Now Reading
“Dari Dunia Digital Ke Kulinari” – Pengasas Smooth Ice Cream Kongsi Perjalanan Lompat Bidang

“Dari Dunia Digital Ke Kulinari” – Pengasas Smooth Ice Cream Kongsi Perjalanan Lompat Bidang

Kur Win, selaku Pengasas Smooth Ice Cream ingin menghasilkan sesuatu yang unik buat para peminat aiskrim di luar sana.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mungkin ada di antara kita yang seringkali merasakan seolah-olah perjalanan karier terhenti oleh kerana kekurangan semangat ataupun miliki bakat terpendam yang ingin ditonjolkan.

Tapi malangnya, terbatas.

Dan ia kebiasaannya disebabkan apa yang dipelajari ketika di bangku universiti dan profession pekerja masing-masing. Sebagai contoh, ada orang meminati bidang masakan, namun bekerja dalam bidang digital.

Pendek kata; nak masak, tapi kena duduk dalam office sepanjang hari.


Pengasas Smooth Ice Cream Kongsi Kisah ‘Berhijrah’ Dari Dunia Digital ke Kulinari

Untuk mengubah bidang pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau nak tukar bidang, kena pastikan minat itu wujud dan sudah diterapkan.

Kalau tak ada, tak jalanlah jawabnya.

Team TRP baru-baru ini telah menemu bual seorang pengasas jenama aiskrim terkenal, Smooth Ice Cream iaitu Kur Win.

Temu bual ini diadakan kerana kami begitu tertarik dengan penceritaan perjalanan kariernya sepanjang bekerja dalam bidang digital dan kini ‘terjun’ di dalam bidang kulinari pula.
(Foto: Kur Win, Pengasas Smooth Ice Cream)

#1. Apa yang membuatkan anda bertukar dari dunia Digital ke F&B?

Sebenarnya saya bermula dalam industri masakan dahulu kemudian berpindah ke dunia digital dan akhirnya kembali ke F&B! Awalnya, saya melanjutkan pendidikan dalam bidang perhotelan, dengan fokus pada kulinari.

Saya menjalani latihan industri di sebuah restoran Perancis di bawah bimbingan beberapa chef Perancis yang berbeza pada masa itu. Selepas menamatkan pengajian, saya bekerja di sebuah restoran makan malam Itali selama kira-kira setahun sebelum saya memutuskan bahawa gaya hidup seperti ini bukanlah sesuatu yang saya mahukan.

Beberapa tahun kemudian, saya belajar sendiri tentang pemasaran digital dan mula mencipta laman web yang membawa saya untuk bekerja sebagai freelance dalam bidang pemasaran digital. Tetapi akhirnya, keazaman saya untuk merealisasikan impian keusahawanan membawa saya kembali ke F&B.

#2. Boleh beritahu kami tentang perjalanan proses untuk mencipta menu aiskrim dan bagaimana anda memilih bahan-bahan di dalamnya?

Bila bercakap tentang perisa yang saya inginkan dalam proses mencipta menu, saya nak melakukan kelainan yang unik dan kreatif, tetapi selepas mendapat maklum balas dan berfikir panjang, saya telah putuskan untuk menggunakan perisa yang premium.

Apa yang saya maksudkan adalah saya gunakan perisa Vanila yang ringkas dengan menggunakan buah vanila berkualiti tinggi di mana ianya akan memberikan perbezaan yang besar dalam segi rasa, atau saya akan buat aiskrim pistachio dengan menggunakan pistachio yang berkualiti tinggi.

Perisa yang ringkas namun anda boleh merasai perbezaan antara ais krim yang menggunakan perisa makanan dengan aiskrim yang menggunakan bahan berkualiti tinggi.

Saya juga mempunyai beberapa perisa yang menarik seperti black truffle dan extra virgin olive oil. Mungkin orang ingat rasanya agak pelik tetapi ia sebenarnya sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut.

Sumber: Siti Murni/TRP

Bahan-bahan pula adalah kunci penting dalam menghasilkan aiskrim bertekstur licin dan berkrim. Saya dapatkan bahan-bahan daripada pembekal tempatan dan pengimport tempatan produk makanan antarabangsa. Jadi untuk telur dan susu, kedua-duanya adalah dari pembekal tempatan kerana bahan tersebut perlulah segar.

Saya menggunakan telur kampung dan susu tempatan. Bahan-bahan seperti krim dan yang lain merupakan bahan yang diimport. Saya menggunakan “pasture fed cream” (grass-Fed cream) dari Ireland. Ireland dan beberapa negara lain mempunyai polisi yang ketat untuk tenusu mereka.

