Now Reading
[Video] Shuib Ucap Terima Kasih Buat Mereka Yang Mendoakan Siti Sarah

[Video] Shuib Ucap Terima Kasih Buat Mereka Yang Mendoakan Siti Sarah

Tak dapat bayangkan bagaimana rasanya berada di tempat Shuib sekarang setelah kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Hari ini (9 Ogos), rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita menyayat hati dan begitu menyedihkan di mana seorang selebriti terkenal tanah air iaitu Siti Sarah Raissuddin, 37, telah menghadap Ilahi awal pagi tadi.

BACA SINI: Kenali Siti Sarah Raisuddin: Pemergian Yang Beri Kesan Kepada Orang Ramai

Tidak dinafikan, pemergian arwah benar-benar memberi impak kepada jutaan rakyat Malaysia yang turut mendoakan kesejahteraan serta kesembuhan arwah sebelum ini apabila disahkan positif Covid-19.

Namun apakan daya, Allah lebih menyayangi arwah.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Shuib ucap jutaan terima kasih

Sebuah video telah dimuat naik di instagram @era.je di mana menunjukkan suami arwah Siti Sarah iaitu Shuib, yang merupakan pelakon dan pelawak terkenal mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang tidak berhenti mendoakan arwah isterinya.

Untuk pengetahuan anda semua, jenazah Allahyarhamah baru selesai ditayamumkan dan disolatkan sebentar tadi. Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Siti Sarah telah menerima rawatan rapi selepas disahkan positif Covid-19 dan ketika itu dia berada dalam keadaan mengandung.

Arwah walau bagaimanapun selamat melahirkan bayi lelaki di usia lapan bulan kandungan dengan cara pembedahan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd