Now Reading
It’s Official! My Chemical Romance Bakal Buat Persembahan Di Malaysia Tahun Hadapan

It’s Official! My Chemical Romance Bakal Buat Persembahan Di Malaysia Tahun Hadapan

Walau bagaimanapun, menerusi carian kami, maklumat mengenai konsert MCR Live In KL masih belum diberikan oleh pihak penganjur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Teka teki orang ramai sudahpun terjawab!

Jika sebelum ini, netizen telah memperbahaskan tentang kejayaan yang dirangkul oleh penganjur konsert MUSE pada bulan Ogos lalu iaitu Hello Universe.

Justeru itu, Adam Ashraf selaku salah seorang daripada tiga orang pengasas Hello Universe telah memberikan ‘bayangan’ buat rakyat Malaysia untuk membawa satu lagi nama besar bagi mengadakan konsert di Kuala Lumpur, Malaysia iaitu MCR!

Ya, My Chemical Romance.

Jawapan simple je, “Tahun depan”.

Tapi ia telah membuatkan ramai ternanti-nantikan pengumuman rasmi untuk mula menabung dan bersedia menggegarkan konsert band kegemaran ramai ini.


“Welcome To The Black Parade!”

Hari ini (14 November), satu ciapan menerusi laman X @xdidiandrax telah mengejutkan orang ramai di mana pengumuman My Chemical Romance bakal mengadakan konsert di Malaysia telah diumumkan secara rasmi!

“No more secret. Welcome to the black parade. MCR officially will be back in business next year!” tulisnya.

Sumber: X / xdidiandrax

Dan semestinya pengumuman yang dinanti-nantikan itu telah membuat orang ramai ‘tidak senang duduk’ menunggu maklumat lebih lanjut seperti lokasi, tarikh, harga tiket, dan sebagainya.

Mana tidaknya, MCR ini merupakan salah satu band lejen dan ramai yang membesar dengan lagu-lagu yang didendangkan oleh band ini. Contohnya:

  • Welcome To The Black Parade.
  • Helena.
  • I’m Not Okay.
  • Ghost Of You, dan sebagainya.

Fuh, terngiang-ngiang pula dalam kepala lagu MCR sekarang ni.

Walau bagaimanapun, menerusi carian kami, maklumat mengenai konsert MCR Live In KL masih belum diberikan oleh pihak penganjur. Kami akan mengemas kini semula artikel ini dengan info baharu sejurus menerimanya.

Harap peminat MCR bersabar menunggu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd