[VIDEO] Abang Long Nak ‘Balun’ Satu Selangor. Apahal Pula Ni?
Video-video parodi oleh Douglas memang tak pernah mengecewakan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sebut sahaja nama Douglas Lim, pasti ramai familiar susulan video-video parodi yang dimuat naik olehnya di media sosial. Dia merupakan seorang komedian yang begitu popular pada masa kini.
Antara video parodi yang meraih perhatian orang ramai adalah parodi di mana dia ‘menyamar’ sebagai Bekas Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ketika beliau mengadakan sidang media untuk mengulas insiden tren di Kelana Jaya.
Memang kelakar, tak tipu.

(Kredit: CARI Infonet)
Baru-baru ini Douglas Lim kembali lagi dengan video terbaru bertajuk “Selangor Kena Sound Abang Long” pula. Video tersebut telah dimuat naik dua hari yang lalu dan telah berjaya meraih lebih 88,373 ribu tontonan di Instagram dan 111,933 ribu tontonan di YouTube.
Difahamkan, mesej di sebalik video tersebut bukanlah semata-mata untuk dijadikan bahan tertawa, namun ada perkara yang perlu difahami oleh beberapa pihak ketika dunia sedang mengalami waktu yang mencabar ini.
Gua buat live, gua nak balun satu Selangor ni. Lu dengar sini kerajaan Selangor, tiap-tiap hari anak jati Selangor keluar kena attack dengan virus KOBIS ni, apa kau buat? Duduk dalam ofis, main tiktok, isap vape, test drive kereta, apa kau buat?
Klip petikan “Selangor Kena Sound Abang Long” di YouTube/Douglas Lim.
Bukan setakat itu sahaja, dia turut mengetengahkan isu ujian saringan dan menjelaskan bahawa ianya adalah ‘scam’.
Ujian saringan untuk orang Selangor free, tapi kalau untuk orang Selangor yang busy? Ada fikir? Ni yang buat aku bengang ni. Nak bagi, bagi semua. Jangan main-main!
Klip petikan “Selangor Kena Sound Abang Long” di YouTube/Douglas Lim.
Dia turut mengulas tentang bagaimana kerajaan ‘menagih’ ketika meminta sokongan rakyat, dan bila dah sokong, lain pula ceritanya.
Tambah lagi pada waktu pandemik sedang melanda negara ketika ini.
Warganet beri pujian


Tapi apa pun, korang kena layan dulu video ni. Memang menghiburkan hati betul!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.