Ia mesti diberi makan rumput (pasture) dan bukan makanan bijirin, di mana ia akan menjadikan lembu lebih sihat dan tenusu menjadi lebih baik kerana mereka rumput yang merupakan makanan yang sepatutnya dimakan oleh lembu.

Untuk perisa pula, saya menggunakan bahan-bahan premium seperti coklat Valrhona yang merupakan coklat terbaik di dunia, buah Bourbon Vanilla dari Madagascar (bourbon bukanlah alkohol tetapi sejenis vanila) dan bahan seperti pes kacang premium.

Sumber: Siti Murni/TRP

Perisa lain yang kami ada ialah mentega perang (browned butter) yang menggunakan mentega premium dari Perancis dan perisa dulce de leche buatan sendiri, cara pembuatannya ialah dengan memasak susu dan gula dengan cara tradisional dan bukan dengan susu pekat dalam tin.

#3. Selepas pembukaan Smooth Ice Cream secara rasmi, perisa yang manakah menjadi paling laris di pasaran?

Sehingga kini, kami mempunyai sebanyak 13 perisa aiskrim dan tiada yang paling laris atau “best seller”. Apabila bercakap tentang aiskrim, saya sedar bahawa setiap orang mempunyai pilihan mereka sendiri.

Contohnya, ada yang sukakan vanila, ada yang suka mencuba perisa menarik seperti minyak zaitun, dan yang lain seperti perisa kekacang. Buat masa ini, kami tidak mempunyai aiskrim yang paling laris atau best seller tetapi semua perisa agak hampir.

#4. Ada tak menu (aiskrim tertentu) yang anda sangat bangga menghasilkannya?

Saya sentiasa bangga dengan setiap rasa aiskrim yang tercipta! Pada saya, setiap kali saya mencipta perisa baru dan mencuba perisa tersebut, ianya sentiasa menjadi salah satu perisa kegemaran saya.

Pada saya, ini adalah bukti keenakan aiskrim yang saya buat. Jika saya tak merasakan perkara itu, saya akan ubah resipi sehingga ianya menjadi resepi yang saya suka!

Tapi secara peribadi, perisa kegemaran saya ialah Pistachio dan Bordier Browned Butter + Sea Salt (Browned Butter).

Browned Butter (kiri).
(Sumber: Siti Murni/TRP)

#5. Apa kesukaran yang dihadapi ketika dalam proses pembukaan dan pengenalan jenama Smooth Ice Cream ini?

Dalam memulakan perniagaan, semestinya terdapat cabarannya yang tersendiri. Cabaran terbesar yang kami hadapi setakat ini adalah untuk mengendalikan penghantaran kerana aiskrim perlu disimpan di tempat yang sejuk.

Selain itu, kos penghantaran juga menjadi satu cabaran. Kami menawarkan penghantaran percuma untuk tempahan 3 pint ke atas, tetapi bagi yang memesan dengan kuantiti sedikit, kami ada memberi subsidi kepada kos penghantaran.

Selain itu, proses menghasilkan perisa juga agak mencabar. Perisa yang saya nak pada menu mestilah sesuatu yang premium, unik, mempunyai kualiti terbaik dengan rasa yang ringkas dan tidak terlalu pelik.

#6. 3 perkara yang membuatkan anda sangat menyukai bidang kulinari ini?

Bagi saya, mencipta makanan yang enak adalah sesuatu yang sangat menggembirakan. Sama seperti seni, ianya sangat menggembirakan apabila orang menghargai idea dan ciptaan yang dihasilkan.

Bagi Smooth pula, kami bukan sekadar menjual aiskrim, tetapi juga mencipta pengalaman bersama. Kami ingin orang ramai merasai sendiri aiskrim yang tidak seperti yang lain, itulah pengalaman yang saya ingin mereka rasai dan pastinya membuatkan saya senang hati.

#7. Apakah perkara paling seronok tentang kejayaan ‘serving people with good artisan ice cream’ ini?

Sumber: Siti Murni/TRP

Menghidangkan orang ramai dengan aiskrim artisan adalah pengalaman yang sangat menggembirakan bagi saya. Ia menggambarkan kreativiti dan inovasi, membolehkan saya bereksperimen dengan rasa dan tekstur yang unik, serta mengekspresikan kesenian dalam masakan saya.

Keseronokan apabila menikmati aiskrim artisan adalah ianya merupakan proses yang melibatkan pelbagai deria malah dapat mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Malah, maklum balas positif daripada pelanggan yang menghargai kualiti dalam ciptaan saya menambahkan lagi kepuasan pada diri serta mendorong saya untuk terus berinovasi dan menyempurnakan ciptaan saya.

Aiskrim artisan yang saya cipta bukanlah sekadar hidangan pencuci mulut semata-mata, ianya tentang mencipta detik kegembiraan, membina perhubungan dan meluahkan kreativiti melalui rasa cinta dikongsikan terhadap hidangan menarik ini.

#8. Dengan pengalaman dalam bidang kulinari yang anda miliki, apakah perkara menarik yang ingin dikongsikan bersama kami?

Ada satu pengalaman yang saya tidak boleh lupakan. Saya bekerja di sebuah restoran mewah Itali pada masa itu dan seorang pelanggan yang berasal dari Itali sedang melancong (mungkin atas urusan perniagaan) berkata bahawa risotto yang dipesannya adalah yang terbaik yang pernah dia rasai. Saya sangat gembira kerana lelaki itu seorang yang arif tentang makanan dan ke mana sahaja dia pergi untuk lawatan perniagaan, dia sering makan di restoran yang eksklusif.

#9. Bercakap tentang harga, adakah anda merasakan aiskrim anda ditetapkan pada harga mampu milik?

Harga aiskrim saya ditetapkan mengikut bahan yang digunakan iaitu bahan-bahan premium. Saya akan terus menggunakan bahan-bahan premium dan tidak akan berkompromi untuk kos atau harga walaupun ianya bermakna saya perlu mengenakan bayaran lebih. Saya hanya ingin memberikan aiskrim terbaik tanpa perlu risau tentang harga atau pengurangan kos bahan.

#10. Berapa lamakah pembuatan atau proses R&D aiskrim Smooth Ice Cream ini sehingga menepati citarasa anda?

Aiskrim adalah sains dengan mempunyai langkah yang betul dan sempurna akan menghasilkan aiskrim paling berkrim dan bertekstur lembut. Apabila idea itu bermula pada pertengahan 2022, saya mengambil masa kira-kira 5-6 bulan untuk R&D dan menyempurnakan semuanya termasuk resepi asas keseluruhan aiskrim serta perubahan yang perlu dilakukan pada setiap bahan tambahan.

Jadi sekarang, jika ada perisa baharu, ia mengambil masa kurang daripada seminggu untuk dihasilkan. Yang penting ialah mengetahui berapa banyak perisa tertentu yang ingin saya tambah untuk memberikan keseimbangan yang baik kepada rasa aiskrim.

Kemudian saya hanya menggunakan Excel untuk mencatat resepi aiskrim dan menghasilkan resepi, ujian, rasa, serta sebarang perubahan baharu. Kebiasaannya, ia mengambil 2-3 kumpulan aiskrim untuk mendapatkan sesuatu yang saya benar-benar inginkan.

#11. 3 fakta menarik yang tak ramai yang tahu tentang diri anda?

  1. Saya seorang pembuat dan penjual aiskrim tapi kemahiran masakan terbaik yang saya ada ialah membuat pasta.
  2. Saya mandi dengan ais setiap minggu (which is ironic).
  3. Saya menduduki tempat pertama dalam cabaran Babel Burn yang merupakan cabaran penurunan berat badan.

Smooth Ice Cream: Jenama Aiskrim Artisan Yang Baharu Di Pasaran Tempatan

Smooth Ice Cream memberikan rasa premium yang kepekatannya hampir sama dengan gelato dan lebih creamy daripada aiskrim komersial!

Sumber: Siti Murni/TRP

Aiskrim ini dicipta dengan perbandingan kira-kira 60% krim dari lembu yang diberi makan di ladang-ladang rumput di Ireland serta 40% susu tempatan, diperkukuh dengan telur kampung yang sihat.

Resepi aiskrim ini tercipta dan dipersembahkan serta terdapat perbandingan krim dan susu yang direka khas untuk kandungan lemak dan gula yang memuaskan!
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Oh! Setiap pesanan akan dihantar menggunakan cooler beg yang disimpan rapi bersama ais dan setiap pint Smooth Ice Cream ini terjual dalam saiz 475ml. Kalau nak delivery percuma, boleh order 3 pint dan ke atas di mana setiap pint aiskrim premium ini adalah berharga RM40 dan RM45 sahaja.

Nak tengok Netflix sambil layan aiskrim? 😀

Korang boleh beli di smoothicecream.com!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd