Now Reading
Krenovator Perkenal AI CV Maker Untuk Bantu Perkemas Penulisan CV. Free Je!

Krenovator Perkenal AI CV Maker Untuk Bantu Perkemas Penulisan CV. Free Je!

Salah satu fungsi penting AI CV Maker oleh Krenovator ini ialah ia membantu mengurangkan kesilapan, terutamanya dalam hal-hal bahasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Krenovator Technology Sdn. Bhd. (Krenovator) baru sahaja memperkenalkan AI CV Maker dalam platform bakat teknologi mereka. AI CV Maker ni membolehkan bakat-bakat teknologi buat curriculum vitae (CV) secara digital dalam beberapa minit je dengan bantuan kecerdasan buatan atau AI melalui empat langkah je.

Selain tunjuk CV secara online dalam platform Krenovator, AI CV Maker ini juga menghasilkan CV mengikut format Applicant Tracking System (ATS) yang boleh dimuat turun oleh pengguna. AI CV Maker ini boleh digunakan terus oleh pengguna tanpa bayaran.

Ini adalah tool AI terbaru dalam platform Krenovator selepas syarikat ini memperkenalkan pembantu pengekodan AI yang dikenali sebagai Abraham.

Mewujudkan CV yang menarik perhatian pengurus pengambilan pekerja adalah suatu cabaran biasa yang dihadapi oleh ramai bakat teknologi. Menyedari hakikat inilah, kami terdorong untuk menawarkan pembuat CV berkuasa AI melalui platform kami, dengan kelebihan menghasilkan CV yang berformat ATS.

Ketua Pegawai Eksekutif Krenovator, Mahadhir Yunus.

AI CV Maker Penting Untuk Kurangkan ‘Error’

CV format ATS adalah penting kerana ia memudahkan pengguna Krenovator yang mencari pekerjaan jarak jauh atau “remote” untuk berkongsi butiran kelayakan dan latar belakang mereka dengan menggunakan format yang diiktiraf dan diterima pakai oleh syarikat-syarikat di seluruh dunia.

Satu lagi fungsi penting AI CV Maker oleh Krenovator ini ialah ia membantu mengurangkan kesilapan, terutamanya dalam hal-hal bahasa.

Sebagai tambahan kepada format PDF, setiap CV yang dihasilkan akan tersedia dalam talian dalam domain awam melalui pautan web khusus, memudahkan majikan mengaksesnya pada bila-bila masa dan dari mana sahaja.

Contohnya: app.krenovator.io/cv/NAMA.

Krenovator tetap komited untuk menyediakan peralatan-peralatan berkuasa AI kepada komuniti bakat teknologi kami, dan AI CV Maker ini satu lagi contoh daya dedikasi kami.

Ketua Pegawai Eksekutif Krenovator, Mahadhir Yunus.

Krenovator: Platform ‘Tech Talent’ & Usahawan Sosial

Untuk pengetahuan anda, Krenovator iaitu sebuah syarikat teknologi (Tech Talent Platform) – menawarkan akses kepada bakat khusus untuk memberikan peluang kepada setiap individu terpilih di luar sana yang ingin menambah serta mengasah bakat sedia ada dalam dunia teknologi.

Nak belajar ‘coding’ pun mereka ada sediakan, secara percuma pula tu!

Sumber: Krenovator.

Krenovator turut menyediakan kelas dan latihan ‘coding’ secara percuma ini pada setiap bulan, diikuti dengan sokongan komuniti dan bimbingan rakan sebaya.

Untuk mereka yang berminat, boleh mulai mendaftar di [LINK INI].

BACA JUGA: Syarikat Ini Anjur Kelas Coding Percuma Untuk Bantu Asah Kemahiran & Teroka Bidang IT


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd