Pulau Rawa – Kecil Tapi Memuaskan Untuk Bercuti. Best!
Pulau Rawa ni memang famous sebab terlalu cantik dan warna air memang jernih sangat.


Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Korang pernah dengar tentang Pulau Rawa tak?
Terletak di tenggara Malaysia, korang akan jumpa sebuah kepulauan yang kecil dan agak terpencil diberi nama Pulau Rawa.
Terletak 20 batu dari Pulau Tioman dan 16km dari Mersing, Pulau Rawa hanya berkeluasan 200 meter lebar dan 1km panjang.

(Kredit gambar: Fernando Fong/TRP)
Pulau ini diberi nama sempena nama burung merpati putih, iaitu Rawa.
Atau lebih dikenali dengan pied imperial pigeons, yang tidak asing lagi dikepulauan ini.

(Kredit gambar: Fernando Fong/TRP)
Walaupun ia kelihatan kecil, pulau ini mempunyai pandangan serta panorama yang sangat menarik dan indah.
Pantai berpasih putih, laguna kecil, batu karang berbagai warna yang boleh dilihat melalui dasar laut dek airnya yang sangat biru jernih, hutan hujan tropikal, bukit dan tebing indah adalah antara ciri-ciri yang membuatkan Pulau Rawa ini adalah tempat yang dikira ‘syurga Instagram’ untuk setiap pengunjung.



Cantiknya.
Kalau anda inginkan ‘ketenangan’, Pulau Rawa ini memang tempat yang paling sesuai.

Pulau ini memang tempat terbaik untuk anda rehatkan badan dan minda. Chill saja.
Lagipun, banyak juga aktiviti yang boleh anda lakukan. Contohnya boleh hiking, bagi ikan makan, berkanu, luncur angin, scuba diving dan juga snorkeling.
Yang penting, gambar-gambar anda pun akan lebih ‘instagram-worthy’ gitu.

(Kredit gambar: Fernando Fong/TRP)

Siapa suka ‘water rafting’ pun boleh datang ke sini.

Untuk ke pulau ini, anda boleh menaiki feri selama satu jam perjalanan dari Mersing.

(Kredit gambar: Fernando Fong/TRP)

(Kredit gambar: Fernando Fong / TRP)
Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.