Now Reading
“Kecewa Dengan Sikap Politik Samseng” – 200 Bendera Pakatan Harapan Dibuang Dalam Parit

“Kecewa Dengan Sikap Politik Samseng” – 200 Bendera Pakatan Harapan Dibuang Dalam Parit

Calon PH-DAP Parlimen Ayer Hitam, Sheikh Omar Bagharib Ali menerusi hantaran Facebook miliknya melaporkan kejadian berkenaan apabila ianya disedari oleh petugas yang memacak bendera parti itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Sabtu lalu (5 November), kesemua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) secara rasmi telah mengeluarkan nama calon mereka bagi merebut 222 kerusi di Parlimen untuk penggal seterusnya.

Antara ‘kerusi panas’ yang mendapat perhatian ramai adalah P.063 Parlimen Tambun yang menyaksikan Presiden Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Selain itu, P.098 Parlimen Gombak turut menjadi pertembungan sengit selepas Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari dari Pakatan Harapan (PH) bakal bersaing dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dari Perikatan Nasional (PN).

BACA JUGA: PRU15: Calon Termuda Bertanding Berusia 23 Tahun & Mahathir Kekal Paling ‘Senior’

Sama seperti Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan PRU sebelumnya, beberapa minggu sebelum hari mengundi, rakyat Malaysia akan mulai melihat beberapa kawasan dihiasi dengan bendera parti.


Bendera Parti Pakatan Harapan (PH) Dibuang Ke Dalam Parit

Walau bagaimanapun, kempen PRU15 bagi kawasan Parlimen Ayer Hitam Batu Pahat, Johor dicemari apabila lebih daripada 200 bendera parti Pakatan Harapan (PH) didakwa telah dicabut dan dibuang ke dalam parit.

Ia dipercayai telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Calon PH-DAP Parlimen Ayer Hitam, Sheikh Omar Bagharib Ali menerusi hantaran Facebook miliknya mendedahkan kejadian berkenaan disedari oleh petugas yang memacak bendera kira-kira jam 8 pagi.

Kami amat kecewa dengan sikap politik samseng sebegini. Kami mengutuk mana-mana pihak yang menggunakan taktik kotor serta tidak bertamadun dalam pilihan raya. Sikap ini telah mencalarkan demokrasi yang membenarkan parti-parti politik berkempen secara sihat dan mengikut undang-undang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta pihak berkuasa.

Calon PH-DAP Parlimen Ayer Hitam, Sheikh Omar Bagharib Ali menerusi hantaran Facebook.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Johor berkata, arahan telah diberikan kepada petugas PH Parlimen Ayer Hitam supaya tidak membuat sebarang tindakan balas di luar sempadan undang-undang pilihan raya.

Kami akan terus berjuang dan berkempen mengikut etika. Kami juga akan terus berkerja keras untuk memastikan kemenangan PH di kerusi Parlimen Ayer Hitam.

Calon PH-DAP Parlimen Ayer Hitam, Sheikh Omar Bagharib Ali menerusi hantaran Facebook.

Pihak Polis Belum Terima Laporan

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah yang dihubungi memaklumkan pihak mereka masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu ketika dihubungi hari ini (8 November).


Untuk rekod, Parlimen Ayer Hitam menyaksikan persaingan tiga penjuru pada PRU15 nanti yang melibatkan penyandang Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dari Barisan Nasional (BN), calon Perikatan Nasional Muhammad Syafiq A. Aziz dan Sheik Omar.

Ketika PRU14, Ka Siong telah memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti tipis sebanyak 303 undi.

BACA JUGA: Jangan Upload Gambar Kertas Undi Di Media Sosial!

BACA JUGA: PRU15: Bakal Mengundi Pada 19 Nov Nanti? Kami Sediakan 5 ‘Checklist’ Penting Ini Untuk Anda

BACA JUGA: PRU15: Pertama Kali Mengundi? Ikuti Panduan Dari Kami


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd