Now Reading
Carte d’Or Perkenal 2 Perisa Baharu Untuk Penggemar Aiskrim. Ala Perancis!

Carte d’Or Perkenal 2 Perisa Baharu Untuk Penggemar Aiskrim. Ala Perancis!

Aiskrim Café Latte Brownie dan Butter Almond Fudge daripada Carte d’Or boleh didapati di seluruh negara menerusi kebanyakan platform e-dagang dan penghantaran makanan serta di pasar raya dan kedai serbaneka 7-Eleven berhampiran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jaranglah jumpa orang yang tak suka aiskrim. Selalunya, pemanis mulut ini memang menjadi kegilaan ramai. Terutamanya selepas makan makanan pedas. Mulut dah berapi, mesti nak cari ‘penyejuk’ mulut pula, kan?

Sumber: Giphy

Untuk anda peminat aiskrim di luar sana, anda kini boleh menikmati citarasa kafe Perancis bersama Carte d’Or menerusi dua ahli baharu dalam rangkaian produk aiskrim bertaraf premium.

Diilhamkan oleh gastronomi Perancis sejak tahun 1978, Carte d’Or merupakan jenama pencuci mulut premium dari Paris yang merumus khas aneka aiskrim bersifat mulus, berkrim dan menggunakan ramuan-ramuan terbaik dari serata dunia.


Carte d’Or Perkenal 2 Perisa Baharu

Jika sebelum ini Carte d’Or memperkenalkan diri dengan satu rangkaian produk aiskrim pada tahun 2021 iaitu:

  • Dark Chocolate Truffles.
  • French Vanilla Crème Glace.
  • Caramel Glace with Almond Tarte Crumbles.
  • Glace à La Strawberry.

Kali ini, Wall’s Malaysia ingin membawakan citarasa sebenar kafe Perancis ke Malaysia dengan memperkenalkan dua lagi perisa baharu iaitu:

  • Café Latte Brownie: yang diperbuat daripada kepingan coklat dan brownie dari Itali;
  • Butter Almond Fudge: yang diperbuat daripada badam yang dituai di Australia, di samping brownie dan juga sos fudge coklat.

Dari Perancis ke Malaysia, dua perisa baharu yang menyertai rangkaian produk aiskrim Carte d’Or telah dirumus khas untuk membantu anda mencipta dan menggamit detik manis dari keselesaan rumah anda. Disempurnakan dengan ramuan-ramuan berkualiti tinggi dari serata dunia, aiskrim premium ini pasti dapat menambah secubit kenikmatan pada hari anda.

Abhijit Kulkarni, Pengurus Besar Kluster merangkap Ketua Inovasi Serantau di Unilever Ice Cream Southeast Asia (SEA).

#BonjourCartedOr

Aiskrim Café Latte Brownie dan Butter Almond Fudge daripada Carte d’Or boleh didapati di seluruh negara menerusi kebanyakan platform e-dagang dan penghantaran makanan serta di pasar raya dan kedai serbaneka 7-Eleven berhampiran anda.

Harga runcit yang disarankan ialah RM20 bagi setiap bekas.

Memandangkan kini aiskrim ini boleh didapati dengan mudah, anda juga berpeluang memenangi tiket penerbangan ke Paris (#FromCartedOrToParis) dan juga kredit e-dompet bernilai RM7,000 dengan menyertai peraduan nasional Carte d’Or.

Anda hanya perlu membeli sekurang-kurangnya 2 bekas (pint) aiskrim Carte d’Or yang baharu ini (Café Latte BrowniedanButter Almond Fudge).

Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Disember hingga 31 Disember 2022.

Kunjungi laman rasmi Wall’s Malaysia di DI SINI untuk maklumat lanjut.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd