Now Reading
Koleksi Kasut Skechers Hands Free Slip-In Beri Si Pemakai Kebebasan. Bagai Jalan Di Atas Awan!

Koleksi Kasut Skechers Hands Free Slip-In Beri Si Pemakai Kebebasan. Bagai Jalan Di Atas Awan!

Kalau anda adalah runners yang tegar, Skechers Hands Free Slip-in memang sesuai untuk anda!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebut sahaja Skechers, pasti ramai mengetahui bahawa jenama kasut ini sememangnya begitu terkenal dengan keselesaan dan reka bentuk yang moden. Bukan sahaja untuk golongan muda, malah warga emas juga amat menyukainya.

Jalanlah berapa kilometer jauh sekalipun, kaki tak akan mudah sakit. Malah, sesetengah kasut keluaran Skechers juga membuatkan anda merasakan seolah-olah berjalan di atas awan.

Lembut sungguh.


Skechers Perkenal Rekaan Baharu: Skechers Hands Free Slip-ins™

Demi memberikan keselesaan dan sokongan buat individu moden ketika ini, Skechers dengan bangganya memperkenalkan koleksi baharu mereka iaitu Skechers Hands Free Slip-ins™, Max Cushioning Elite untuk larian ringan bagi para wanita, manakala Garza, Delson 3.0 dan Max Cushioning Premier buat para lelaki.

Dengan gabungan teknologi terkini yang unggul, reka bentuk mudah dan bantal tumit Heel™ Skechers Hands Free Slip-ins™ ini mampu untuk menjaga kaki si pemakai dengan lebih kukuh.

Skechers Hands Free Slip-ins™ | Max Cushioning Elite.

Teknologi slip-in pada kasut ini membolehkan ia dipakai dan dibuka dengan mudah dalam hanya beberapa saat sahaja. Koleksi ini juga menawarkan pelbagai ciri yang menjadikannya tambahan yang wajib dalam rutin harian mana-mana individu.

Dari insole GOwalk 6 yang berangin Goga MatTM, Hyper Pillars® untuk sokongan tambahan, hingga insole Air-Cooled Memory Foam® Ultra Flex 3.0 dan bahagian atas seperti stokin yang memberikan keselesaan setiap kali anda melangkah.


Keselesaan Maksimum Ketika Berlari

Bukan itu sahaja, dengan kewujudan slip-in Max Cushioning Elite dan Premier baharu ini, si pemakai tidak perlu bersusah-payah lagi untuk mengikat tali kasut yang tercabut di saat sedang jogging.

Potong mood je nanti.

Skechers Hands Free Slip-ins™ | Max Cushioning Elite.

Direka dengan Heel Pillow™ eksklusif Skechers, gaya TOUCHLESS FIT® Max Cushioning Premier seperti yang dilihat pada duta Skechers iaitu Cha Eun-woo, ia juga mempunyai Air-Cooled Memory Foam® dan ULTRA GO® yang membuatkan kasut ini lebih ringan dan mempunyai pengelembungan responsif.

Bahagian atas dan pelekat dalaman dan luaran juga memberikan sokongan yang padu untuk kaki semasa anda sedang berlari ataupun melakukan apa-apa aktiviti senaman.

Skechers Hands Free Slip-ins™ | Max Cushioning Elite.

Diperbuat sepenuhnya daripada bahan-bahan semulajadi, insole keselesaan Air-Cooled Memory Foam® di Skechers Max Cushioning Elite menyediakan high-rebound untuk kaki dan boleh mengurangkan sedikit tekanan pada bahagian kaki semasa berjoging.

Jom tingkatkan pengalaman larian anda ke tahap seterusnya dengan insole keselesaan Ortholite® yang memberikan pengelembungan jangka panjang.

Kandungan getah kitar semula sebanyak 5% dalam insole ini juga memberikan pernafasan yang baik untuk kaki. Teknologi Natural Rocker pada kasut Max Cushioning membuatkan peralihan dari tumit ke jari lebih lancar serta membolehkan langkah anda menjadi lancar!

Koleksi terkini Skechers Hands Free Slip-ins™ kini boleh didapati di kedai konsep Skechers terpilih termasuk 1 Utama Shopping Centre, Suria KLCC, serta banyak lagi. Dan koleksi ini juga boleh didapati secara dalam talian di www.skechers.com.my ataupun kedai rasmi Skechers di Lazada dan Shopee.

Jom running/walking dengan Skechers Hands Free Slip-ins™! 😀

via GIPHY


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd