Now Reading
Gamuda Cove Lancar ‘Goosebumps Rope Course’ Pertama Di Malaysia. Gugur Jantung Oi!

Gamuda Cove Lancar ‘Goosebumps Rope Course’ Pertama Di Malaysia. Gugur Jantung Oi!

Goosebumps Rope Course menawarkan peminat adrenalin lebih daripada 57 elemen pendakian untuk menguji keberanian orang ramai, termasuk hayunan gergasi dan abseiling.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ada jenis individu yang sukakan sukan lasak dan ekstrem – contohnya memanjat bukit, camping, bungee jumping, diving, dan sebagainya.

Pendek kata, jenis aktiviti yang menguji adrenalin!

Sumber: Coupon Dunia

Tapi untuk mereka yang takut tinggi dan juga kurang lasak, lupakanlah.


Team TRP hadir ke pelancaran rasmi ‘Goosebumps Rope Course’ di Gamuda Cove.

Pada hari Sabtu lepas (15 Januari), team TRP telah menghadiri hari pelancaran rasmi Goosebumps Rope Course yang terletak di Persiaran Cove Sentral, Bandar Gamuda Cove, Dengkil, Selangor.

Ini merupakan taman halangan bertali outdoor pertama seumpamanya di Malaysia dan diperakui oleh Malaysia Book of Records.

Kredit: Siti Murni/TRP

Dengan ketinggian 16 meter semua cabaran bertali di sini mempunyai keseluruhan 57 jenis pendakian termasuklah abseiling dan hayunan raksasa – dengan 5 tahap kesukaran bergantung kepada pilihan mengikut keberanian.

Yang penting, masa panjat tu jangan menggatal tengok bawah.

GAYAT.

Kredit: Siti Murni/TRP

Goosebumps Rope Course ini merupakan sebahagian daripada tarikan yang terdapat di Discovery Park Gamuda Cove seluas 23 ekar yang baru sahaja dibuka pada Januari 2021.

Anda juga boleh menikmati program camping yang dianjurkan oleh Gamuda Cove iaitu ‘Bring Your Own Tent’ serta aktiviti menunggang kuda.

Bukan itu sahaja, Gamuda Cove juga bakal memperkenalkan taman air bertemakan hutan hujan SplashMania tak lama lagi. Menarik kan?!

Kredit: Gamuda Land

Rakyat Malaysia berminat untuk keluar dan bersiar-siar dan berhubung dengan alam semula jadi dalam normal baharu. Goosebumps Ropes ini memenuhi permintaan orang ramai dengan persekitaran menyeronokkan dan selamat serta cabaran yang menarik untuk semua peringkat umur, termasuk 11 elemen hanya untuk kanak-kanak. Selain itu, lokasinya yang strategik bersebelahan dengan Paya Indah Discovery Wetlands seluas 1,111 ekar membolehkan penduduk dan pelawat di Gamuda Cove benar-benar merasai, menikmati dan mempelajari tentang warisan semula jadi Malaysia.

Larissa Chan, Executive Director (Commercial Real Estate), Gamuda Land.
Sumber: Discovery Park @ Gamuda Cove

Ini baru betul adventurous!

Kalau dah bersedia untuk memanjat Goosebumps Ropes ini, jom beli tiket!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd