Now Reading
Ini 5 Jenis Makanan Anda Boleh Ambil Untuk Kecutkan Cyst

Ini 5 Jenis Makanan Anda Boleh Ambil Untuk Kecutkan Cyst

Antara makanan yang anda boleh masukkan dalam rutin pemakanan harian bagi mengecutkan cyst adalah makanan yang tinggi dengan kandungan serat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Saban hari, penyakit cyst dilaporkan semakin meningkat dalam kalangan golongan wanita.

Ia bukan sahaja melibatkan golongan dewasa, malah ada juga gadis dalam lingkungan remaja berdepan penyakit sama.

Selain daripada kanser ovari, kanser payudara dan kanser rahim, cyst juga tergolong dalam tangga ke-10 masalah yang sering dihidapi oleh kalangan wanita di Malaysia, memetik Columbia Asia.


Apa Itu Cyst?

Cyst merupakan ketumbuhan tidak normal di bahagian ovari wanita yang mengandungi cecair. Cecair yang terbentuk dalam ketumbuhan cyst tersebut berbentuk lendir, air atau darah.

Untuk makluman, cyst tersebut boleh membesar tanpa disedari. Sebanyak 60% hingga 70% kes cyst ovari tidak disedari oleh pesakit kerana ia tidak menunjukkan gejala.

Kalau anda nak tahu, cyst ini juga boleh membesar dan berkemungkinan akan pecah sekiranya seseorang individu itu tidak menjaga pemakanannya.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Gadis Hidap Kanser Ovari & Cyst Kerana Kerap Makan Makanan Pedas


Jenis Makanan Dapat Bantu Kecutkan Cyst

Namun usah risau, dengan pengambilan ubatan dan diet pemakanan yang terurus, cyst di dalam ovari boleh mengecut dengan sendiri.

Berikut kami kongsikan jenis makanan yang anda boleh ambil:

#1. Daging Pejal

Secara umumnya, daging mengandungi banyak lemak yang boleh mendorong masalah cyst yang dialami wanita menjadi semakin teruk. Selain itu, makanan tinggi dengan kandungan lemak juga boleh menyebabkan simptom cyst semakin serius.

Sebagai alternatif, anda boleh makan daging pejal untuk mengatasi masalah tersebut kerana ia mengandungi lemak yang kurang berbanding daging biasa.

Sementara itu, anda juga diingatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan bergoreng dan makanan ringan yang juga tinggi dengan lemak.

Sumber: PG Mall
#2. Makanan Tinggi Asid Lemak Omega-3

Pesakit cyst juga sering berdepan dengan masalah hormon yang tidak menentu sehingga menyebabkan ketumbuhan tersebut semakin membesar.

Bagi mengurangkan simptom penyakit itu, anda boleh cuba menambahkan makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dalam diet pemakanan.

Sebagai contoh ikan laut dan juga kekacang.

Sumber: Unsplash
#3. Teh Kamomil

Teh kamomil bukan sahaja boleh membawa bantu anda rilekskan tubuh badan, malah ia juga berfungsi untuk mengurangkan kesan keradangan cyst pada ovari wanita. Anda hanya perlu minum satuh cawan teh kamomil sahaja dalam masa sehari.

Untuk info, ia juga boleh melegakan kekejangan dialami oleh kaum Hawa ketika sedang haid.

Sumber: Unsplash
#4. Makanan Kaya Dengan Indole-3 Carbinol

Indole-3 carbinol (I3C) merupakan makanan yang dapat membantu menyingkirkan lebihan hormon estrogen daripada tubuh badan manusia. Memetik Hello Doktor, golongan pakar juga telah menggunakan makanan 13C bagi mengelakkan kanser dan merawat penyakit lupus (SLE).

Antara makanan yang kaya dengan 13C ini adalah kubis, kubis bunga, brokoli dan kubis brussels.

Sumber: Unsplash
#5. Makanan Kaya Dengan Serat

Buahan-buahan dan tumbuhan yang kaya dengan serat juga merupakan makanan yang terbaik untuk cyst.

Sebagai contoh, makanan seperti buah pir, oren, kacang pea kaya, barli, pisang dan kekacang. Ia juga dapat mengurangkan risiko kanser ovari.

Sumber: Unsplash

Semoga perkongsian ini membantu buat mereka yang sedang mengalami penyakit cyst.

Baca Artikel Berkaitan: Kisah Derita Gadis Ketumbuhan Ovari Meninggal Dunia 3 Minggu Seperti Jangkaan Pakar Buat Twitterjaya Bersedih


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd