Now Reading
Maybank MAE Kini Sokong Pembayaran QR DuitNow Di Singapura, Indonesia & Thailand

Maybank MAE Kini Sokong Pembayaran QR DuitNow Di Singapura, Indonesia & Thailand

Penukaran mata wang juga akan dipaparkan secara automatik menerusi aplikasi Maybank MAE ini.

maybank mae

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Maybank, aplikasi perbankan mudah alih MAE kini telah menyokong transaksi QR DuitNow rentas sempadan termasuk di negara-negara jiran iaitu Singapura, Indonesia, dan Thailand.

Ciri ini membolehkan pengguna yang melancong ke negara tersebut boleh melakukan transaksi/pembayaran QR secara terus kepada peniaga di mana kadar penukaran mata wang akan dipaparkan secara automatik.

Kemudahan ini juga dibenarkan buat para pelancong dari luar negara yang membuat pembayaran tanpa tunai di Malaysia dalam nilai mata wang ringgit menggunakan pembayaran yang menyokong.

Had transaksi seharian adalah sehingga RM1,000 atau bersamaan dengan RM1000 dalam mata wang asing. Akan tetapi, jika pengguna ingin menukar had transaksi harian juga boleh dilakukan menerusi tetapan di aplikasi MAE sendiri.

Nota: Pengguna perlu membuat pengesahan (verification) untuk mana-mana transaksi pembayaran melebihi RM250.

Sumber: amanz.my

Aplikasi Maybank MAE.

Aplikasi Maybank E-Wallet (MAE) merupakan dompet digital yang menawarkan perkhidmatan ‘cashless’ yang bersesuaian dengan teknologi pada alaf baru ini.

Dengan aplikasi MAE, pengguna boleh membuka akaun dan melakukan pelbagai transaksi perbankan serta pembayaran daripada telefon mudah alih.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengasingkan wang untuk dimasukkan ke dalam tabung digital dengan mengaktifkan ciri ‘auto-deduct’.

Selain itu, anda juga boleh menyemak semula segala perbelanjaan bulanan menggunakan akaun Maybank dalam bentuk pie chart yang menarik. Mana tahu boleh insaf bila tengok banyak shopping bulan itu.

BACA JUGA: Ada Duit Lebih? Ini Cara Menyimpan Di Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd