Now Reading
Lotus’s Malaysia Tawar Diskaun Hingga 50% Sempena Ramadan & Raya Yang Bakal Tiba!

Lotus’s Malaysia Tawar Diskaun Hingga 50% Sempena Ramadan & Raya Yang Bakal Tiba!

Promosi, ganjaran dan aktiviti Sama-Sama Riang Berganda di cawangan Lotus’s Malaysia bermula dari 29 Februari sehingga 24 April 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pelanggan Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) berpeluang untuk menyambut Ramadan dan Raya dengan penjimatan hebat sehingga 50%.

Penjimatan itu termasuklah 3,600 jenis keperluan seperti makanan, minuman, bahan-bahan segar, pakaian, peralatan dapur dan memasak, bahan masakan, produk pencuci serta kelengkapan untuk rumah terbuka di bawah tema Sama-Sama Riang Berganda.

Untuk info, promosi, ganjaran dan aktiviti Sama-Sama Riang Berganda dapat dinikmati oleh pelanggan bermula dari 29 Februari sehingga 24 April 2024.


22 Cawangan Lotus’s Perkenal Bazaar Raya World

Sebanyak 22 cawangan Lotus’s akan mengadakan bazaar dalam stor peruncit yang diperkenalkan sebagai ‘Raya World’. Ia akan mempamerkan pelbagai pilihan makanan dan minuman dari 25 jenama terkenal.

Sempena tahun persekolahan baru berselari bersama bulan Ramadan pula, rangkaian ‘Back to School’ Lotus’s yang terdiri daripada pakaian sukan, pakaian seragam sekolah rendah dan menengah serta alat tulis boleh didapati di 44 cawangan Lotus’s di serata negeri. 

Foto: Lotus’s Malaysia

18 Jenis Kurma Tersedia

Buat julung kalinya, rangkaian Lotus’s Ramadan dan Hari Raya turut merangkumi 18 jenis kurma seperti Safawi, Al-Madinah, Rabbie, Premium Lulu, Khenaizi, Dabbas, Mazafati, Medjool, Kurma Diraja Ajwa Aliyah dan Mariami.

Ia telah diimport daripada negara-negara luar termasuklah Palestin, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran, Arab Saudi, Mesir serta Turnisia.

Foto: Lotus’s Malaysia

“Hari Raya merupakan salah satu perayaan terbesar di seluruh Malaysia dan kemeriahannya boleh dirasai semasa bulan puasa lagi. Ini kerana orang ramai akan bergegas untuk membeli-belah barangan keperluan seisi rumah bagi persiapan untuk perayaan raya yang bakal tiba.

“Disebabkan ramai yang semakin bimbang dengan kadar peningkatan kos sara hidup, kami ingin menawarkan harga barangan yang terbaik serta pelbagai rangkaian produk kepada pelanggan yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat,” kata Pengarah Khidmat Korporat Malaysia Azliza Azmel.


Tawar Harga Runtuh Untuk Barangan Segar

Lotus’s turut menawarkan harga runtuh bagi barangan segar seperti RM1 untuk seekor ikan Kembung atau Cencaru serta RM4 untuk seekor Bawal Hitam.

Para pelanggan juga dapat menikmati diskaun tambahan sebanyak 28% bagi 200 rangkaian produk jenama Lotus’s.

Foto: Lotus’s Malaysia

Bagi mereka yang inginkan lebih penjimatan, kami juga menyediakan Jualan RAHMAH Raya yang menawarkan diskaun sebanyak 40% untuk peralatan dapur, alat tulis terpilih dan pakaian raya di 60 cawangan Lotus’s. Bukan itu sahaja, kami juga menawarkan rangkaian RAHMAH bagi pakaian seragam sekolah rendah dengan harga RM11.90 hingga RM22.90 di 44 cawangan kami. Kesemua 61 Medan Selera Lotus’s akan terus menawarkan Menu RAHMAH yang bernilai RM5.

Azliza Azmel.

Pendaftaran Ahli Baru Dapat Nikmati Baucar Tanpa Perbelanjaan Minimum

Ahli My Lotus’s turut berpeluang menikmati lebih penjimatan dengan baucar kategori sepanjang tahun dan pengurangan mata tebusan, di mana ahli My Lotus’s boleh menebus baucar RM5 dengan hanya 500 mata ganjaran My Lotus’s.

Manakala, pendaftaran ahli baharu akan menikmati empat baucar kategori dan dua kali ganda mata ganjaran My Lotus’s tanpa perbelanjaan minimum dalam tempoh dua minggu yang pertama.

Foto: Lotus’s Malaysia

Lotus’s Malaysia Anjurkan Aktiviti Bersama BoBoiBoy

Bukan setakat terhad kepada pasaraya sahaja, Lotus’s juga akan menganjurkan program dan aktiviti-aktiviti menyeronokkan dengan penampilan watak animasi kegemaran rakyat Malaysia BoBoiBoy di 11 buah cawangan terpilih pusat beli-belah Lotus’s.

Aktiviti-aktiviti yang pelanggan harus nantikan adalah seperti sesi ‘Meet & Greet’, permainan digital, bengkel seni dan kraf, dan pelbagai pertandingan. Barangan berjenama animasi tersebut, Boboiboy, juga boleh didapati di kawasan promosi dan di dalam stor Lotus’s.

Berikut adalah lokasi dan jadual bagi sesi Meet & Greet bersama BoBoiBoy:

  • 15 Mac 2024: Kota Bharu.
  • 16 Mac 2024: Seberang Jaya.
  • 17 Mac 2024: Tanjung Pinang.
  • 23 Mac 2024: Melaka Peringgit.
  • 24 Mac 2024: Ampang.
  • 26 Mac 2024: Shah Alam.
  • 29 Mac 2024: Desa Tebrau.
  • 30 Mac 2024: Seremban Jaya.
  • 31 Mac 2024: Indera Mahkota.
  • 6 April 2024: Mergong.
  • 7 April 2024: Kajang

Sepanjang tempoh promosi Sama-Sama Riang Berganda, pelanggan yang membeli-belah di Lotus’s Ampang, Lotus’s Mergong, Lotus’s Melaka dan Lotus’s Kota Bharu boleh menyertai dan merasai keseronokan aktiviti-aktiviti diadakan.

Malah, pelanggan juga berpeluang untuk memenangi barangan berjenama Lotus’s dan baucar tunai bernilai sehingga RM50. 


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd