”

Itu antara perkataan yang keluar untuk memberikan gambaran betapa Covid-19 ini adalah benar dan tidak boleh diambil mudah dan ringan. Terlalu bahaya, lebih-lebih lagi buat ibu hamil di luar sana.

Satu perkongsian melalui Aplikasi Telegram telah diambil melalui screenshot dan dikongsikan oleh pengguna Facebook Azie Abdullah bertujuan untuk dijadikan pengajaran buat orang ramai mengenai peritnya diserang virus merbahaya ini.


Nota: Perkongsian ini memang agak panjang, anda boleh refer satu per satu melalui screenshot yang dikongsikan untuk memahami lebih lanjut tentang prosedur pihak hospital merawat pesakit Covid-19 ini.


Bayangkan, merawat pesakit Covid-19 yang hamil bukanlah sesuatu yang mudah. Doktor perlu mendahulukan si ibu supaya mereka dapat memberikan oksigen kepada bayi mereka.

Wanita hamil perlu divaksinasi secepat mungkin

Kredit: Bernama

Pelatih Pakar Bedah iaitu Dr. Amalina Che Bakri menasihati wanita hamil mendapatkan vaksin Covid-19 secepat mungkin berikutan golongan itu berisiko tinggi mendapat jangkitan teruk, melahirkan bayi pramatang atau kematian.

Menurutnya, kajian melibatkan 7,530 wanita hamil menerima vaksin dan 7,530 tidak divaksin menunjukkan bahawa yang sudah divaksin kurang berisiko untuk mendapat jangkitan berbanding mereka yang tidak divaksin.

Setakat ini seramai 130,000 wanita hamil di Amerika Syarikat (AS) dan 50,000 di United Kingdom (UK) sudah mendapat vaksin, tanpa ada isu keselamatan terhadap ibu dan bayi. Ia menunjukkan vaksin adalah selamat untuk ibu mengandung dan kandungan. Data dari UK menunjukkan ibu mengandung yang mendapat dua dos lengkap tidak dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 kerana mereka sudah mendapat perlindungan, sebaliknya mereka yang mendapat jangkitan teruk adalah yang tidak divaksin atau belum mendapat dos kedua.

Pelatih Pakar Bedah, Dr. Amalina Che Bakri melalui Instagram.

Tambahnya lagi, memetik Kajian Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi (RCOG) telah mendedahkan bahawa vaksin boleh diberi kepada ibu mengandung tidak kira tahap kehamilan.

Wanita mengandung perlu melengkapkan dua dos sebelum melahirkan atau sebelum masuk trimester ketiga kerana ini adalah peringkat yang paling genting.

Pada tahap ini risiko paling tinggi tanpa mengira umur wanita hamil. Justeru golongan ini digalakkan untuk mendapat vaksin kerana risiko yang tinggi kepada mereka. Untuk di Malaysia, mereka boleh berbincang dengan Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) untuk berbincang mengenai kebaikan dan risiko.

Pelatih Pakar Bedah, Dr. Amalina Che Bakri melalui Instagram.

Untuk ibu mengandung di luar sana yang masih belum mendapatkan temu janji vaksinasi, boleh refer perkongsian di bawah:

Semoga kita semua dijauhkan daripada virus yang membunuh ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd