Now Reading
Nobu KL Sambut Tahun Baru Cina 2024 Dengan Menu Khas Eksklusif

Nobu KL Sambut Tahun Baru Cina 2024 Dengan Menu Khas Eksklusif

Sambutan Tahun Baru Cina anda akan lebih meriah di Nobu Kuala Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rasa sendiri dunia kemewahan dan keunggulan kulinari di Nobu Kuala Lumpur pada musim Tahun Baru Cina ini.

Para pelanggan dijemput sendiri untuk merasai keagungan hidangan khas bersempena dengan Tahun Baru Cina eksklusif Nobu KL yang pastinya akan membuatkan sambutan perayaan anda menjadi jauh lebih meriah!


Menu Eksklusif Tahun Baru Cina di Nobu Kuala Lumpur

Yee Sang Platter yang disediakan khas pada harga RM250++ boleh dinikmati bersama kelazatan Nobu-Style Duck 3-Way yang berharga RM160++.

Tersedia mulai 26 Januari hingga 17 Februari 2024, Yee Sang Platter adalah rasa dan tekstur yang dicipta untuk memikat deria rasa para pelanggan. Boleh dinikmati bersama empat orang, ansambel festival ini memiliki rasa renyah epal segar dari kebun, kemanisan anggur segar, campuran sayur-sayuran dari kebun yang baru dipetik, dan irisan tipis sashimi yang lembut.

Sumber: Siti Murni/TRP

Seterusnya, hidangan Nobu Style Duck 3-Way yang bakal tersedia mulai 3 Februari hingga 17 Februari. Karya kulinari ini disajikan dalam tiga persiapan mewah – dengan Foie Gras Croquette dengan Wasabi Aioli, Duck Leg Confit Rillettes Tostada, dan Aged Duck Breast dengan Kumquat Shiso Salsa.

Setiap hidangan sememangnya menjanjikan rasa yang tidak dapat dilupakan.

Sumber: Siti Murni/TRP

Dengan dua hidangan eksklusif Tahun Baru Cina di Nobu KL ini, anda boleh menikmati pengalaman kulinari yang akan membuatkan anda merindui kelazatan hidangan ini pada musim perayaan akan datang.

NOTA KAKI: Pelanggan juga boleh memberitahu kepada staf Nobu KL jika anda mempunyai sebarang sekatan makanan sebelum memesan mana-mana menu.

Semua harga yang dinyatakan adalah dalam MYR (Ringgit Malaysia) dan tertakluk kepada 10% Caj Perkhidmatan dan 6% SST.

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 03 2380 0028, WhatsApp 019 389 5085 atau e-mel nobuklreservations@noburestaurants.com.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd