Now Reading
Karnival VIKids Di Alamanda Putrajaya Kini Kembali Sempena Cuti Sekolah

Karnival VIKids Di Alamanda Putrajaya Kini Kembali Sempena Cuti Sekolah

Kanak-kanak bukan ahli VIKids juga berpeluang mendaftar sebagai ahli dengan pembelian bernilai sekurang-kurangnya RM50 dalam satu resit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pusat membeli-belah Alamanda kini kembali dengan Karnival VIKids yang  dinantikan oleh para pengunjung bermula dari 23 Februari sehingga 10 Mac 2024.

Seiring dengan kehadiran cuti sekolah, kempen ini bakal berlangsung selama 17 hari menjanjikan pengalaman imersif buat ahli VIKids dan keluarga mereka.

Karnival VIKids.

Karnival & Aktiviti Buat Para Pengunjung

Ruang “Centre Court” kini tampil dengan suasana karnival meriah di mana atmosfera karnival tersebut dihiasi khemah berwarna putih dan merah sebagai tumpuan kepada pelbagai permainanan karnival, permainan arked dan juga aktiviti kraf serta seni bina. Bukan itu sahaja, ada juga persembahan karnival menarik berlangsung pada hujung minggu.

Karnival VIKids.
Karnival VIKids.

Shoppers Rewards Programme

Daya tarikan karnival tidak hanya tertumpu dengan kepelbagaian aktiviti, malah ahli VIKids juga berpeluang merebut ganjaran menarik melalui “Shoppers Rewards Programme”.

Sebarang pembelian berjumlah RM300 dan ke atas di mana-mana kedai terpilih  bakal menerima selimut kanak-kanak eksklusif ‘We Bare Bear’ tajaan Miniso.

Karnival VIKids.

Untuk mengambil bahagian di karnival, ahli VIKids berpeluang menebus sekeping karnival pas harian secara percuma bagi menyertai pelbagai aktiviti, permainan dan hadiah percuma. Kereta kuda putar, permainan karnival menyeronokkan, gula-gula kapas dan aktiviti melukis muka menawarkan pengalaman menarik buat si cilik.

Kanak-kanak bukan ahli VIKids berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli dengan pembelian bernilai sekurang-kurangnya RM50 dalam satu resit. 

Setelah menyelesaikan aktiviti kraf seperti membuat Kincir Angin Berwarna, Membina & Mewarna Pesawat Kayu dan juga aktiviti mewarna, ahli VIKids berpeluang memenangi hadiah menarik seperti botol air tajaan Miniso melalui Roda Hadiah.

Karnival VIKids.

Pada hujung minggu pula, karnival ini akan menampilkan persembahan seperti seni reka bentuk belon oleh badut selain dari persembahan ‘juggler’ dan pertunjukan ahli silap mata.

Francis Tan, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata, “Karnival VIKids direka khas untuk memberikan keseronokan selari dengan elemen pendidikan kepada kanak-kanak semasa musim cuti sekolah selain mencipta memori berkekalan.

Karnival VIKids.

“Kempen VIKids ini dilihat amat istimewa dalam usaha pendekatan dengan kanak-kanak dan ianya adalah bukti komitmen Kumpulan Suria KLCC dalam memberikan nilai dan kegembiraan kepada pelanggan setia kami.”

Baca Artikel Berkaitan: Alamanda Putrajaya Anjur Karnival VIKids Sempena Cuti Sekolah 2023


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd