Now Reading
Sound Spirit Zainalabidin: The Legacy Of Sound Hiburkan Peminat Di KLPAC

Sound Spirit Zainalabidin: The Legacy Of Sound Hiburkan Peminat Di KLPAC

Sound Spirit Zainalabidin: The Legacy Of Sound ini berjaya dilaksanakan dengan sokongan dari MyCreative Ventures serta sokongan daripada CIMB Bank dan Yayasan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) telah menjadi hos kepada malam muzik, kisah perjalanan seni dan persembahan memukau yang tidak dapat dilupakan di Sound Spirit Zainalabidin: The Legacy of Sound, pada Sabtu lalu (20 Januari 2024).

Disokong oleh MyCreative Ventures dengan kerjasama rakan penaja utama, CIMB Bank dan Yayasan CIMB, konsert ini diterbitkan oleh AfroZapin Network iaitu sebuah produksi milik penyanyi, Datuk Zainal Abidin atau lebih popular dengan gelaran Zainalabidin.

Auditorium Pentas 1 dipenuhi penonton dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk hampir 300 pelajar dari Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya, dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti UCSI dan Universiti Limkokwing.

Zainalabidin Hiburkan Para Peminat Dengan 10 Buah Lagu

Datuk Zainalabidin telah menghiburkan penonton-penonton dengan 10 buah lagu, antaranya Bongkar, Damai, Sabar, Manis, Khayalan, Hijau dan lagu terbaharunya “Tiba Masa” – sebelum menutup persembahan dengan menyanyikan lagu Ikhlas Tapi Jauh.

Persembahan beliau telah diselang-seli dengan perkongsian kisah mengenai pengalaman dan perjalanan kerjayanya dalam bidang seni.

Turut bersama beliau di atas pentas untuk berkongsi pengalaman mereka dalam industri hiburan adalah Sunil Kumar, jurutera bunyi yang berjaya, seorang pemain perkusi ulung, Steve Thorton, dan maestro muzik Michael Veerapen.


Persembahan Istimewa Oleh Anak Didik Zainalabidin

Turut memeriahkan persembahan pada malam itu adalan persembahan menarik oleh Pija Yasin, pemenang program ‘Mentor’ TV3, dan One Juicy, salah seorang penari B-Boy terbaik Asia dan juara program realiti ‘The Band’ Astro Ria, keduanya yang merupakan anak didikan Datuk Zainalabidin.

Acara ini berjaya dilaksanakan dengan sokongan dari MyCreative Ventures serta sokongan daripada CIMB Bank dan Yayasan.

Syabas buat Datuk Zainalabidin dan AfroZapin Network, sekali lagi meninggalkan kesan mendalam dalam landskap budaya dan seni muzik tanahair dengan Sound Spirit Zainalabidin: The Legacy of Sound.

Jangan risau, jika anda terlepas untuk menyaksikan sendiri keajaiban Sound Spirit Zainalabidin: The Legacy of Sound, anda boleh menerokai gambar dan video eksklusif yang telah dirakam menerusi Instagram @soundspirit.zainalabidin.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd