PappaRich Perkenal Menu Ramadan & Raya Sesuai Untuk Seisi Keluarga [Review]
Set menu Khas Ramadan & Raya ini akan tersedia di semua lokasi PappaRich yang mengambil bahagian.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kopitiam kegemaran Malaysia, PappaRich telahpun menyambut bulan Ramadan dengan pelancaran set menu Ramadan yang dihasilkan dengan teliti oleh pihak mereka.
Dan lebih menyeronokkan, oleh kerana set menu Ramadan ini mendapat sambutan yang tidak disangka, PappaRich mengumumkan bahawa mereka akan memanjangkan lagi tempoh menu ini buat masyarakat.
Set Khas Ramadan & Raya Di Papparich
Set Khas Ramadan meraikan warisan kuliner Malaysia yang pelbagai dengan menggabungkan bahan dan rasa hidangan tradisional. PappaRich dalam masa sama turut menjemput pelanggan untuk menjelajah pengalaman kulinari yang merayakan masyarakat, rasa, dan tradisi.
Set menu Ramadan & Raya ini menampilkan pelbagai hidangan yang menggiurkan di mana menu yang ada disediakan untuk memikat deria dan membangkitkan kenangan manis buat para pelanggan.
Pelanggan juga boleh memilih dari salah satu daripada tiga pilihan set nasi yang tersedia iaitu— Ayam Kari, Rendang Daging, atau Asam Seafood — disajikan dengan pelbagai lauk ‘sides’, termasuk acar, bawang goreng, keropok, telur masin, dan sambal udang.
Juga tersedia untuk mereka yang mencari pelbagai rasa dari seluruh dunia adalah Set Combo Western yang menawarkan pilihan ayam chop goreng rangup atau filet ikan emas, disajikan dengan kentang goreng, salad coleslaw, dan sos lada hitam.
Untuk melengkapi masterpiece kulinari ini, setiap pembelian Set Khas Ramadan & Raya disediakan juga dengan minuman percuma dalam bentuk sirap ais segar dengan biji selasih.
Bukan itu sahaja, ada juga pencuci mulut percuma iaitu puding telur yang dicampur dengan sagu gula Melaka, memberikan penutup manis dan memuaskan bagi para pelanggan.
“Kami sangat gembira memperkenalkan set menu Khas Ramadan & Raya yang merupakan cara baru untuk hidangan keluarga di kopitiam Malaysia. Kami ingin menyediakan pengalaman makan yang selesa dan mesra memupuk rasa hubungan dan perpaduan.
“Di PappaRich, kami percaya pada kuasa makanan dalam menyatukan orang dengan momen-momen berharga. Ramadan dan Raya kali ini, kami menjemput pelanggan untuk bergabung dalam menyambung hubungan antara satu sama lain sambil merayakan melalui tawaran eksklusif ini,” jelas Lim Kean Choong selaku Pengarah Eksekutif Papparich.
Untuk info, set menu Khas Ramadan & Raya ini akan tersedia di semua lokasi PappaRich yang mengambil bahagian.
The Taste Test
Pada hujung minggu lalu, team TRP telah berkunjung ke salah satu cawangan Papparich di Bandar Kinrara, Puchong untuk mencuba sendiri menu Ramadan & Raya ini.
TBH, waktu kunjungan kami sememangnya agak lambat kerana Ramadan juga akan melabuhkan tirai dalam masa satu hari sahaja lagi.
“Better late than never, right?” 🙂
Menu yang kami cuba adalah Set Menu Ayam Kari & Set Menu Daging Rendang.
Kedua-dua hidangan ini disediakan dengan pelbagai lauk ‘sides’, termasuk acar, bawang goreng, keropok, telur masin, dan sambal udang. Saiz udang pun besar-besar, sangat ‘generous’.
Malah, hidangan Daging Rendang juga menepati citarasa kami.
Tiada apa yang terlebih, mahupun terkurang. Just nice. 🙂
Pendek kata, hidangan ini sememangnya sesuai dinikmati bersama-sama ahli keluarga untuk berbuka puasa ataupun makan tengahari di bulan Syawal nanti.
Satu sajian boleh juga dikongsi bersama seorang lagi (jika anda bukan seorang pemakan). Kalau boleh habis, memang kenyang sehingga malamlah jawabnya.
Apa pun, Set Ramadan & Raya ini memang berbaloi dengan harganya iaitu:
- Curry Chicken Rice Set: RM27.90
- Beef Rendang Rice Set: RM28.90
- Asam Seafood Rice Set: RM29.90
- Western Combo Set: RM31.90
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.