Now Reading
“Anak Jadi Biru & Tak Bernafas!” – Doktor Samhan Seru Ibu Bapa Elak Beri Anak 2 Ubat Ini Serentak

“Anak Jadi Biru & Tak Bernafas!” – Doktor Samhan Seru Ibu Bapa Elak Beri Anak 2 Ubat Ini Serentak

Menurut doktor ini, sudah banyak kes kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan akibat pemberian ubat batuk dan selsema terutama jika diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ilmu keibubapaan harus diterapkan pada peringkat awal anda bergelar ibu bapa. Ini kerana selepas ini, anda akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memastikan anak-anak anda sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.

Apabila mereka sakit, anda tahu ubat apa yang sesuai, apa yang perlu dilakukan, apa yang perlu dielakkan, dan sebagainya. Ingat, cara merawat anak kecil sama sekali tidak sama dengan cara merawat golongan dewasa.

Mereka lebih ‘fragile’.


“Anak saya jadi biru, dia tak bernafas…!”

Seorang pakar perubatan menerusi Twitter iaitu @DoktorSamhan telah berkongsi satu ilmu keibubapaan yang penting untuk diterapkan oleh ibu bapa di luar sana supaya kesalahan sama tidak berulang.

Topik kali ini adalah berkaitan dengan ubat batuk dan ubat selsema yang diberikan secara serentak sehingga menyebabkan anak kecil berhenti bernafas.

Menurutnya lagi, sudah banyak kes kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan akibat pemberian ubat batuk dan selsema terutama jika diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.

“The Us Food and Drug Administration (FDA) merekomendasikan kanak kanak di bawah 2 tahun tidak boleh diberikan ubat batuk terutama ubat yang available over the counter (OTC).

“Dari tahun 2008, syarikat pengeluar ubat dan penguatkuasa kesihatan telah bekerjasama untuk memaklumkan para doktor, ahli farmasi dan ibu bapa bahawa ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun.

“Malangnya, kebanyakan ubat-ubat ini mudah didapati dari kedai atau farmasi tanpa memerlukan pengesahan dan kebenaran doktor,” jelasnya.

Ubat Batuk Yang Sering Digunakan

  • Cough expectorant (guafenesin)
  • Cough suppressant (dextromethorphan)
  • Decongestants(pseudoephedrine, phenylephrine)
  • Antihistamine (chlorpheniramine)

Doktor ini turut menjelaskan bahawa, “Anti histamine (1st generation) boleh merentasi ‘blood brain barrier’ dan mengganggu sistem histamine dalam otak. Bila ubat ini diberi pada kanak-kanak, ia akan menyebabkan orang yang mengambilnya mengantuk dan mengganggu pusat pernafasan yang berada di dalam otak.”

Ia juga boleh menyebabkan kanak-kanak itu berhenti bernafas dengan sendirinya dan inilah yang berlaku pada kanak-kanak tersebut:

  • Sawan.
  • Jantung berdegup dengan kencang.
  • Berhenti bernafas.
  • Kematian.

Beliau turut menyeru ibu bapa supaya sentiasa berwaspada dengan pemberian ubat batuk dan selsema yang TIDAK SESUAI untuk diberikan kepada kanak kanak berusia 2 tahun ke bawah.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd