Now Reading
Ferria KL @ Westin KL Tampil Dengan ‘Vibe’ Oasis Di Tengah Bukit Bintang. Menu Pun Unik! [Review]

Ferria KL @ Westin KL Tampil Dengan ‘Vibe’ Oasis Di Tengah Bukit Bintang. Menu Pun Unik! [Review]

Ferria KL terletak bersebelahan dengan Hotel Westin KL dan juga berhadapan dengan pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur.

ferria kl

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pernah tak anda pergi ke mana-mana restoran atau kafe dan bila sudah memasuki premis itu, terasa seperti sedang bercuti di negara lain pula. Ditambah pula dengan sajian yang dihidangkan memang ‘tip top’ serta servis perkhidmatan yang terbaik, confirm anda akan datang ke restoran itu lagi kan?

Paling best, kalau tempat tersebut ada banyak spot yang ‘Instagramable’. Mesti akan bergambar tidak henti-henti. Kalau anda teringin untuk merasai pengalaman-pengalaman ini, jom kami bawa anda ke sebuah restoran yang baru sahaja dibuka di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.


Restoran Ferria KL Tampil Dengan Tema Oasis Untuk Para Pelanggan

Bertempat di sebelah Hotel Westin KL, Ferria KL merupakan sebuah restoran bertemakan Oasis dengan adanya flora dan fauna yang cukup mendamaikan dan sangat cantik. Memang rasa macam nak bergambar di setiap sudut ya.

Ferria-KL
Kepada anda yang menggemari hidangan antarabangsa atau hanya mahu lepak dengan kawan-kawan, Ferria KL adalah lokasi paling best untuk bersantai.
(Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Ruangan Di Bahagian Luar Ferria KL

Ferria KL mempunyai dua ruangan iaitu ruangan berpenghawa dingin dan juga kawasan luar di mana anda boleh melihat suasana di jalan raya bersebelahan pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur.

Ruangan di bahagian luar pun ‘not bad’ dan cantik juga. Jangan risau kerana anda tidak akan berasa panas kerana ada banyak kipas untuk memastikan pelanggan sentiasa sejuk.

Ferria-KL
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Ruangan Di Bahagian Dalam Ferria KL

Dekorasi di ruangan berpenghawa dingin sangat memukau, seolah-olah anda masuk ke dalam sebuah hutan tropika kerana ada banyak hiasan daun-daunan tergantung di bahagian atas. Bukan itu sahaja, beberapa tiang yang dicat dengan warna coklat juga dilihat seperti batang pokok dan membuatkan suasana oasis lebih menyerlah.

Hiasan lampu LED yang berada di bahagian atas berhampiran daun-daunan dan di bawah sofa juga menjadikan Ferria KL tampil lebih eksklusif dan moden. Kalau pandai ambil gambar dengan ‘angle’ menarik, mesti gambar korang jadi lebih awesome bila dimuat naik dalam Instagram!

Ferria-KL
Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Ferria-KL
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Selain itu, pelanggan juga boleh melihat cef-cef memasak di depan mata dengan memilih tempat duduk yang disediakan di hadapan ruangan memasak secara terbuka untuk tontonan pengunjung.

Ferria-KL
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Jenis Hidangan Yang Ditawarkan Di Ferria KL

Mesti ramai yang tertanya-tanya, hidangan apa yang menarik di Ferria KL? Ada pelbagai menu yang disajikan di Ferria KL termasuklah hidangan yang dipanggang, pasta, makanan ringan, pencuci mulut dan sebagainya.

Ferria-KL
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Antara menu menarik di Ferria KL adalah seperti:

  • Master of Grill
    • XL River Monster Roll
    • Aussie Wagyu
    • Lamb Croissie
    • Rocky Wild Chicken
    • Atlantic Cod
  • Pasta
    • Tarzan Arabiata
    • Fiery Aglio Olio
    • Rainforest Fromage
  • Woodfire Oven Pizza
    • Sea Creature Arabiata
    • Golden Amazon
    • Wild-Spiced Lamb
Sumber: Siti Murni/TRP

Team TRP Cuba Beberapa Menu Menarik Di Ferria KL!

Baru-baru ini, team TRP telah dijemput oleh Ferria KL untuk merasai sendiri pengalaman di restoran tersebut. Kami juga berpeluang untuk menikmati beberapa hidangan menarik yang disajikan di Ferria KL.

Berikut merupakan antara menu-menu yang kami cuba:

1. Ferria KL: XL River Monster Roll.

XL-River-Monster-Roll
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Hidangan ini adalah menu kegemaran kami kerana rotinya sangat lembut dan ditambah pula dengan isi udangnya yang sangat berjus. Sos yang digunakan di dalam menu ini menjadikan ‘roll’ ini lebih menyelerakan. Terliur pula bila teringat balik rasa XL River Monster Roll ini.

Crisy French Bean turut dihidangkan bersama dengan XL River Monster Roll sebagai makanan sampingan. Sedap juga! Mesti ada yang tertanya, kenapa namanya XL River Monster? Kerana mereka menggunakan Giant Freshwater Prawn atau juga dikenali sebagai Udang Galah.

2. Ferria KL: Grilled Crystal Pineapple.

Grilled-Crystal-Pineapple
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Grilled Crystal Pineapple merupakan salah satu menu pencuci mulut yang ditawarkan di Ferria KL. Tetapi buah nanas yang dihidangkan ini lain daripada yang lain kerana ia dipanggang terlebih dahulu. Ini pertama kali mencuba hidangan nanas panggang.

Kombinasi nanas panggang, aiskrim kelapa dan Vanilla Butter Crumble adalah satu gabungan yang agak unik. Tetapi bagi kami aiskrim kelapa itu tidak mempunyai rasa kelapa yang kuat dan ‘so-so’ sahaja.

3. Ferria KL: Watermelon Poppers.

Sumber: Siti Murni/TRP

Hidangan buah tembikai ini sememangnya begitu unik bagi kami kerana ianya diberi nama ‘Watermelon Poppers’ kerana dicampuri dengan tiga (3) sos berbeza yang dikenali sebagai ‘Citrus Trio’. Dan seperti biasa, kalau makan buah tembikai, sejuk je rasa kan?

4. Ferria KL: Jungle Jewel.

Sumber: Siti Murni/TRP

Hidangan Jungle Jewel ini merupakan salah satu menu paling laris kerana kami terpaksa meminta untuk menambah dan memesan menu ini sebanyak dua kali. Bayangkan anda menikmati jagung panas, disaluti pula dengan kernel dan lemak ayam lazat. Bila makan sambil borak, tahu-tahu licin mangkuk!

Terpaksalah minta satu mangkuk lagi untuk benar-benar menghayati rasa sebenar Jungle Jewel ini!


Ferria KL

Ferria KL merupakan destinasi grill dan bar terbaru di Kuala Lumpur! Terletak di The Westin Kuala Lumpur, Ferria KL akan membawa anda melalui pengembaraan kulinari dari saat anda memasuki restoran hijau indah lagi gah ini.

Team TRP sekitar majlis pembukaan restoran Ferria KL.
(Sumber: Siti Murni/TRP)
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd