Now Reading
Raih 456K ‘Shares’, Resepi Cookies Ala Famous Amos Ini Memang Laris!

Raih 456K ‘Shares’, Resepi Cookies Ala Famous Amos Ini Memang Laris!

Terliur pula tengok Cookies Ala Famous Amos ni.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Bulan-bulan puasa waktu PKP ni selalunya memang kurang aktiviti. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang tidak bekerja mahupun bekerja dari rumah.

Ye lah, nak keluar pun tak boleh makan.

Apa kata korang keluarkan bakat terpendam dengan cubaan ‘baking’. Ala, senang je. Resepi dah disediakan, korang hanya perlu ikut setiap step dan pastikan ia menjadi.

Kredit GIF: Giphy

Untuk permulaan, boleh cuba untuk bake Cookies Ala Famous Amos ni. Resepi menarik ini telah disediakan oleh seorang pengguna Facebook Baizura Muhammad yang kini berjaya meraih lebih 456 ribu perkongsian!

Menurutnya, dia mencuba resepi ini setelah ia dikongsikan oleh Anney Z Mustapha.

Bahan-bahan yang perlu digunakan:

  • 250 gram Butter
  • 1 1/4 cawan Brown Sugar
  • 1 sudu kecil Essence Vanila
  • 1 biji Telur
  • 2 1/2 cawan Tepung Gandum
  • 1/2 cawan Tepung Jagung
  • 1 sudu kecil Baking Powder
  • 1 sudu kecil Soda Bikarbonat
  • 6 sudu besar Minyak Masak
  • 2 cawan Coklat Cip
  • Almond nips / almond flakes (jika suka)

Lagi premium (jenis mahal) bahan yang digunakan, lagi sedap rasa cookies ini.

Cara-caranya:

Masukkan butter 250g, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecik & telur sebiji. Kacau leklek just bagi sebati je, takpayah sesungguh sgt..

[NOTA: Ramai yg buat silap kat sini. Jgn pakai mixer. Pakai spatula/senduk/sudu je cukup. Nak pakai tangan pun boleh. Kacau sekadar nak bagi bahan sebati je, kacau slow2. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut. Seminit-dua je cukup]
Kredit: Baizura Muhammad/Facebook

Dalam bekas yang sama tadi, masukkan pula tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecik, baking powder pun 1 sudu kecil & minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati, pelan-pelan kayuh.

[UPDATE: Ingat, kacau slow je sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus stop, buat step seterusnya]
Kredit: Baizura Muhammad/Facebook

Bila semua dah sebati, masukkan 2 cawan choc chip.

Kredit: Baizura Muhammad/Facebook

Kacau sebati lagi sampai semua mesra friendly gitu. Masih kacau slow-slow ya.

Kredit: Baizura Muhammad/Facebook

Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke or nestum ke, tambah je ikut suka. Mcm kakbai, asingkan sikit untuk letak almond nips so dapatlah 2 jenis nanti. Dah tambah, kacau sebati jugak.

Kredit: Baizura Muhammad/Facebook

Adunan yg dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30minit. Tutuplah sket adunan tu kang bercampur pulak dengan bau bawang, petai, budu dalam tu pula.

Kredit: Baizura Muhammad/Facebook

Sapu tray dengan butter. Takpayah letak baking paper. Cubit sikit dan susun jarak-jarak dalam tray. Kekalkan social distancing seperti dalam gambar. Musim PKP ni jangan izinkan mereka bergaul.

[UPDATE: Cubit je adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti bila bakar dia akan cair dan turun sendiri. Tengok gambar dan tiru buat yang sama]
Kredit: Baizura Muhammad/Facebook

Sebelum tu, panaskan oven suhu 150’ guna api atas bawah, kipas on. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit. Tengok betul-betul rupa adunan ni sebelum dibakar. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti kat gambar sebelah boleh tengok adunan mencair sendiri masa dibakar.

Kredit: Baizura Muhammad/Facebook

Nampak tu dia dah start mengembang. Jangan gatal nak bukak oven kejap-kejap nanti bantat jadinya.

Kredit: Baizura Muhammad/Facebook

TADAAA! Famous Amos PKP cookies is DONE!

Masa baru keluar oven biskut ni lembut sikit tau. Dah sejuk baru dia crunchy, bolehlah ngap dengan rasa bersalah sebab dah nak raya nanti tak sempat kurus.

Eh ada ke raya tahun ni?

Kredit: Baizura Muhammad/Facebook
Kredit: Baizura Muhammad/Facebook

Boleh dapat 4 bekas medium size ni.

Ada teringin rasa nak cuba tak? 🙂


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd