Now Reading
Cipta & Rasai Momen Penuh Kenikmatan Dengan Perisa Baharu Snek Pejoy Dari Glico!

Cipta & Rasai Momen Penuh Kenikmatan Dengan Perisa Baharu Snek Pejoy Dari Glico!

Rasa Coklat Belgian dan Susu Vanilla Hokkaido Pejoy kini boleh didapati di pasar raya utama seperti di Aeon, Jaya Grocer, dan Village Grocer, serta di Shopee Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Glico Malaysia kini memperkenalkan tambahan terkini kepada keluarga Pejoy iaitu perisa Coklat Belgian dan Susu Vanilla Hokkaido!

Pejoy, snek kudapan yang digemari dari Glico kini tampil dalam bentuk biskut batang berintikan dengan krim pekat. Dua rasa Pejoy premium baharu ini dicipta khas buat anda yang suka bersantai dan berkudap sepanjang hari.

Kedua-dua perisa baharu ini diberi nama sesuai dengan bahan-bahan premium yang ada di dalamnya seperti Coklat Belgian mantap dan padu serta Susu Vanilla Hokkaido lembut.

Sumber: TRP

Bukan itu sahaja, penambahan menarik ini juga diselit dengan biskut batang yang elegan, hasil ciptaan khas Pejoy dan diperbuat daripada 100% tepung gandum import serta dicipta dengan penuh kecekapan melalui teknik-teknik pemanggangan pakar.


Glico Rai Ulang Tahun Ke-100!

Diasaskan di Osaka, Jepun pada tahun 1922 – Glico baru-baru ini telah meraikan ulang tahun ke-100! Dengan berpegang kepada matlamat syarikat “Hari Yang Lebih Sihat, Kesejahteraan Sepanjang Hayat”, Glico dengan tekun memulakan perjalanan penyelidikan, inovasi, dan komitmen demi mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat sambil menikmati kegembiraan kehidupan seharian.

Meneruskan visi untuk memperkenalkan gaya hidup ini secara global, Malaysia kini telah menjadi negara ketiga di Asia Tenggara selepas Filipina dalam menikmati kelezatan Pejoy yang memang padu ini!

Sumber: TRP

Kenny Ng selaku Ketua Eksekutif Glico Malaysia berkata, “Di Glico, kami percaya pada pentingnya penjagaan diri dan kesejahteraan keseluruhan. Sebagai syarikat yang komited untuk menyampaikan kesihatan yang baik dan rasa luar biasa, kami berhasrat membantu orang mencari cara untuk bersantai dan berehat di tengah-tengah kehidupan yang sibuk.

“Kami berharap Pejoy dan semua produk Glico akan menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari momen yang lebih menyeronokkan.”


Glico Malaysia Akan Muncul Di Kaca TV, Media Sosial, & Banyak Lagi

Glico Malaysia akan menyiarkan iklan TV di platform digital dan media sosial di lokasi-lokasi utama, termasuk KL Sentral dan Bukit Bintang untuk memperkenalkan rasa Pejoy yang baharu ini secara eksklusif buat rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan berkolaborasi dengan Pemimpin Pendapat Utama (KOL) dan pada masa yang sama, menubuhkan gerai promosi di pelbagai bangunan pejabat seperti di Menara 1Sentrum, Avenue K, dan Wisma FGV untuk membawa makna sebenar #ReclaimYourCalm kepada masyarakat Malaysia.

Rasa Coklat Belgian dan Susu Vanilla Hokkaido Pejoy kini boleh didapati di pasar raya utama seperti Aeon, Jaya Grocer, dan Village Grocer, serta di Shopee Malaysia.

Mulakan perjalanan yang mengasyikkan ini dengan #ReclaimYourCalm.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd