Now Reading
Ada Duit Lebih? Ini Cara Menyimpan Di Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i)

Ada Duit Lebih? Ini Cara Menyimpan Di Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i)

Menurut Baha, harga 1 gram yang ditawarkan oleh miga-i adalah mengikut spot price dan harga dari Maybank itu sendiri, tetapi murah sedikit kalau nak dibandingkan dengan platform lain.

cara simpan duit lebih

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Duit ini kalau tak disimpan di medium yang betul, cepat sahaja ‘lesap’.

Entah apa yang dibelanjakan, tahu-tahu duit semakin mengurang. Sebab itulah pentingnya menyimpan untuk masa hadapan. Tak kiralah apa jua target anda, dengan pandemik yang melanda sekarang ini, anda disarankan untuk memiliki wang simpanan walaupun sedikit.

Dengan berita tentang kadar dasar OPR makin menaik pula, adalah lebih baik jika anda mengetepikan wang simpanan terlebih dahulu sebelum berbelanja.

Nafsu berbelanja pun harus ditangani!

BACA JUGA: Praktik Formula Simpan Duit Ini Untuk Hidup ‘Goyang Kaki’ Masa Umur 55 Tahun Nanti


Cara ‘park’ duit lebihan

Seorang pengguna Facebook (Baha Lacky) pada 4 Mei lalu telah berkongsi cara-cara untuk anda membuat simpanan melalui Maybank Islamic Gold Account-i (miga-i) untuk mengasingkan duit lebihan ataupun duit raya anak-anak.

Mana tidaknya, duit ini jika ada di depan mata, memang licin. Baiklah menyimpan supaya boleh ‘diberanakkan’.

Baca perkongsian penuh di bawah:

“Siapa yang sejenis susah nak menyimpan cash? Tak tahu mana nak park duit raya anak-anak? Alhamdulillah ada duit lebih sikit bulan-bulan? Boleh cuba buat simpanan melalui maybank islamic gold account-i (miga-i). Boleh beli emas serendah RM10. Nak daftar akaun pun senang melalui m2u sahaja,” tulis Baha.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  • Login Maybank2U
  • Klik ‘Wealth’
  • Klik Maybank Islamic Gold Account-i
  • Klik ‘Apply Now’

Untuk mereka yang baru ingin bermula, isi dan sahkan segala info yang diperlukan. Bila dan berjaya aktifkan akaun, anda boleh bermula untuk beli dan jual emas.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut.


Harga 1 gram mengikut spot price.

Menurut Baha, harga 1 gram yang ditawarkan oleh miga-i adalah mengikut spot price dan harga dari Maybank itu sendiri, tetapi murah sedikit kalau nak dibandingkan dengan platform lain.

Spread buyback pun rendah.

“Nak monitor untung rugi pun senang. Beli hari ini esok harga naik, kita tahu berapa % dh untung. Kalau harga turun? Ha, itulah asam garam. Objektifnya, dah ada gram dalam tangan,” jelas Baha.

BACA JUGA: Ini Cara Simpan Duit Ke Tabung Haji Tanpa Caj. Senang Setel!

Menurutnya lagi, dia baru sahaja menebus emas 5gam 999.9, brand IGR dan jika anda ingin mengetahui sama ada emas itu mesra Ar-Rahnu atau tidak, boleh ajukan seolan kepada pihak Ar-Rahnu sendiri terlebih dahulu.

“Kalau tengok harga ambo topup gold sikit2 dulu, total 5 gram average RM243/g.. hari ni harga kalau SELL, dapat RM260/g.. jadi total beli 5 gram, RM1219.. kalau SELL hari ni dapat RM1301 = 6% profit.

“(Exit plan masing2, kalau nak cash lebih, boleh sell terus tru miga-i, kalau nk fizikalkan emas, blh redeem). Nak redeem ada caj. (Kategori caj ada di website). Kalau tak silap nak redeem fizikal hanya di selected Maybank branch.. courier pun boleh,” tulis Baha.


Pilihan Lain

Dia turut berkongsi bahawa terdapat banyak lagi medium simpanan emas yang ada dan telah dicuba sendiri olehnya, antara yang dipercayai adalah:

  • GAP by Public Gold
  • Uncang Emas by KAB GOLD
  • HELLO GOLD
  • Program tabung dirham-dinar by KL ASSAY dan lain-lain.

“Masing2 ada t&c, kelebihan sendiri. Asalkan ada gram di tangan. Maaf sobat sharing ini bukan nak tunjuk pandai (maaf kalau ada salah info) apatah lagi ambo bukan lah ejen mana2 syarikat emas.

“Cuma bercerita pada saing sahabat yang belum & nak mencuba.. ambo ada dalam bidang Ar Rahnu, ambo saksi emas boleh bantu sekiranya kita dlm keadaan terdesak.”


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd