Now Reading
Aloft Kuala Lumpur Sentral Kerjasama Dengan Niko Neko Matcha, Perkenal ‘Matcha Me Up!’

Aloft Kuala Lumpur Sentral Kerjasama Dengan Niko Neko Matcha, Perkenal ‘Matcha Me Up!’

Aloft Kuala Lumpur Sentral menjalinkan kerjasama pertama dengan Niko Neko Matcha dengan menyediakan set minum petang serta bengkel pembuatan teh Matcha tradisional.

matcha me up (4)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aloft Kuala Lumpur Sentral mengumumkan kerjasama menarik dengan Niko Neko Matcha yang terkenal di Malaysia sebagai jenama pakar teh hijau Jepun dengan pengalaman minum petang yang unik.

Baru-baru ini, kerjasama pertama antara hotel dan Niko Neko Matcha telah melancarkan set minum petang ‘Matcha Me Up!’ yang dipenuhi dengan pelbagai manisan diperbuat daripada Matcha.

Antaar pilihan pastri matcha yang dihidangkan adalah seperti puff krim matcha dengan krim tangerine, scone matcha bersama jem dan dadih lemon.

Menu ini menawarkan pilihan yang menarik seperti mi soba sejuk dengan daun bawang dan kepingan bonito, peluncur ayam limau purut dalam roti arang dan banyak lagi.

Bagi memperingati bulan Hari Kebangsaan Malaysia, Aloft Kuala Lumpur Sentral turut mempersembahkan tawaran unik yang dipanggil Iced Dalgona Green Jack.

Sumber: TRP

Bengkel Pembuatan Teh Matcha Tradisional Bersama Niko Neko Matcha

Sebagai sebahagian daripada pengalaman luar biasa ini, Aloft Kuala Lumpur Sentral memperkenalkan bengkel pembuatan teh matcha tradisional dengan kerjasama Niko Neko Matcha.

Bengkel interaktif yang dijadualkan sepanjang hujung minggu dari Ogos hingga September 2023 digabungkan bersama minum petang pada harga RM328+.

Pengurus Besar Aloft Kuala Lumpur Sentral, Encik Michael Grimmer berkata, “Kami berbesar hati untuk berganding bahu dengan Niko Neko Matcha untuk kerjasama yang luar biasa ini. Set minum petang Matcha Me Up dan bengkel yang disertakan akan memikat hati tetamu dengan pengalaman mengasyikkan yang menggabungkan perisa matcha terbaik dan suasana meriah Aloft Kuala Lumpur Sentral.”

Sumber: TRP

Bagi mereka yang menggemari matcha, Matcha Me Up Aloft Kuala Lumpur Sentral adalah pilihan yang tepat.

Dengan harga RM168+ untuk dua orang, tawaran masa terhad ini akan tersedia bermula dari 17 Ogos hingga 1 Oktober 2023.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd