Now Reading
[Video] Cakra Khan Sertai America’s Got Talents, Raih 4 ‘Yes’ Dari Juri & Pujian Artis Tempatan

[Video] Cakra Khan Sertai America’s Got Talents, Raih 4 ‘Yes’ Dari Juri & Pujian Artis Tempatan

Cakra Khan meraih perhatian para juri rancangan America’s Got Talen dengan nyanyian lagi ‘No Woman, No Cry’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rancangan realiti televisyen yang terkenal di Amerika Syarikat iaitu America’s Got Talent (AGT) merupakan salah satu permulaan kepada orang ramai untuk bergelar penggiat seni.

Sebelum ini, seorang gadis bernama Putri Ariani yang buta penglihatan telah memukau para juri di pertandingan tersebut dengan nyanyiannya yang cukup mengagumkan.

Simon Cowell, salah seorang juri dalam rancangan berkenaan mengejutkan penonton apabila dia menekan butang emas yang membolehkan peserta itu secara tidak langsung layak ke peringkat separuh akhir.

Artikel Berkaitan: Gadis Buta Penglihatan Raih ‘Golden Buzzer’ Dalam America’s Got Talent Lepas Berjaya Tawan Hati Juri


Penyanyi Indonesia, Cakra Khan Sertai Rancangan America’s Got Talent

Kebiasaannya, rancangan AGT ini disertai oleh orang biasa. Namun siapa sangka, penyanyi terkenal dari Indonesia iaitu Cakra Khan juga menyertai pertandingan tersebut.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Cakra Khan menerusi hantaran dimuat naik olehnya di laman Instagram (@cakra.khan) baru-baru ini.

Ketika menyertai uji bakat rancangan AGT itu, Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman menyanyikan lagu popular seperti ‘No Woman, No Cry’ dan mendapat pujian daripada keempat-empat juri.

Salah seorang juri, Simon Cowell mengakui keunikan suara penyanyi lagu Kekasih Bayangan itu yang agak lain daripada yang lain dan tertarik dengannya.

Malah penonton yang berada di dalam dewan juga sama-sama berdiri sambil menyanyikan lagu tersebut bersama Cakra.

Sumber: Instagram @cakra.khan

Ramai Netizen Termasuk Artis Terkenal Ucap Tahniah Kepada Cakra Khan

Pencapaian terbaharu Cakra itu meraih pelbagai reaksi positif dari orang ramai termasuklah penggiat seni Indonesia dan juga Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Rossa, Afgan dan Melly Goeslow.

Antara komen yang mencuri perhatian kami adalah kata-kata dari pengasas produk D’Herbs iaitu Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman. Terhibur betul!

Para peminatnya juga tidak ketinggalan untuk memberikan kata-kata semangat bagi meneruskan penyertaan dalam rancangan terkenal di Amerika Syarikat itu.


Profil Tentang Penyanyi Terkenal Indonesia, Cakra Khan

Cakra Khan merupakan penyanyi dan penulis lagu terkenal di Indonesia berusia 31 tahun yang memulakan kerjayanya dalam industri muzik sejak tahun 2012.

Single pertama yang dihasilkan oleh Cakra pada tahun 2012 bertajuk ‘Harus Terpisah’ telah membuka mata orang ramai tentang keunikan suara penyanyi ini.

Kelunakan suara Cakra bukan sahaja meraih ramai peminat di Indonesia, malah rakyat Malaysia juga tertarik dengan karya yang dihasilkan.

Sebelum ini, Cakra turut menghasilkan lagu dengan penyanyi terkenal Malaysia iaitu Siti Nurhaliza dengan lagu berjudul Seluruh Cinta.

Antara lagu-lagu Cakra Khan yang dikenali ramai adalah seperti:

  • Kekasih Bayangan
  • Kepada Hati
  • Mencari Cinta Sejati
  • Mengingat Dia
  • Setelah Kau Tiada

Untuk rekod, pada Januari lalu Cakra Khan juga telah membuat konsert sulung pertama iaitu A Decade: Cakra Khan Live In Kuala Lumpur buat para peminatnya di Malaysia bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd