Now Reading
TGI Fridays Tampil Dengan Menu Steak Istimewa Sempena Musim Perayaan Hujung Tahun!

TGI Fridays Tampil Dengan Menu Steak Istimewa Sempena Musim Perayaan Hujung Tahun!

‘Smothered Steak Specials’ oleh TGI Fridays ini boleh dinikmati bermula 1 Disember 2023 sehingga 1 Januari 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


TGI Fridays adalah salah satu restoran yang akan dikunjungi oleh para peminat steak di luar sana untuk dinikmati bersama keluarga dan insan tersayang.

Dan kebiasaannya, TGI Fridays ini juga menjadi lokasi pilihan jikalau anda ingin menyambut atau meraikan hari-hari istimewa seperti ulang tahun, anniversary, dan sebagainya.

Yang pernah datang sahaja tahu betapa meriahnya sambutan di restoran ini.


TGI Fridays Muncul Dengan Menu Baharu Sempena Musim Perayaan

Seperti biasa, apabila tibanya musim perayaan majoriti restoran akan mulai memperkenalkan hidangan istimewa dan edisi terhad untuk dinikmati oleh para pelanggan bersempena dengan festival tersebut.

Menu Festive Celebration oleh TGI Fridays.
(Sumber: Siti Murni/TRP)
Sumber: Siti Murni/TRP

Kali ini, untuk musim perayaan Krismas dan cuti sekolah pada hujung tahun – TGI Fridays dengan bangganya memperkenalkan menu ‘Smothered Steak Specials’ yang boleh dinikmati bermula 1 Disember 2023 sehingga 1 Januari 2024.

Ya, satu bulan sahaja. So kena cepat!

Smothered Steak Specials.
(Sumber: Siti Murni/TRP)
Korang boleh tengok sendiri betapa juicynya! :O
(Sumber: Siti Murni/TRP)

“Lazat, berair, dan dihasilkan khas untuk musim kegembiraan ini, Smothered Steaks kami berjanji untuk menjadi pengalaman kuliner yang tiada tandingan,” jelas pihak TGI Fridays.

Antara menu yang kami pesan: Smothered Black Gold NY Strip Steak NY Strip, Smothered Queso Blanco NY Strip Steak NY Strip & Calamari.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Menu-menu yang diperkenalkan kali ini adalah:

  1. Smothered Black Gold NY Strip Steak NY Strip yang dibakar dengan baik, dilimpahi dengan keju Mozzarella, bawang balsamik, disajikan dengan campuran lada-bawang, wedges kentang, Mac & Cheese Bites, dan sos Black Gold.
  2. Smothered Diane NY Strip Steak NY Strip yang juicy, dilimpahi dengan campuran keju, bawang balsamik, disajikan dengan creamy coleslaw, wedges kentang yang bermusim, dan sos Diane.
  3. Smothered Cajun NY Strip Steak NY Strip yang penuh cita rasa, dilimpahi dengan campuran keju, bawang balsamik, disajikan dengan garlic butter fries, jagung succotash, dan mentega Cajun.
  4. Smothered Queso Blanco NY Strip Steak NY Strip yang menggoda selera, dilimpahi dengan Queso Blanco yang cheesy, bawang balsamik, disajikan dengan sweet potato fries, mozzarella goreng, dan sos lada hitam.

Fuh, baca pun terliur. Belum lagi rasa, kan?


“Grinch”

Ha, apa pula Grinch ini?

Ia adalah minuman khas Krimas pada tahun lalu yang mendapat sambutan hangat dan kali ini mereka mengembalikan semula minuman Grinch dengan sedikit sentuhan yang berbeza daripada sebelumnya.

Dan jangan risau, pastilah lebih sedap dan ‘ummph!’.

Grinch.
(Sumber: Siti Murni/TRP)
(Sumber: Siti Murni/TRP)

OH! Untuk membuatkan anda lebih bersemangat menyambut Krismas dan musim cuti pada hujung tahun ini – TGI Fridays turut mengumumkan ketibaan ‘Santa Clown’ akan membuat penampilan pada 24 dan 25 Disember 2023 pada jam 1 petang hingga 3 petang.

Jangan lupa untuk bawa anak-anak datang ke outlet TGI Fridays, okay.


Holiday Roasted Chicken

Malas keluar rumah? Don’t worry!

TGIF memperkenalkan Holiday Roasted Chicken iaitu sebuah karya agung yang sempurna untuk majlis potluck, meeting, dan jamuan tengahari. Ayam panggang seberat 1.6kg ini telah diperap dengan rasa lada lemon yang segar dan herba.

Pakej untuk Holiday Roasted Chicken ini adalah termasuk:

  1. Stuffing roti klasik
  2. Lobak Glazed Orange
  3. Kentang Rosemary yang dikisar
  4. Brokoli Chili Buttered
  5. Sos Cranberry
  6. Sos Demi-Glace

Harga pula adalah RM89.90 di mana anda boleh memilih untuk dihantar ke rumah ataupun ambil sendiri di mana-mana cawangan TGIF.

  • Promosi Penghantaran Percuma: Nikmati kemudahan penghantaran percuma dengan diskaun RM5 untuk caj penghantaran bagi tempahan melebihi RM200.
  • Tawaran Khas untuk Early Birds: Nikmati diskaun awal sebanyak 10% untuk Holiday Roasted Chicken jika anda membuat tempahan sebelum atau pada 10 Disember 2023.

*Tertakluk pada terma dan syarat*.

[TGI Fridays]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd