Now Reading
Kenapa Menara Tangki Air Selalu Dibina Tinggi?

Kenapa Menara Tangki Air Selalu Dibina Tinggi?

Tangki air dibina dalam keadaan tinggi dan tiada pam kerana fungsinya dikaitkan dengan sistem tekanan air.

Kenapa Menara Tangki Air Selalu Dibina Tinggi Ya?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Menara tangki air adalah salah satu alat yang sangat diperlukan di setiap premis terutamanya di kawasan perumahan bagi membekalkan air kepada pengguna.

Tapi kalau anda perasan, menara-menara ini kebiasaannya diletakkan di kawasan tinggi. Jarang pula tengok tangki air termasuk yang berada di dalam rumah anda diletakkan di atas tanah.

Persoalannya kenapa?

Untuk merungkai persoalan ini, jom kami tampilkan penjelasan untuk anda. Mesti ramai yang tertanya-tanya juga kan?


Kepentingan Tangki Air Untuk Berada Di Kawasan Tinggi

Untuk pengetahuan anda, menara tangki air yang merupakan pusat tadahan dibina dalam keadaan tinggi kerana fungsinya dikaitkan dengan sistem tekanan air.

Tekanan air dihasilkan menerusi daya tarikan graviti dan bergantung kepada ketinggian tangki. Senang kata lagi tinggi kedudukan tangki air, lagi tinggi tekanan air akan terhasil.

Sumber air terawat akan dipam menggunakan unit paun per inci persegi (PSI) melalui alat pengukur khas yang akan menolak air ke atas dan memenuhi tangki.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: UKAS)

Sebagai contoh, jika tangki air berada pada ketinggian 115 kaki dan tekanan 50lbs digunakan untuk mengisi tangki, pam memerlukan 50 lbs PSI yang akan menyediakan 2.131 kaki Head in untuk memindahkan air dalam paip dari Loji Rawatan Air ke menara tangki air.

Dengan pengiraan ini, jurutera dapat membuat perancangan rapi untuk mengukur tahap ketinggian yang diperlukan untk memastikan sistem berkenaan mendapatkan tekanan sepatutnya dalam menara air.

Penggunaan air berubah-ubah sepanjang hari. Kebiasaannya bekalan air lebih banyak digunakan pada waktu siang dan kurang mendapat permintaan pada tengah malam.

Mengekalkan bekalan air di bawah tekanan dan dalam keadaan terkawal juga boleh mengelakkan pengumpulan bakteria disebabkan air bertakung di dalam paip.


Kes Kemalangan Disebabkan Oleh Tangki Air

Terdahulu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, Kota Bharu, Kelantan, dua orang pelajar perempuan dilaporkan mengalami kecederaan selepas tangki air utama pecah dan jatuh di kawasan pejalan kaki.

Insiden tersebut disedari selepas satu bunyi seakan-akan letupan kuat berlaku di bahagian bangunan pejabat.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhammad Zaki memaklumkan tangki utama tersebut telah pecah ketika waktu rehat pelajar tingkatan satu, dua dan tiga.

Sumber: Harian Metro/ TikTok @ameiraaa

Malah, insiden hampir sama turut berlaku di sebuah pangsapuri di Taman Mas, Puchong, Selangor pada Oktober tahun lalu apabila air dari atas bangunan mencurah seperti air terjun dan terkena pada beberapa kenderaan.

Berikutan itu, sebanyak enam kenderaan milik penduduk pangsapuri itu dilaporkan rosak teruk kerana dihempap oleh serpihan tangki air yang pecah. Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Susulan beberapa kejadian yang berlaku ini, diharapkan pihak bertanggungjawab dapat menjaga fasiliti ini dengan baik agar peristiwa buruk tidak kembali berulang.

BACA JUGA: Tular Video Air Terjun Di Pangsapuri Kerana Tangki Pecah, 6 Kereta Rosak Teruk [Video]

BACA JUGA: Tangki Air Sekolah Di Kelantan Pecah, Dua Pelajar Cedera Parah Di Kepala & Leher


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd