Now Reading
Peguam Kongsi Apa Hak Individu Jika Ditahan Polis

Peguam Kongsi Apa Hak Individu Jika Ditahan Polis

Jika anda ditahan oleh polis, pastikan pihak berkuasa tersebut perlu memberikan sebab-sebab yang jelas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pasti ada di kalangan anda yang pernah ditahan oleh pihak polis tidak kiralah di jalan raya, lebuh raya, kawasan perumahan dan sebagainya.

Kadangkala, anda ditahan bukan kerana telah melakukan sebarang jenayah, akan tetapi pihak polis itu mahu membuat pemeriksaan.

Walaupun begitu, ramai orang awam akan terus berasa gementar sebaik diberhentikan kerana rata-rata tidak mengetahui hak-hak masing-masing dan apakah tindakan yang boleh dilakukan.


Peguam Ini Kongsi Hak-hak Individu Jika Ditahan Pihak Polis

Baru-baru ini, seorang peguam, Gandhi Palanisamy menerusi akaun TikTok miliknya (@lawyergandhi), telah berkongsi beberapa hak individu yang perlu diambil perhatian sekiranya ditahan oleh pihak polis.

Antara hak-hak individu yang dinyatakan adalah seperti:

#1. Perjelas Sebab Ditahan

Pertama sekali, pihak polis harus mengemukakan sebab-sebab mengapa anda ditahan dengan jelas.

Sumber: Malay Mail
#2. Dapat 1 Panggilan Telefon

Selepas itu, anda berhak untuk mendapatkan satu panggilan telefon bagi menghubungi kenalan masing-masing.

Dalam hal ini, anda perlu menggunakan peluang tersebut bagi menghubungi keluarga terdekat atau peguam untuk menceritakan situasi semasa.

Sumber: Pexels
#3. Tahanan Sehingga 24 Jam Sahaja

Kalau anda nak tahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibenarkan untuk menahan seseorang individu selama 24 jam sahaja.

Sekiranya mereka memerlukan tahanan lanjutan, polis perlu mendapatkan surat perintah daripada mahkamah.

Sumber: Pexels
#4. Anda Berhak Untuk Tak Jawab Soalan Jika Dikaitkan Dengan Sebarang Jenayah

Ketika pihak polis melakukan siasatan awal, anda diwajibkan untuk menjawab semua soalan yang ditanya oleh pihak berkuasa.

Namun begitu, jika soalan tersebut dikaitkan dengan sebarang jenayah, anda berhak untuk tidak memberikan penjelasan tentangnya.

Ingat, memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa adalah amat penting tetapi janganlah pula diabaikan hak-hak yang anda miliki.

Sumber: Pexels

Tindakan Perlu Diambil Jika Ditahan Polis

#1. Minta Polis Tunjuk Kad Kuasa

Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian seragam, anda boleh memintanya untuk menunjukkan kad kuasa.

#2. Kenal Pasti Maksud Warna Kad Kuasa

Untuk info, kad kuasa terbahagi kepada empat warna dan mempunyai maksud-maksud tertentu iaitu:

  • Warna Merah: Anggota polis tersebut telah digantung, dan tidak mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa. Anda tidak perlu mengendahkannya. 
  • Warna Biru: Polis yang berpangkat Inspektor dan ke atas.
  • Warna Kuning: Polis yang berpangkat di bawah Inspektor.
  • Warna Putih: Polis simpanan.
#3. Catat Nama & Nombor Polis

Jika mendapati pihak PDRM yang menahan anda memakai pakaian seragam lengkap, pastikan anda memerhati atau mencatat nama dan nombor anggota polis tersebut.

#4. Catat Nombor Pendaftaran Polis

Selain itu, jangan pula lupa untuk mencatat nombor pendaftaran yang terdapat pada kereta atau motosikal peronda polis berkenaan.


Senarai Pusat Bantuan Guaman

Jika anda tidak mengetahui siapa untuk dihubungi, anda bolehlah mendapatkan bantuan dari pusat guaman mengikut negeri masing-masing iaitu:

  • Kuala Lumpur: 03-2691 3005 /03-2693 2072
  • Selangor: 03-3372 2792
  • Negeri Sembilan: 06-7633 035
  • Melaka: 06-2845 519 / 06-2864 514
  • Johor: 07-2235 698
  • Perak: 05-2550 523
  • Kedah & Perlis: 04-7333 467
  • Kelantan: 04-7448 660
  • Pahang: 09-5159 244 / 09-2969 410
  • Pulau Pinang: 04-2617 451 / 04-3316 830

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd