Now Reading
Tulus ‘Sentuh Hati’ Peminat Di Malaysia Ketika Konsert Hari Pertama Di KL Convention Centre, 5 Januari

Tulus ‘Sentuh Hati’ Peminat Di Malaysia Ketika Konsert Hari Pertama Di KL Convention Centre, 5 Januari

Meskipun konsert Tulus kali ini agak pendek durasinya, namun persembahan yang diberikan adalah begitu energetik dan rata-rata penonton dilihat tidak berhenti menyanyi dan tersenyum sepanjang konsert berjalan.

tulus

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perjalanan membawamu bertemu denganku, ku bertemu kamu ~

Hati-hati Di Jalan merupakan salah satu lagu hits yang didendangkan oleh penyanyi Indonesia, Tulus pada persembahan mega Fabulous Friday Presents Tulus yang diadakan malam tadi (5 Januari) untuk hari pertama.

Konsert berkenaan telah diadakan di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula jam 8:30pm sehingga 10:15pm.

Meskipun tidak sampai dua jam persembahan itu berjalan, rata-rata peminat dilihat begitu terhibur dan secara langsung dapat mengubat ‘rindu’ terhadap penyanyi Jazz dari Indonesia itu.

Sumber: Siti Murni/TRP

Muhammad Tulus, 35, sebelum ini pernah hadir ke Malaysia menerusi Konsert Tulus Live pada tahun 2018 di Istana Budaya, diikuti dengan Konsert Jelajah Sewindu di KLCC, pada tahun 2019 pula.

Shiraz Projects yang sebelum ini pernah membawa Tulus memaklumkan bahawa mereka mengambil tanggungjawab membawa masuk konsert terbaik seperti ini sebagai ‘benchmark’ dan demi kepuasan peminat di Malaysia.

Kemenangan Tulus di Anugerah Muzik Indonesia (AMI) 2022 sebagai bukti karya dihasilkannya dalam album Manusia bukan hanya menjadi halwa telinga yang menusuk jiwa, bahkan memenuhi kualiti sebagai dendangan bermutu.

Pengarah Urusan Shiraz Project, Shirazdeen Karim kepada Kosmo.

Untuk rekod, tiket untuk menyaksikan penyanyi popular dengan lagu seperti Monokrom, Hati-hati Di Jalan, Pamit, itu telah dijual menerusi laman www.ticket.asia dengan harga RM950 (VIP), RM550 (Diamond), RM450 (Platinum), RM350 (Gold) dan RM250 (Silver).

Dan setakat ini, tiket untuk kedua-dua hari konsert difahamkan habis terjual!


Konsert Fabulous Friday Presents Tulus Di KL Convention Centre, 5 Januari 2022.

Benar-benar telah melunaskan kerinduan para peminat tegar Tulus!

Persembahan Tulus pada hari pertama iaitu 5 Januari sedikit sebanyak berjaya menghiburkan hati peminat-peminat setelah disajikan dengan lagu hits Tulus daripada penyanyinya sendiri.

Sumber: Siti Murni/TRP

Antara lagu-lagu yang didendangkan malam tadi adalah diambil daripada album Manusia (2022), Gajah (2014), Monokrom (2016), dan Tulus (2011).

  • Gajah.
  • Satu Kali.
  • Ruang Sendiri.
  • Sepatu.
  • Kelana.
  • 1,000 Tahun Lamanya.
  • Labirin.
  • Teman Hidup.
  • Nala.
  • Diri.
  • Monokrom.
  • Sewindu.
  • Hati-hati Di Jalan.
Sumber: Siti Murni/TRP

Tulus ketika itu sempat beramah mesra dengan peminat-peminat yang hadir dengan turun daripada pentas persembahan dan menyapa penonton di bawah.

Malah, ada juga yang dijemput naik ke pentas untuk ditanyakan beberapa soalan mengenai karyanya serta diminta untuk menyanyikan beberapa kerat lagu hits Tulus yang disukai oleh mereka.

Sedap juga suara peminat-peminat Tulus sebenarnya, ya. 😉

Sumber: Siti Murni/TRP

Meskipun konsert Tulus kali ini agak pendek durasinya, namun persembahan yang diberikan adalah begitu energetik dan rata-rata penonton dilihat tidak berhenti menyanyi dan tersenyum sepanjang konsert berjalan.

Mana tidaknya, suara Tulus seolah-olah didengari di radio walaupun sedang menyanyi secara langsung. Sungguh merdu!

Sumber: Siti Murni/TRP

Lagu Hati-hati Di Jalan telah menjadi penutup tirai konsert Tulus pada hari pertama bagi memberikan jalan untuk hari kedua pula iaitu hari ini (6 Januari) di tempat dan waktu yang sama.

P/S: Kami sedikit hampa bila Tulus tidak membuat persembahan lagu berjudul Pamit dan Langit Abu-abu. 🙁

Apa pun, terima kasih Shiraz Projects selaku pengajur konsert Fabulous Friday Presents Tulus serta KL Convention Centre di atas pengamalan ini!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd