Now Reading
Kenapa Kena Pakai ‘Ear Plugs’ Kalau Pergi Konsert? Ini Sebabnya

Kenapa Kena Pakai ‘Ear Plugs’ Kalau Pergi Konsert? Ini Sebabnya

Risiko untuk berdepan masalah tinnitus boleh terjadi sekiranya seseorang tidak memakai ear plugs ketika terdedah dengan bunyi yang kuat.

kenapa kena pakai earplug waktu di konsert

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda perasan, kebanyakan konsert akan menetapkan bunyi yang agak kuat tidak kiralah acara tersebut dilakukan secara terbuka atau tertutup di dalam stadium kerana mahu memastikan ia dapat didengar oleh semua penonton.

Walaupun seronok dapat mendengar suara penyanyi kegemaran anda dengan jelas dan kuat ketika di konsert, tetapi ada perkara yang anda perlu beri perhatian tentang kesihatan telinga masing-masing.


Pentingnya Untuk Pakai Ear Plugs Ketika Di Konsert

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@hannysa.yusaa), wanita berkenaan sebelum ini telah berkongsi beberapa barangan yang perlu dibawa bagi mereka yang akan menghadiri konsert Taylor Swift di Singapura pada bulan Februari ini.

Namun, salah satu barangan dalam senarai yang dikongsikan itu telah menjadi persoalan netizen iaitu ear plugs.

Bagi menjawab persoalan itu, pengguna TikTok berkenaan memberi penerangan tentang kepentingan untuk memakai ear plugs ketika menghadiri mana-mana konsert.

Jelasnya, sistem bunyi (sound system) di konsert boleh menjejaskan pendengaran seseorang dan disebabkan itulah setiap individu perlu memakai ear plugs untuk melindungi kesihatan telinga masing-masing.

Malah, mereka yang terdedah dengan bunyi yang terlalu kuat di konsert juga berisiko untuk mendapat masalah tinnitus iaitu bunyi berdesing di dalam telinga.

Dakwa wanita ini lagi, pemakaian ear plugs akan membolehkan seseorang mendengar nyanyian di konsert dengan lebih jelas dan mengurangkan bunyi jeritan peminat.

https://www.tiktok.com/@hannysa.yusaa/video/7329396860500610312

Netizen Kongsi Pengalaman Pakai Ear Plugs Ketika Konsert

Di ruangan komen video tersebut, sesetengah netizen turut menyokong pemakaian ear plugs ketika menghadiri konsert. Ada yang kata suara nyanyian artis kegemaran anda akan kedengaran lebih jelas.

Segelintir netizen berkata mereka yang membeli tiket di tempat duduk yang jauh dengan pentas juga memakai ear plugs dan tidak mempunyai masalah untuk mendengar.

Pada masa yang sama, netizen turut memberi cadangan untuk memakai mana-mana earphone yang anda miliki sekiranya tidak mempunyai ear plugs.

Malah, ahli pemuzik dan jurutera bunyi juga menyarankan pemakaian ear plugs ketika di konsert bagi memberikan perlindungan pada bahagian telinga.

Sumber: TikTok

Berapa Tahap Bunyian Yang Memerlukan Seseorang Memakai Ear Plugs?

Memetik Bass Medical Group, mereka yang mahu menjaga kesihatan telinga perlulah memakai ear plugs di mana-mana lokasi yang mempunyai tahap bunyi melebihi 85 decibel (dB).

Kebanyakan konsert dikatakan mempunyai kekuatan bunyi sehingga 120dB bergantung kepada jenis tempat duduk anda dengan pentas utama.

Satu kajian di Amsterdam pada tahun 2016 telah dilakukan dengan melibatkan individu yang hadir ke sebuah konsert. Separuh daripada mereka diberikan ear plugs dan separuh lagi dibiarkan tanpa memakai ear plugs.

Kajian mendapati bawah 42% individu yang tidak memakai ear plugs ketika konsert tersebut menghadapi masalah pendengaran dan 40% lagi mengalami tinnitus.

Berbeza pula dengan mereka yang memakai ear plugs di konsert terbabit kerana hanya 8% sahaja yang mengalami masalah pendengaran dan 12% berdepan dengan tinnitus.

Jadi saranan kami, pakailah ear plugs ketika berada di konsert kerana anda akan terdedah dengan bunyi kuat dalam tempoh berpanjangan.

Ingat ya, kesihatan telinga juga perlu dijaga.

Baca Artikel Berkaitan: 5 Tips Elak Pekak Pada Usia Muda, Jangan Selalu Pakai Headphone Salah Satunya!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd