Now Reading
Nak Beli Kereta Terpakai? Ini 3 Tips Berguna Untuk Anda

Nak Beli Kereta Terpakai? Ini 3 Tips Berguna Untuk Anda

Keadaan kereta terpakai agak berbeza dengan kereta yang baharu kerana ia sudah digunakan beberapa tahun oleh pemilik lain sebelum dijual kepada pembeli.

Nak Beli Kereta Terpakai? Ini Tips Berguna Untuk Anda

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kereta merupakan salah satu keperluan yang sangat penting pada hari ini untuk memudahkan pergerakan dari satu lokasi ke lokasi lain, lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkeluarga.

Namun, tidak semua individu mampu untuk membeli kereta baharu sama ada dengan membayanya secara tunai atau membuat pinjaman kewangan dengan pihak bank.

Jadi, antara pilihan lain untuk mempunyai kereta adalah dengan membeli kereta terpakai dengan harga yang lebih murah.


Tips Untuk Membeli Kereta Terpakai

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@iffatsalleh), pemuda ini berkongsi beberapa tips kepada anda di luar sana yang bercadang untuk membeli kereta terpakai.

Tetapi sebelum itu, anda perlu mengenal pasti terlebih dahulu tujuan pembelian itu dilakukan.

Ini kerana jika anda mahu berjalan jauh atau sekadar menggunakan kenderaan itu untuk ke tempat kerja, kedua-dua tujuan ini mempunyai perkara yang berbeza untuk difikirkan.

Senang kata, lain tujuan lain cara untuk memilih kereta. Selepas sudah mengetahui apa matlamat sebenar, barulah anda boleh membaca tips untuk membeli kereta terpakai seperti berikut:

1. Tips Untuk Membeli Kereta Terpakai: Pilih Kereta Yang Tidak Diubah Suai

Sumber: MalayMail

Anda digalakkan untuk memilih kereta terpakai yang tidak diubah suai dan sama seperti mana yang dikeluarkan oleh pihak kilang bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku pada masa akan datang.

Ini kerana setiap modifikasi yang dibuat pada sesebuah kereta pasti akan mempunyai masalah beberapa tahun selepasnya.

Menurut pengguna Twitter ini, dia berpendapat bahawa individu yang mengubah suai kereta agak jarang mahu menjual kenderaan mereka kerana sudah sayang. Sekiranya dijual, mungkin ada masalah yang timbul.

2. Tips Untuk Membeli Kereta Terpakai: Pilih Kereta Yang Kurang Dari 5 Atau 10 Tahun

Sumber: MalayMail

Kebanyakan kereta akan mula mengalami masalah dalam tempoh lima hingga 10 tahun selepas ia dibeli.

Ini kerana kebanyakan alatan yang diperbuat daripada getah serta plastik akan mula mengeras dan mereput. Sebab itu jugalah kebanyakan jenama akan memberi waranti sehingga lima tahun sahaja.

Kalau dapat kereta terpakai yang masih berusia dua atau tiga tahun, memang ‘jackpot’!

3. Tips Untuk Membeli Kereta Terpakai: Lihat Pada Rekod Servis

Sumber: MyTukar

Perkara yang paling penting sebelum anda membeli kereta terpakai adalah dengan melihat kepada rekod servis bagi mengetahui kondisi kereta.

Jika pemilik sebelum ini menghantar kereta untuk servis mengikut jadual, sudah pasti keadaan kenderaan tersebut dalam keadaan baik. Jika sebaliknya, lebih baik anda fikir dahulu sebelum membelinya.


Kepada anda yang mahu membeli kereta terpakai, pastikan anda melihat kepada tiga tips di atas.

Ada sesetengah individu yang risau sekiranya mereka perlu lebih banyak menanggung kos servis walaupun harga pembelian kenderaan itu yang agak murah.

Jadi, pastikan anda semak kondisi kereta fikir masak-masak sebelum membeli.


Tips Untuk Memastikan Kereta Anda Sentiasa Dalam Keadaan Baik

Kepada anda yang setiap hari bergerak ke mana-mana destinasi dengan memandu kereta, pastikan kenderaan tersebut sentiasa disemak bagi mengekalkan kondisinya dalam keadaan baik.

Antara tips mudah penjagaan kereta yang perlu diamalkan oleh setiap pemandu adalah:

  • Memastikan keadaan tayar seperti tekanan angin, ketebalan bunga tayar dan sebagainya masih dalam keadaan baik dan selamat untuk dibawa.
  • Memastikan bahan penyejuk atau ‘coolant’ di dalam enjin diperiksa dan diganti baharu bagi meningkatkan prestasi serta jangka hayar kereta.
  • Menyemak jika setiap lampu berfungsi atau tidak.
  • Memeriksa keadaan bateri kereta sekurang-kurangnya sebulan sekali.
  • Menukar dua jenis penapis iaitu penapis enjin dan penapis kabin bagi mengelakkan kotoran atau bendasing terkumpul lama.
  • Menservis penyaman udara kereta sekurang-kurangnya setiap setahun sekali.
  • Menservis brek setiap setahun sekali.

BACA JUGA: Kereta Tenggelam Dalam Banjir? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

BACA JUGA: [Video] Kenderaan Hancur Akibat Banjir, Wanita Sebak Terima Bantuan Kereta Baharu

BACA JUGA: [Tips] Kod Isyarat Lampu Lori Yang Perlu Anda Tahu. Penting Ya!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd