Now Reading
Kim Seon-Ho Suka Makan Cendol & Pilih Jalan Alor Sebagai Lokasi Pilihan Di Malaysia

Kim Seon-Ho Suka Makan Cendol & Pilih Jalan Alor Sebagai Lokasi Pilihan Di Malaysia

Ala, comel je Kim Seon-Ho suka makan Cendol.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebut sahaja Kim Seon-ho, rata-rata mengenali jejaka ini sebagai seorang pelakon popular daripada Korea Selatan.

Seon-ho juga baru-baru ini iaitu pada 18 Ogos 2023 telah mengadakan perjumpaan bersama peminatnya di Malaysia dalam satu acara yang diberi nama 2023 Kim Seo-Ho Asia Tour di Kuala Lumpur, <One, Two, Three, Smile> bertempat di Mega Star Arena, Sungei Wang pada jam 8PM.

Artikel Berkaitan: South Korean Actor Kim Seon Ho Is Meeting KL Fans On 18 August!

Dikendalikan oleh PULP Live World an Happee Hour, tiket untuk perjumpaan peminat ini telah mula dijual pada 10 Ogos 2023 dan dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu VIP (RM888), KIM (RM688), SEON (RM488), dan Ho (RM288).

Selain Malaysia, selebriti terkenal Seon-ho juga akan terbang ke beberapa buah negara seperti Manila, Bangkok, Japan, Taipei, dan Jakarta untuk berjumpa dengan peminat setianya di setiap negara tersebut.


Fun Facts.

Pelakon Hometown Cha-Cha ini telah menghiburkan para peminatnya pada malam 18 Ogos lalu dengan perkara yang sukar untuk dilupakan dan semestinya telah mengukir senyuman pada wajah setiap yang hadir ketika itu.

Dan paling disukai ramai adalah senyuman manis Kim Heon-so. Wajahnya tidak lekang dengan senyuman dan tidak dinafikan, jejaka ini berkelakuan amat sopan dan ‘gentle’ sepanjang masa.

Ketika sesi press conference bersama pengamal media di Pavilion Kuala Lumpur. (Sumber: Siti Murni/TRP)

Nak tahu apa yang membuatkan ramai peminat di Malaysia merasa teruja pada malam itu? Ha, di sini kami akan senaraikan beberapa fakta dan perkara menarik yang terjadi ketika malam Fan Meet tersebut.

#1. Kim Seon-ho bersungguh untuk bertutur dalam Bahasa Melayu.

Ya, effort itu ada meskipun bunyi pelat itu sangatlah tidak dapat dielakkan. Antara perkataan yang sering disebut adalah ‘Terima Kasih’, ‘Apa Khabar’, ‘Nasi Lemak’, ‘Cendol’ dan juga ‘Sayang’.

Seon-ho juga dilihat mencuba untuk menyebut nama-nama peminat yang ditawarkan untuk naik ke atas pentas bagi melakukan aktiviti bersamanya. Daripada nama ‘Ain’, bunyi yang keluar dari mulut Seon-ho seolah-olah menyebut ‘Air’. Tapi tak apalah, #YangFahamJeFaham.

(Sumber: Siti Murni/TRP)

#2. Kim Seon-ho suka makan Cendol, rupanya.

Ini adalah soalan paling popular ditanyakan kepadanya. Oleh kerana Seon-ho tidak dapat memberitahu nama makanan kegemarannya di Malaysia, empat visual telah disediakan dan dipaparkan di skrin iaitu Nasi Lemak, Bak Kut Teh, Cendol, dan Roti Bakar.

Namun, siapa sangka selebriti terkenal dari Korea Selatan ini memilih Cendol sebagai makanan kegemarannya di Malaysia. Cendol, ya. Ingatkan dia akan pilih Nasi Lemak.

#3. Seon-ho hampir menitiskan air mata kena menonton kompilasi video oleh beberapa peminat tegarnya di Malaysia.

Pada malam itu juga, Seonhohada Malaysia telah menyiapkan sebuah kompilasi video yang memaparkan perjalanan karier Seon-ho bermula dari awal dia menceburi dunia hiburan ini sehingga mencapai tahap sekarang.

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Video tersebut dipaparkan di skrin untuk tontonannya dan telah membuatkan dia bagaikan ingin menitiskan air mata (tapi kenalah cover macho, please).

P.S: Sedih juga TBH. Nasib baik kami tak menangis. Habis maskara nanti.

#4. Bermain beberapa ‘games’ bersama peminat terpilih di atas pentas.

Pada malam itu juga, ketika penghujung acara, Seon-ho telah bermain beberapa pemainan bersama peminat-peminat terpilih di atas pentas sambil ditonton oleh ratusan peminat di bawah.

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Kami yang berada di bawah ini agak ‘jealous’ sebenarnya sebab tak dapat main bersama, tapi tak mengapa. Dapat tonton Seon-ho main sepak bola masuk gol pun sudah memadai dan membuatkan kami terhibur dan tak kering gusi.


Kim Seon-ho Teruja Untuk Kembali Semula Ke Malaysia.

Sumber: Siti Murni/TRP

Pelakon terkenal yang berusia 37 tahun itu (OMG???!) dilihat sangat gembira dengan sambutan dan layanan yang diterima olehnya daripada para peminat di Malaysia. Dia turut mengucapkan jutaan terima kasih bagi pihak yang senantiasa menyokong dirinya untuk terus berada di hadapan sebagai anak seni.

“Saya teruja untuk kembali ke Malaysia,” ucap Seon-ho.

Acara Fan Meet yang berlangsung selama 2 jam 30 minit itu diakhiri dengan lambaian peribadi buat Kim Seon-ho oleh para peminat yang membeli tiket VIP.

Ya, boleh ucap ‘Selamat Tinggal’ atau ‘Goodbye’ di hadapan Kim Seon-ho.

P.S: Kami tak sanggup nak beratur jadi kami berlalu pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. Tapi tak apa, kami percaya Seon-ho akan kembali ke Malaysia untuk makan Cendol.

Sekian, pengalaman ikhlas team TRP berjumpa dengan Hong Du-sik. <3


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd