Now Reading
Ini 5 Ciri Baharu Aplikasi Grab Untuk Bantu Rakyat Malaysia #SaveWithGrab

Ini 5 Ciri Baharu Aplikasi Grab Untuk Bantu Rakyat Malaysia #SaveWithGrab

Dengan matlamat untuk memberi perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia, #SavewithGrab bukan sahaja menawarkan pengguna dengan pilihan  harga lebih rendah, malah turut memberi peluang untuk berjimat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (18 Oktober), Grab Malaysia telah mengumumkan #SavewithGrab iaitu komitmen yang fokus kepada harga berpatutan dengan memperkenalkan beberapa ciri-ciri baharu dan yang telah dipertingkatkan dalam aplikasi Grab.

Antara peningkatan yang diperkenalkan adalah program ganjaran Stamp Card dan Pelan Langganan GrabUnlimited yang bersifat jangka panjang di mana kedua-duanya menyasarkan pengguna yang peka pada harga.


Rakyat Malaysia Bimbang Tentang Kos Sara Hidup

Dalam satu tinjauan yang dibuat baru-baru ini telah mendapati bahawa 9 daripada 10 orang rakyat Malaysia risau tentang kos sara hidup di mana harga barang runcit dan makanan menjadi punca paling membimbangkan.

(Credit: Unsplash)

Dengan matlamat untuk memberi perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia, #SavewithGrab bukan sahaja menawarkan pengguna dengan pilihan  harga lebih rendah, malah turut memberi peluang untuk mereka berjimat.

“Kami mahu menyediakan perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak kira di mana mereka berada, melalui segala cara yang boleh kami usahakan. Dengan memanfaatkan teknologi dan skala kepada platform kami, ia membantu kami untuk kekal relevan dalam iklim ekonomi semasa.

Hassan Alsagoff selaku Ketua Pemasaran Grab Malaysia.

“Kami menawarkan harga lebih berpatutan supaya ia memberi insentif kepada pengguna untuk terus kembali dan membolehkan kami mencapai serta melayani sebilangan besar pengguna lebih daripada sebelum ini.

“Tambahan pula, dengan mencipta lebih banyak pesanan dan tempahan, ini juga boleh mencipta kelebihan dari segi peluang pendapatan bagi rakan niaga dan rakan penghantaran kami,” kata Hassan Alsagoff selaku Ketua Pemasaran Grab Malaysia.


Grab Perkenal Lebih Banyak Cara Untuk Jimat

Bagi memenuhi permintaan segmen pengguna yang lebih luas, ciri ini menyasarkan pengguna yang peka bajet dan harga menerusi pilihan penghantaran GrabFood lebih murah, ciri dipertingkatkan untuk pesanan secara berkumpulan, serta pelan langganan jangka panjang GrabUnlimited.

#1. Dapatkan yuran penghantaran paling rendah dengan Saver pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Saver, pilihan penghantaran GrabFood yang membolehkan pengguna menikmati yuran penghantaran lebih rendah jika mereka boleh menunggu lebih lama untuk makanan mereka kini disediakan 24/7 di seluruh negara bagi semua restoran.

*Antara bulan Januari hingga Ogos tahun ini, rakyat Malaysia telah menjimatkan yuran penghantaran sebanyak lebih RM 27 juta dengan hanya menggunakan Saver.

#2. Group Order untuk menjimatkan yuran penghantaran.

Grab kini memperbaharui ciri Group Order dalam GrabFood untuk membolehkan pengguna menjemput keluarga dan rakan sekerja untuk menyertai pesanan dan berkongsi yuran penghantaran.

Ciri baharu versi ini akan memperkenalkan keupayaan tambahan secara berperingkat untuk menjadikan pesanan secara berkumpulan lebih mudah.

  • Sertai melalui kod QR – mulakan pesanan berkumpulan dan tambah nama-nama lain yang berdekatan mereka melalui kod QR pada aplikasi Grab mereka.
  • Masa tamat pesanan – tetapkan masa tamat pesanan supaya para peserta tahu bila mereka perlu menghantar pesanan masing-masing.
  • Menjejak pesanan bersama – semua peserta dalam pesanan berkumpulan kini boleh menjejak pesanan melalui aplikasi Grab masing-masing.
  • Pengiraan bil pintar – Grab kini boleh mengira amaun yang tepat bagi kos makanan setiap peserta yang perlu dibayar kepada hos. Hos juga ada pilihan untuk membahagikan seluruh bil secara sama rata atau mengikut pesanan individu – termasuk fi penghantaran, cukai dan tip.

#3. Penjimatan dengan GrabFood walaupun semasa makan di kedai

Melalui ciri Dine-In GrabFood, pengguna boleh menemui tawaran berdekatan mereka dengan mudah, membaca ulasan (review) restoran, membeli baucar makan di restoran dan memesan kereta ke restoran pilihan mereka. Dine-in memberikan cara baharu untuk menjimatkan harga makanan bagi pengguna yang lebih suka makan di restoran.

#4. Lebih tinggi nilai dan penjimatan dengan pelan langganan jangka panjang baharu, GrabUnlimited

Pelan langganan GrabUnlimited kini disediakan secara jangka panjang (bulanan) serta membolehkan pengguna menjimatkan yuran langganan apabila mereka membeli pelan dengan tempoh yang lebih panjang.

#5. [PILOT] Dapatkan ganjaran apabila memesan makanan kegemaran dengan Stamp Card

Stamp Cards adalah program kesetiaan pada aplikasi Grab yang boleh digunakan oleh rakan niaga untuk memberi ganjaran buat pelanggan setia. Ciri ini bertujuan membantu perniagaan meningkatkan kesetiaan pelanggan dengan memberikan ganjaran atas pembelian secara dalam talian melalui aplikasi Grab dan pembelian di kedai.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbmFacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd