Now Reading
Maria’s SteakCafe Perkenal Daging Lembu Premium Cicah Sos Percik Sempena Musim Perayaan [Review]

Maria’s SteakCafe Perkenal Daging Lembu Premium Cicah Sos Percik Sempena Musim Perayaan [Review]

Maria’s SteakCafe memperkenalkan pelbagai sos pencicah baru sempena Hari Raya Menu 2024 termasuklah sos percik dan air asam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Lumrah setiap kali Ramadan pasti ramai di antara kita yang akan mencari juadah berbuka puasa yang menarik dan lain daripada lain.

Berita baik buat anda, Maria’s SteakCafe kini sedang menawarkan Hari Raya Menu 2024 dengan pelbagai hidangan ‘classy’ yang istimewa, sesuai untuk berbuka puasa.

Perkara yang membuatkan juadah ini lain daripada lain adalah setiap hidangan utama (main course) yang tertera dalam menu akan ditampilkan dengan sos-sos pencicah yang lazat dan kena dengan selera orang Melayu.

Makanan-makanan yang disediakan atas dulang tiga tingkat itu juga mempunyai maksudnya tersendiri.

Untuk menyelarikan dengan konsep Ramadan, dulang bertingkat tersebut adalah sebagai simbolik kepelbagaian di mana pelanggan akan berkongsi makanan tersebut bersama-sama.

Foto: Hari Raya Menu 2024

Set Tanpa Daging Lembu

Set menu yang menampilkan Grilled Salmon sebagai hidangan utama mempunyai dua jenis hidangan iaitu buat 2 pax dan 4 pax.

Khas untuk set ini, ia tidak akan tersedia dengan daging lembu. Buat mereka yang kurang menggemari atau tidak boleh makan daging lembu, menu Non-Beef Set adalah untuk anda!

Istimewanya set menu kali ini, Maria’s SteakCafe membawa kelainan dengan menyediakan sos tangerin untuk dimakan bersama Grilled Salmon. Memang tidak rasa muak langsung.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Kalau nak rasa yang lain, cuba anda cicah dengan sos mint pula. Memang terasa segarnya. Mungkin kendengaran pelik buat sesetengah orang, tetapi percayalah gabungan ikan salon bersama sos itu memang serasi.

Kalau anda minat sos bolognese pasti anda akan gemari Spicy Mussels. Kalau ikutkan min, rasanya tidaklah terlalu pedas dan lebih kepada paste tomato. Senang cerita kalau anda bukan seseorang yang makan pedas, nak cuba pun boleh.

Nak lebih sedap, cicahkan sos spicy mussels itu dengan garlic bread di depan anda. Memang kena.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Rata-rata dari kami bersetuju N.Z. Lamb Cutlets adalah antara hidangan yang paling lazat dihidangkan malam tadi. Dagingnya bukan sahaja flavourful, malah ia juga empuk dan tidak liat.

Set 2 Pax [RM250]:

  • Grilled Salmon
  • Spicy Mussels
  • Garlic Bread
  • Portobello Mushroom
  • Roasted Potatoes
  • Sauteed Vegetables
  • Sos pencicah: Air asam, sos percik, sos tangerin

Set 4 Pax [RM500]:

  • Grilled Salmon
  • N.Z. Lamb Cutlets
  • Spicy Mussels
  • Garlic Bread
  • Portobello Mushroom
  • Roasted Potatoes
  • Sauteed Vegetables
  • Steak Fries
  • Sos pencicah: Air asam, sos percik, sos tangerin, sos mint
Foto: Hari Raya Menu 2024

Set Daging Lembu

Untuk Beef Set pula, anda akan disajikan dengan daging lembu Argentinian Striploin premium yang dimasak dengan medium rare. Usah risau, jika anda lebih suka ia dimasak sekata, request sahaja kepada cef mengikut cita rasa masing-masing.

Malah anda juga boleh upgrade Argentinian Striploin kepada Black Angus Ribeye, Wagyu MB7 Tenderloin, atau Wagyu MB9 Ribeye.

Kalau tanya kepada team TRP, kami akan sarankan anda untuk menggabungkan sos yang disediakan iaitu mint, garlic butter dan air asam bersama untuk kelazatan optimum.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Buat mereka yang terfikir bagaimanalah agaknya rasa daging bersama air asam. Kalau nak tahu, rasanya adalah sama seperti anda makan ikan pari bakar bersama cicahan air asam. Rasa seolah-olah dibuat homemade.

Tidak lengkaplah sesuatu juadah tanpa hidangan sayur di sampingnya. Pelbagai jenis sayur yang anda boleh pilih seperti cendawan, lobak dan roasted potato. Semuanya dimasak ‘to perfection’ dengan rempah dan perasa mencukupi.

Set 2 Pax [RM275]:

  • Argentinian Striploin
  • Spicy Mussels
  • Garlic Bread
  • Portobello Mushroom
  • Roasted Potatoes
  • Sauteed Vegetables
  • Sos pencicah: Air asam, sos percik, mustard/garlic butter

Set 4 Pax [RM525]:

  • Argentinian Striploin
  • N.Z. Lamb Cutlets
  • Spicy Mussels
  • Garlic Bread
  • Portobello Mushroom
  • Roasted Potatoes
  • Sauteed Vegetables
  • Steak Fries
  • Sos pencicah: Air asam, sos percik, sos mint, mustard/garlic butter
Foto: Hari Raya Menu 2024

Sekadar info: Kedua-dua jenis set akan tersedia dengan N.Z. Lamb Cutlets. Apa yang membezakan antara 2 pax dan 4 pax adalah jenis hidangan utama, steak fries dan juga jenis sos pencicah.


Rate Keseluruhan Review

Untuk review kali ini, team kami amat berpuas hati dengan segala hidangan tersedia dan servis ditawarkan. Tip-top orang kata.

Bukan sahaja makanan yang lazat, pemandangan bandar dari tingkap juga memang indah jika anda dine-in pada waktu malam.

Memang rasa cozy dan sesuai sekiranya anda mahu membawa ahli keluarga berbuka bersama di Maria’s SteakCafe.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Apa-apa pun, pengalaman dine-in untuk set menu raya kali ini memang amat memuaskan. Secara keseluruhannya kami rate 8/10. Alhamdulillah. Terima kasih, team Maria’s SteakCafe!

Untuk info, menu istimewa ini bermula 10 Mac sehingga 7 Mei 2024.

  • Lokasi: 1Powerhouse, Lvl 30, 1, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad (12pm-10pm)
  • Tempahan: [DI SINI]

Baca Artikel Berkaitan: Maria’s SteakCafe Umum Buka Cawangan Di 1POWERHOUSE, Tawar Set Edisi Khas Raya [Review]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd