Now Reading
“Garden Of Dreams” – BloomThis & Mimpikita Berkolaborasi Cipta Sesuatu Yang Istimewa!

“Garden Of Dreams” – BloomThis & Mimpikita Berkolaborasi Cipta Sesuatu Yang Istimewa!

Koleksi “BloomThis x Mimpikita Garden of Dreams” ini boleh dibeli bermula 9 November 2023 menerusi laman web BloomThis.

BloomThis x Mimpikita

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut sahaja ‘BloomThis’, secara automatik anda akan terfikir tentang pilihan jambangan bunga yang dijual di kedai ini. Tambahan pula, HQ BloomThis di Petaling Jaya pada bulan Jun lalu telah membenarkan pelanggan untuk membeli secara walk-in.

Bila tengok sendiri depan mata, memang rambang terus!


BloomThis & Mimpikita Berkolaborasi

BloomThis, platform ulung jualan cenderahati yang membekalkan cenderahati dan jambangan bunga buatan tangan, makanan gourmet, tumbuhan hidup serta hadiah unik telahpun mengumumkan kolaborasi yang dinanti-nantikan bersama jenama fesyen kontemporari, Mimpikita.

Koleksi “BloomThis x Mimpikita Garden of Dreams” dilancarkan pada 9 November bertujuan meraikan semangat persaudaraan kaum hawa dan ikatan unik yang menghubungkan wanita daripada pelbagai lapisan hidup.

Kolaborasi ini menggandingkan bunga-bungaan pilihan tangan premium dengan kotak cenderahati menakjubkan dengan corak rekaan Mimpikita.

Gubahannya pula menzahirkan kekuatan, keanggunan dan jiwa setiap wanita, yang mengangkat keperibadian tiga adik beradik perempuan pendiri Mimpikita, pengasas bersama BloomThis Penny Choo, serta jalinan ikatan persaudaraan dalam diri setiap wanita.


BloomThis x Mimpikita Cipta 8 Produk Berbeza

Koleksi ini menampilkan lapan (8) produk berbeza dengan empat (4) gubahan unik, dipersembahkan dalam ‘hatbox’ heksagon yang sinonim dengan BloomThis serta BloomBag yang inovatif.

Setiap gubahan mencerminkan kualiti dan rekaan indah BloomThis serta Mimpikita.

Paling menarik, dengan setiap pembelian daripada koleksi ini akan disertakan juga kad hadiah percuma Mimpikita bernilai RM50, kad dan gambar diperibadikan, serta penghantaran PERCUMA pada hari sama yang menjadi daya penarik jualan BloomThis sejak sekian lama.

Daya tarikan utama koleksi “BloomThis x Mimpikita Garden of Dreams” ialah kotak rekaan Mimpikita yang anggun dengan corak-corak ikonik Mimpikita.

Kotak cenderamata edisi terhad ini datang dalam bentuk kotak topi heksagon unik BloomThis, mewakili keunikan dan inovasi kolaborasi dua jenama tersebut.

Kami amat teruja untuk memperkenalkan koleksi ‘Garden of Dreams’ kepada pelanggan kami. Ia meraikan persaudaraan sesama golongan wanita yang melangkaui tradisi, merangkumi kepelbagaian dan kekuatan wanita di mana-mana sahaja mereka berada. Ia juga menandakan kesungguhan jenama kami untuk mencipta reka bentuk dan kualiti yang luar biasa. Setiap gubahan dalam koleksi ini dikarang oleh penggubah bunga BloomThis, memastikan setiap jambangan ialah karya seni yang indah ditatap mata. Gabungan bunga premium dan kotak rekaan yang menakjubkan dari Mimpikita ialah refleksi sebenar keindahan dan kewanitaan, dan kami tidak sabar untuk berkongsi koleksi ini dengan dunia.

Penny Choo, Pengarah Urusan BloomThis.

Kolaborasi antara BloomThis dan Mimpikita ini menampilkan koleksi yang bukan sahaja indah secara visual tetapi juga kaya dari segi emosi dalam meraikan ikatan utuh kewanitaan.


Koleksi BloomThis x Mimpikita

#1. Kree BloomThis x Mimpikita Mini BloomBag.

Koleksi BloomBag ini menampilkan gubahan bunga tiga bulan (Hydrangea) merah jambu dan mawar ungu cair, Kree BloomThis x Mimpikita Mini BloomBag bukan sekadar jambangan bunga BloomBag biasa.

#2. Orson BloomThis x Mimpikita Mini BloomBag.

Koleksi ini menampilkan bunga tulip, mawar dan eustoma kuning kemerah-merahan mewarnai fiesta bunga dalam gubahan ini. Ia menjadi manifestasi dakapan mesra BloomBag untuk si penerima.

#3. Emery BloomThis x Mimpikita Mini BloomBag.

Emery Mimipikita x BloomThis BloomBag diserikan dengan eustoma hijau, gerbera merah jambu dan matthiola kuning kemerah-merahan.

#4. Hadyn BloomThis x Mimpikita Mini BloomBag.

Selami keasyikan kombinasi champagne gerbera, rosario tulip dan mawar kuning. Hadyn Mimipikita x BloomThis BloomBag ibarat siang hari musim panas yang redup, dizahirkan dalam bentuk bunga.

Nak tengok lebih banyak koleksi BloomThis x Mimpikita ini? Jom!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd