Now Reading
Maria’s SteakCafe Umum Buka Cawangan Di 1POWERHOUSE, Tawar Set Edisi Khas Raya [Review]

Maria’s SteakCafe Umum Buka Cawangan Di 1POWERHOUSE, Tawar Set Edisi Khas Raya [Review]

Maria’s SteakCafe kali ini menawarkan pelanggan untuk pengalaman makan di atas ‘awan’ dalam suasana romantis sambil menghayati pemandangan sekitar Bandar Utama, Damansara.

maria's steakcafe

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setibanya musim perayaan, pasti anda akan mulai berfikir tentang hidangan di restoran mana yang sesuai untuk membawa keluarga menikmati makan tengahari ataupun makan malam istimewa, kan?

Mana tidaknya, setelah sebulan berpuasa inilah peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga ketika makan siang. Sekali-sekala dapat bawa ahli keluarga makan sedap pun menarik juga.

Asalkan ‘view’ cantik. Bolehlah bergambar buat kenang-kenangan.


Maria’s SteakCafe Buka Cawangan Baharu

Penggemar steak di luar sana pasti mengetahui kewujudan Maria’s SteakCafe. Untuk pengetahuan anda, restoran ini menawarkan pelanggan untuk pengalaman makan di atas ‘awan’ dalam suasana romantis diikuti dengan pemandangan Bandar Utama, Damansara.

Restoran ini pada bulan lalu telah mengumumkan pembukaan cawangannya di 1POWERHOUSE, Bandar Utama, di tingkat SKY (Ya, atas sekali).

Bukan itu sahaja, tahun ini Maria’s SteakCafe turut menawarkan Set Raya untuk dua orang dengan Sos Percik Edisi Khas Raya, bermula dari RM 290++.

Korang boleh membuat pilihan daging lembu/bukan lembu untuk dicampur serta dipadankan dengan hidangan makan malam bersama keluarga. Malah, pencinta steak juga boleh memilih untuk menaik taraf dari Australian Black Angus ke Japanese Wagyu A5 Miyazaki.

Bersempena Ramadan, Maria’s SteakCafe juga menawarkan minuman Ramadan khas, Rose dan Lemon Madu untuk semua pelanggan yang berbuka puasa di Maria’s SteakCafe atau memesan set Raya mereka yang tersedia dari 21 Mac 2023 hingga 30 April 2023 ini.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

[Review]

Team TRP telah mencuba sendiri hidangan Set Maria’s SteakCafe dengan Sos Percik Edisi Khas Raya ini di cawangan 1POWERHOUSE, Bandar Utama.

Sejujurnya, team kami agak gayat untuk naik ke tingkat paling atas, tapi bila tengok ‘view’, hilang terus rasa takut. Dapat pula makan steak Maria’s SteakCafe ini, memang layan!

Australian Grainfed Ribeye.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Setibanya kami di tingkat SKY, team Maria’s SteakCafe terus menyambut kedatangan kami dengan begitu mesra dan layanan yang diberikan memang A++. Itu confirm!

Kami seterusnya dihidangkan dengan beberapa menu ‘signature’ restoran tersebut iaitu Australian Grainfed Ribeye (cara masak: medium well) di mana ia dihidangkan dengan garlic butter serta kentang putar.

Hidangan Australian Grainfed Ribeye ini nampak je kecil, tapi bila makan setengah pun dah cukup mengenyangkan. Kalau nak kongsi pun boleh, sambil-sambil tu bolehlah korang cuba menu lain juga.

Barulah ‘variety’, kan?

Australian Grainfed Ribeye.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Apa yang membuatkan kami jatuh hati dengan hidangan ini adalah daging yang dimasak dengan garlic butter dan sangatlah “juicy”. Sekali gigit terus cair dimulut dan ia juga memiliki rasa yang sempurna.

Orang putih kata “just nice”.

Daging lembut yang digigit dan cair di dalam mulut akan membuatkan korang rasa nak lagi. Bahkan, korang juga akan diberikan Sos Percik istimewa oleh Maria’s SteakCafe untuk dicicah bersama steak.

Memang lain daripada yang lain. Tapi kami pun terkejut sebab sedap juga rupanya bila menikmati steak bersama dengan Sos Percik. Korang dapat rasa yang begitu unik dan akan menjadi kegemaran ramai.

Mana tidaknya, Sos Percik sememangnya merupakan hidangan popular ketika musim perayaan. Apa-apa yang dimakan bersama sos tersebut pastinya sedap untuk dinikmati.

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Ha, korang pernah makan Nasi Berperisa Wagyu? ‘Rare’ kan bunyinya?

Kami juga dihidangkan dengan Wagyu Flavoured Rice untuk dinikmati bersama dengan Australian Grainfed Ribeye. Tujuan mereka memasukkan nasi sebagai salah satu hidangan ‘sides’ dalam menu ini adalah untuk memastikan pelanggan dapat menikmati hidangan nasi ketika berbuka puasa bersama keluarga, disamping menikmati steak di restoran itu.

Maklumlah, orang Malaysia semuanya suka makan nasi. Barulah lengkap!

Moist Chocolate Cake.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Bila dah kenyang dengan menu utama, masa untuk pencuci mulut pula!

Kami dihidangkan dengan menu pencuci mulut Moist Chocolate Cake dan sejujurnya, kek coklat ini merupakan salah satu kek coklat paling ‘absolute’ pernah kami rasai. Dimakan pula dengan aiskrim berperisa vanila diikuti dengan pemandangan daripada tingkat SKY, Bandar Utama.

Layan betul bila dapat makan tengahari di Maria’s SteakCafe ini!

Kalau waktu malam, mesti lagi lawa. Ala-ala ‘look-out point’.

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Untuk golongan Muslim tak perlu risau, sebab staf Maria’s SteakCafe akan memberitahu korang kalau ada penggunaan alkohol dalam masakan sebab mereka langsung tidak menggunakan sebarang bahan yang berasaskan daging babi.

Malah, ayam dan lembu di restoran ini dijamin halal.

Dan Maria’s SteakCafe juga adalah salah satu restoran specialize dalam dry-aged dan wagyu beef steak, jadi kalau korang ada dietary restrictions atau limitations, boleh beritahu pihak restoran dan mereka boleh ‘adjust’ untuk korang sesuai dengan citarasa masing-masing.

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Apa pun, pengalaman makan tengahari di Maria’s SteakCafe ini merupakan salah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. ‘View’ cantik, layanan A+, makanan pun sedap dan unik.

Alhamdulillah. Terima kasih, team Maria’s SteakCafe!

  • Lokasi: L-30 (Skyforest), Zone 4-A, 1 Powerhouse, No.1, Dataran Bandar Utama, Bandar Utama, PJU 6, 47800, Petaling Jaya, Selangor.
  • Telefon: (03-7725 2313  / 016-9020490).

Untuk maklumat lanjut, KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd