Now Reading
Ninja Van Rai Bulan Perniagaan Kecil Pertama Di Malaysia, Indonesia, Thailand & Vietnam

Ninja Van Rai Bulan Perniagaan Kecil Pertama Di Malaysia, Indonesia, Thailand & Vietnam

Kumpulan Ninja Van juga memperkenalkan promosi eksklusif melalui Ninja Biz iaitu aplikasi terbaru direka khas untuk perniagaan kecil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kumpulan Ninja Van iaitu syarikat logistik berdaya teknologi terkemuka di Asia Tenggara, meraikan Bulan Perniagaan Kecil pertama mereka pada bulan Oktober ini di Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Vietnam untuk menyokong pertumbuhan perusahaan kecil di setiap pasaran.

“Perusahaan kecil adalah teras operasi kami, dan dengan sambutan Bulan Perniagaan Kecil, kami menegaskan komitmen untuk memajukan pertumbuhan perniagaan kecil dengan menyediakan solusi praktikal kepada cabaran dihadapi seperti pengoptimuman rantaian bekalan dan memaksimumkan hasil dengan sumber yang terhad,” kata Winston Seow selaku Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Ninja Van.

Tambah Winston, “Mungkin cuma segelintir yang tahu, tetapi Kumpulan Ninja Van dibina di atas serpihan butik fesyen lelaki dalam talian di ambang kemunculan e-dagang di Asia Tenggara!

“Berdasarkan asal-usul kami sebagai perniagaan kecil, kami lebih mengenali cabaran yang dihadapi oleh perniagaan kecil yang lain. Ini meletakkan kami dalam kedudukan yang unik untuk menyediakan solusi praktikal dan mesra-bajet, termasuklah templat pengurusan inventori boleh dimuat turun dan aplikasi Ninja Biz untuk untuk menjimatkan kos dalam pengurusan logistik.”


Ninja Van Sentiasa Berada Bersama Perniagaan Kecil

Sejak tahun 2014, Kumpulan Ninja Van sentiasa berada bersama perniagaan kecil, menavigasi landskap e-dagang yang terus berkembang termasuklah dalam menghadapi cabaran pandemik, dan memastikan penghantaran tanpa kerumitan untuk hampir dua juta bungkusan setiap hari di seluruh Asia Tenggara.

Noorul-Hudaa, Pengasas Batika Kebaya.

Untuk pengetahuan umum, Noorul-Hudaa merupakan pengasas Batika Kebaya dengan impiannya untuk mengembalikan tradisi yang kian lama dilupakan dengan menjadikannya sebuah trend untuk generasi akan datang.

Ditubuhkan pada tahun 2013, jenama fesyen ini bertujuan untuk mengekalkan kehalusan seni dan kualiti suatu kraftangan yang diinspirasikan dari Indonesia dan Malaysia yang penuh sejarah.

Batika Kebaya adalah label fesyen dalam talian yang reka bentuknya termasuk Kebaya tradisional dan Skirt Lipatan Batik.

“Memulakan perniagaan dari awal adalah proses yang menarik, tetapi pada masa yang sama, ia boleh menjadi amat mencabar untuk memenuhi permintaan dan pesanan dari pelanggan.

“Dengan hanya dua orang menjalankan operasi, pengeluaran pakaian kadang-kadang boleh mengambil beberapa bulan. Bagi penjual dalam talian seperti saya, adalah penting untuk mempunyai pembekal perkhidmatan yang boleh dipercayai, cekap, mudah digunakan dan dapat menyokong semua pesanan penghantaran saya,” kata Noorul-Hudaa.


Strategi & Taktik Pertumbuhan Yang Boleh Digunakan Oleh Perniagaan Kecil

Kumpulan Ninja Van telah menyediakan sumber yang boleh dimuat turun serta direka khas bagi memudahkan pertumbuhan perniagaan kecil, iaitu:

  • Siri artikel mini: Sebuah siri artikel ringkas khas untuk dibaca dengan cepat, penuh dengan pandangan, tips, serta strategi mengenai pelbagai aspek pertumbuhan perniagaan – dari kandungan berkaitan media sosial dan pemasaran hingga ke pengurusan logistik. Hal ini adalah untuk membantu perniagaan kecil meluaskan kehadiran mereka dalam talian dan meningkatkan prestasi penjualan.
  • Kit sumber perniagaan: Templat dan senarai semak Google Sheet percuma untuk membantu perniagaan kecil menyelaraskan operasi harian mereka. Templat yang boleh dimuat turun termasuk templat pengurusan inventori, kalendar media sosial, dan senarai semak persiapan membeli-belah dalam talian menjelang akhir tahun.

Inisiatif Kumpulan Ninja Van: Ninja Biz

Kumpulan Ninja Van juga akan mengadakan kelas maya secara langsung yang dipimpin oleh pakar pemasaran berpengalaman dalam.

Pemilik perniagaan kecil boleh mempelajari penyelesaian yang menjimatkan kos mengenai topik pengurusan pengaruh, media berbayar, penjenamaan, dan media sosial.

Kumpulan Ninja Van mempunyai promosi eksklusif melalui Ninja Biz iaitu aplikasi terbaru direka khas untuk perniagaan kecil.

Menurut pengalamannya menggunakan Ninja Biz, Noorul-Hudaa berkata, “Dengan adanya Ninja Biz saya boleh fokus untuk mengembangkan Batika Kebaya tanpa perlu risau tentang isu logistik perniagaan saya.

“Aplikasi ini telah menjadikan operasi perniagaan kami lebih lancar, dari pengambilan bungkusan keesokan harinya hingga pengalaman penghantaran bebas masalah, sangat penting pada waktu puncak.

“Saya telah menggunakannya buat pertama kali semasa musim Raya tahun ini – waktu paling sibuk untuk Batika Kebaya. Dan sejak itu, saya tidak perlu khuatir tentang masalah logistik lagi!”

Kini tersedia di App Store dan Google Play, pemilik perniagaan kecil kini boleh menguruskan keperluan logistik mereka melalui aplikasi ini dengan mudah dari penciptaan dan pengurusan pesanan hingga ke status penghantaran bungkusan.

Pengirim Ninja Biz juga dapat menikmati promosi eksklusif sepanjang bulan Bulan Perniagaan Kecil termasuk:

  • Pengguna baru: RM2 diskaun bagi setiap bungkusan (minima 10 bungkusan dihantar setiap minggu).
  • Pengguna sedia ada: Hantar 20 bungkusan ke atas untuk menikmati diskaun 10% pada bulan berikutnya.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbmFacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd