Now Reading
Restoran Cili Kampung Hartamas Tawar Menu ‘Seasonal’ & Tahap Kepedasan Berbeza [Review]

Restoran Cili Kampung Hartamas Tawar Menu ‘Seasonal’ & Tahap Kepedasan Berbeza [Review]

Antara hidangan yang anda kena cuba di Restoran Cili Kampung ini adalah Masak Lemak Daging, Kailan Ikan Masin dan Onde Onde Puding Bakar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebut sahaja cili, mesti terus terfikir menu masakan Melayu yang mempunyai pelbagai variasi serta tahap kepedasan berbeza. Sama juga dengan Cili Kampung Hartamas; korang akan automatik teringat-ingat menu hidangan lauk mereka serta suasana restoran yang begitu menenangkan.


Restoran Cili Kampung Hartamas

Baru-baru ini, team TRP telah berpeluang untuk merasai hidangan lauk-pauk masakan Melayu di Restoran Cili Kampung Hartamas. Sebelum ini, memang pelbagai jenis reviu diberikan oleh orang ramai berkenaan dengan restoran ini.

Dan kami juga pernah ‘mencuba nasib’ untuk membuat tempahan berbuka puasa pada tahun ini; tetapi tiada rezeki. Maklumlah, restoran ini masih sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai.

Ternyata, rakyat Malaysia amat menyukai masakan kampung dan pedas.

Sumber: Siti Murni/TRP

Bila bercakap tentang suasana, Restoran Cili Kampung Hartamas ini menawarkan suasana yang sangat mewah. Dekorasi yang diketengahkan adalah bertemakan suasana berada di kampung halaman. Amat menenangkan dan selesa.

Pendek kata, ambience di Restoran Cili Kampung Hartamas ini memang WIN.

NOTA: Kalau anda bercadang untuk makan di Cili Kampung, kami cadangkan untuk buat tempahan terlebih dahulu untuk mengelakkan ‘waiting-game’.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Kalau nak OOTD kat Restoran Cili Kampung Hartamas ini, memang banyak spot menarik ala-ala dalam hutan.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Review TRP Menjamu Selera Di Restoran Cili Kampung Hartamas

#1. Servis: 9/10.

Servis di Restoran Cili Kampung Hartamas ini memang terbaik.

Disebabkan pertama kali datang ke sini, rambang mata kami tak tahu nak pesan hidangan yang mana satu kerana semuanya nampak sedap. Jadi, pekerja mereka yang bernama Haris telah memberikan kami beberapa cadangan menu ‘signature’ yang popular dan wajib dicuba!

Sumber: Siti Murni/TRP
#2. Makanan (9/10)

Kami memesan beberapa jenis lauk yang menjadi kegemaran pelanggan di Restoran Cili Kampung Hartamas ini. Maklumlah, pertama kali mencuba, nak order pun takut tak tahu mana yang paling sedap dan popular.

Antara hidangan menarik yang kami pesan adalah:

– Daging Masak Lemak
Sumber: Siti Murni/TRP

Waktu kami tengah rambang mata dan pening tak tahu nak pilih menu yang mana satu, staf di sini recommended hidangan Daging Masak Lemak. Daging salai yang dimasak dengan sempurna, tak liat langsung ditambah pula dengan kuah masak lemak yang pekat memang ‘syahdu’ bila makan dengan nasi putih.

– Sambal Asam Pedas Ekor & Daging Tetel
Sumber: Siti Murni/TRP

Sambal Asam Pedas Ekor dan Daging Tetel ini tak sama macam asam pedas biasa kerana hidangan ni tidak berkuah dan kering sahaja. Tapi sambal asam pedas dia memang padu. Tahap kepedasan pun manja-manja sahaja. Paling best, daging tetel yang dihidangkan pun tak liat, senang dikunyah. Sesuai untuk semua orang makan.

– Ikan Siakap Masak Kicap
Sumber: Siti Murni/TRP

Ikan siakap itu digoreng dengan sempurna, ranggup di luar dan lembut di dalam. Kuah kicap pula tidak terlalu manis dan tawar. Kalau semua hidangan dah pedas, hidangan kicap ini akan ‘balance’ sikitlah. Memang puas hati, TBH.

– Sambal Udang Petai
Sumber: Siti Murni/TRP

Udang yang digunakan bukan udang biasa. Besar macam udang galah atau udang harimau! Lebih istimewa lagi, setiap hidangan sambal dimasak dengan cili boh yang dibuat sendiri. Makan satu pun dah cukup sebab saiznya besar, okay.

– Sayur Kailan Ikan Masin
Sumber: Afifah/BuzzKini

Rasa ikan masin yang seimbang membuatkan hidangan sayur ini melengkapi hidangan malam kami. Untuk korang yang jenis tak boleh makan nasi tanpa sayur, mereka juga menawarkan beberapa jenis hidangan sayur lain untuk citarasa yang berbeza.


Time For Dessert!

Walaupun perut sudah kenyang sehingga kami tersandar, pencuci mulut mereka tetap kena cuba. Ada dua jenis ‘dessert’ yang kami try iaitu:

– Onde Onde Puding Bakar

Tekstur seperti puding, rupa seperti kuih bakar dan rasa seperti onde-onde. Menarik, kan? Ditambah pula dengan kelapa yang direndam di dalam gula melaka serta tekstur yang keras.

Bukit Kelapa (kiri) & Onde Onde Puding Bakar (kanan)
(Sumber: Siti Murni/ TRP)
– Bukit Kelapa

Pencuci mulut Bukit Kelapa ini sebenarnya adalah aiskrim kelapa yang dihidangkan di dalam tempurung kelapa. Yang membuatkan ‘presentation’ ini lebih unik adalah terdapat ketulan ais kering yang berasap di bawahnya dengan bunyian seperti berada berhampiran sungai.

Macam ASMR!

Sumber: Hairy Ezreen/BuzzKini

Dari segi rasa pula, campuran beberapa bijiran dan kekacang menjadikan aiskrim kelapa itu lebih ‘umph’!

#3. Minuman
– Tembikai Laici & Limau Freeze

Minuman ini juga dihidangkan dengan sepotong buah tembikai di atasnya dengan sebiji buah laici. Refreshing, serius.

Sumber: Siti Murni/TRP
Kanan: Sirap Pandan Kenduri. Kiri: Tembikai Laici & Limau Freeze.
(Sumber: Farahin Fadzil/TRP)
– Sirap Pandan Kenduri

Kalau anda nak minum air yang simple, Sirap Pandan Kenduri ini paling sesuai. Rasa dia memang sebiji macam air sirap di majlis kenduri kahwin.

(Lepas minum terus rasa sebak, sebab diri ini masih belum dimiliki).

– Epal Assam Boi
Sumber: Afifah/Buzzkini

Epal Assam Boi ini merupakan salah satu minuman ‘signature’ Restoran Cili Kampung Hartamas, rasa epal dan asam boi memang seimbang dan boleh dikatakan air ini sangat menyegarkan. Sesiapa yang tak suka minum manis serta berlemak dan lebih suka kepada masam, korang boleh cuba air Epal Assam Boi ini.

Recommended!


  • Lokasi: Lot No V-02, Hartamas Walk, Hartamas Shopping Centre, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.
  • Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad (12pm-10pm).

Overall, pengalaman kami menikmati masakan Melayu di Restoran Cili Kampung Hartamas memang berbaloi dan memuaskan hati. Worth every penny, orang kata.

Adakah kami akan berkunjung tiba sekali lagi? DEFINITELY. 🙂


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd