Now Reading
Konsert CNBLUE, CNBLUENTITY Di Mega Star Arena Dibanjiri 5,000 #BOICE!

Konsert CNBLUE, CNBLUENTITY Di Mega Star Arena Dibanjiri 5,000 #BOICE!

Kumpulan pop-rock Korea Selatan itu telah kembali ke Malaysia selepas hampir 10 tahun dengan tour serata Asia, CNBLUENTITY.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat anda yang tidak tahu, minggu lalu hari Sabtu (20 April), telah berlangsungnya konsert kumpulan pop-rock Korea Selatan CNBLUE, CNBLUENTITY di Mega Star Arena KL.

CNBLUENTITY

Bermula tepat jam 8 malam, dewan tersebut telah dipenuhi sejumlah 5,000 BOICE iaitu gelaran buat peminat CNBLUE.

Kemunculan trio Yong-Hwa (vokalis utama), Min-Hyuk (pemain dram) serta Jung-Shin (pemain bass) pada kemunculan pertama mereka di atas pentas telah membuatkan para peminat yang telah menunggu lama berasa teruja selain bersorak dengan riuh.

CNBLUENTITY

CNBLUE Persembahkan Lebih Dari 20 Buah Lagu Buat Boice

Sepanjang acara yang berlangsung lebih kurang 3 jam itu, band tersebut telah mempersembahkan lebih dari 20 buah lagu. Ballad, rock, pop semuanya ada!

CNBLUENTITY. Sumber: Nur Hazwani/TRP

Antara lagu hit yang dibawa khas oleh trio tersebut adalah:

  • Hey You
  • Love Light
  • Lady
  • Coffee Shop
  • Till Then
  • Cinderella
  • Love
  • Hide and Seek
  • I’m Sorry
  • Love Girl
Sumber: Nur Hazwani/TRP

CNBLUE Gegarkan Dewan Mega Star Arena Dengan Lagu Legend

Instrumental gitar dan nyanyian merdu Yong-Hwa membuatkan para peminat tidak senang duduk. Malah, rata-rata pengunjung juga telah menggegarkan dewan dengan lompatan sepanjang nyanyian rancak dipersembahkan.

Aksi trio yang meminta orang ramai untuk menyanyi lagu ‘legend’ mereka bersama-sama telah berjaya menambahkan keriuhan pada malam itu.

Sumber: Nur Hazwani/TRP/CNBLUENTITY

Bagi pengalaman penulis sendiri yang telah bersama-sama menyaksikan persembahan berkenaan, memang tidak dapat dinafikan band dikatakan dari Gen 2 K-Pop itu masih ‘berbisa’ dan bertenaga sama seperti dulu.


Sorakan Boice Malaysia Paling Gemuruh

Semasa sesi berinteraki bersama peminat pula, barisan penyanyi itu telah menzahirkan perasaan teruja untuk kembali ke Malaysia selepas beberapa tahun. Untuk info, band pop-rock tersebut pernah mengadakan konsert lebih kurang 10 tahun yang lalu di Kuala Lumpur.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Jelas Yong-Hwa, dia berasa rindu dengan peminatnya di sini selain berterima kasih atas sokongan tidak terhingga walaupun selepas beberapa tahun mereka debut sebagai kumpulan.

Sementara itu Jung-Shin juga berkata peminat di Malaysia mempunyai sorakan paling gemuruh sepanjang tour mereka berjalan.

CNBLUENTITY. Sumber: Nur Hazwani/TRP

Ada Kelas Bahasa Melayu Dengan Korea Pula Ketika Konsert

Ketika sesi berucap juga, ketiga-tiga idol belajar beberapa perkataan dan ‘slang’ yang sering digunakan masyarakat di Malaysia. Antaranya adalah perkataan mantap menggambarkan suasana gempak pada tour tersebut.

Malah, Yong-Hwa juga telah mencampurkan perkataan Korea dengan Bahasa Melayu dalam satu ayat seperti, “Chinca mantap,” yang bermaksud sangat hebat.

Mereka berkali-kali mengulangi ayat yang sama kepada Boice bagi mengekspresikan syukur yang tidak terhingga atas sokongan tidak putus.

Sumber: Nur Hazwani/TRP/CNBLUENTITY

CNBLUENTITY: 10/10!

Di penghujung konsert pula, ketiga-tiga idola itu berkata mereka semestinya akan kembali lagi ke Malaysia pada masa akan datang dengan lagu-lagu terbaru. Mereka juga berharap peminat yang selama ini bersama mereka akan terus teruja dan seronok dengan segala yang dibawa oleh CNBLUE untuk industri K-Pop.

Saya janji awak (akan datang ke Malaysia sekali lagi) because saya sayang awak.

Yong-Hwa.
Sumber: Nur Hazwani/TRP

Konsert CNBLUENTITY di akhiri dengan lagu kegemaran ramai pada tahun 2011 iaitu Love Girl. Memang cool habis!

Secara keseluruhannya, kami rate konsert kali ini 10/10. Harapnya janji mereka untuk kembali ke sini ditepati. Till next time CNBLUE!


Serba Sedikit Info Tentang CNBLUE

Sejak berkecimpung dalam kerjaya seni di bawah FNC Entertainment pada 2010, CNBLUE telah menghasilkan pelbagai lagu dengan bahasa yang berbeza seperti Korea, Jepun serta Inggeris dengan memiliki 11 album studio, 14 album mini, 33 lagu single dan tiga album kompilasi.

CNBLUENTITY

Walaupun baru sahaja debut pada tahun 2009, namun band bergenre pop dan rock ini tidak terlepas untuk menggapai banyak anugerah penghargaan pada tahun berikutnya (2010) iaitu:

  • Rookie of the Month.
  • Streaming Award.
  • New Style Icon Singer.
  • Best Male Rookie.
  • Digital Music Bonsang.
  • Best Newcomer Award.
  • 2010 TOP 10.

Baca Artikel Berkaitan: CNBLUE Kembali Ke Malaysia Lepas 10 Tahun Dengan Konsert Tour CNBLUENTITY!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd