Now Reading
ZUS Coffee & Pepsi Berkolaborasi. Bunyi Aneh, Tapi…

ZUS Coffee & Pepsi Berkolaborasi. Bunyi Aneh, Tapi…

Kolaborasi Pepsi dan ZUS Coffee akan berlangsung dari 22 September 2023 hingga 22 Oktober 2023.

ZUS Coffee Pepsi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (29 September), kami telah menghadiri satu acara rasmi bersempena dengan kolaborasi julung ZUS Coffee bersama Pepsi bertempat di cawangan ZUS Coffee di IOI Rio City, Puchong.

Kalau korang nak tahu, untuk kolaborasi kali ini – Pepsi dan ZUS Coffee telahpun menghasilkan gabungan minuman dengan rasa berlainan dan istimewa iaitu:

  1. Pepsi Sour.
  2. Pepsi Cloud.

Bunyi pelik, kan? Tapi not bad la.

via GIPHY

Naib Presiden Pembangunan dan Pemasaran ZUS Coffee Stephy Foong, berkata, “Kolaborasi ini merupakan satu penghormatan kepada ZUS Coffee untuk bekerjasama dengan jenama multinasional seperti Pepsi bagi membawa rasa menarik dan mencipta gelombang, bukan sahaja buat citarasa kita semua, tetapi juga dalam inovasi minuman kerana inovasi dan komuniti adalah dua perkara yang cukup penting bagi ZUS Coffee, dan kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada rakan kongsi Pepsi melalui kolaborasi ini.”


The Taste Test: ZUS Coffee X Pepsi

Hmm. Kami suka betul kolaborasi pelik-pelik sebegini. Macam nak mencabar deria rasa untuk mencuba pelbagai jenis makanan serta minuman yang mungkin tidak pernah difikirkan sebelum ini.

Asyik minum dan makan yang ‘common’ je. Nak juga keluar dari comfort-zone.

Sebelum cuba, nak juga tahu bagaimana terciptanya kedua-dua gabungan eksklusif ini. So kita tengok demo dulu, barulah confident nak minum.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

#1. Pepsi Sour.

Minuman pertama adalah Pepsi Sour iaitu sentuhan kreatif pada gabungan klasik Pepsi dan kopi. Untuk peminum kopi tegar, mungkin air ini akan membuatkan anda rasa seperti minum Pepsi sahaja sebab rasa kopi yang ada di dalamnya sangat lembut dan tak terlalu kuat. Tapi kalau korang bukan peminum kopi dan ingin mencuba Pepsi Sour ini, dipersilakan. Mungkin ada yang boleh terima..?

Dan hujung-hujung tu ada juga rasa masam sikit, tapi tak terlampau tinggi.

Balanced dan subtle.

#2. Pepsi Cloud.

Minuman kedua pula adalah Pepsi Cloud. Rasa dia macam Vanilla Float Soda tapi versi ZUS Coffee dan Pepsi sebab ada sentuhan moden yang menggabungkan rasa Pepsi dan juga Velvet Creme oleh ZUS Coffee. TBH, ini favourite kami. Sampai dua (2) kami order, ya.


ZUS Coffee X Pepsi Mula Dijual Pada 25 September & Ada Elemen Interaktif!

Kedua-dua minuman eksklusif ini kini telahpun berada di pasaran bermula pada 25 September 2023.

Selain itu, Pepsi dan ZUS Coffee turut memperkenalkan elemen interaktif yang bakal menarik perhatian pelanggan.

Di beberapa cawangan ZUS Coffee, sebuah mesin layan diri dengan rekaan istimewa daripada ZUS Coffee & Pepsi bakal tersedia bagi memberi pelanggan peluang untuk mendapatkan produk edisi terhad daripada kempen kolaborasi ini.

P.S: Kalau nak main game ini, make sure suara korang cukup kuat. Tapi janganlah jerit sekuat hati, kesian pelanggan lain terperanjat tak pasal-pasal nanti.

Sumber: Siti Murni/TRP

Mesin layan diri ini boleh didapati di beberapa cawangan terpilih ZUS Coffee iaitu di:

  • Mid Valley.
  • IOI Rio City.
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • Cheras Leisure Mall.
  • Kota Damansara.
  • Sri Gombak.
  • IOI Conezion.
  • Seksyen 13, Shah Alam. 

Untuk memenangi produk edisi terhad ZUS x Pepsi, pelanggan boleh ikuti dua langkah mudah. Mereka hanya perlu membeli minuman menggunakan aplikasi ZUS Coffee atau di mesin layan diri di cawangan terpilih.

Kalau korang ingin mendapatkannya sebagai hadiah, korang perlu membuat pilihan untuk mengambil minuman di kedai, dan salah satu minuman adalah daripada varian Pepsi ZUS Coffee – dengan pembelian nilai minimum RM30 dalam satu pesanan di aplikasi ZUS Coffee. 

Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman menggunakan mesin layan diri di cawangan terpilih, korang hanya perlu membeli dua (2) minuman dan memilih daripada varian tersebut untuk mendapatkan kod unik.

Imbas kod untuk mengambil bahagian dalam cabaran dan dapatkan produk Edisi Terhad ZUS x Pepsi sebaik sahaja korang menyelesaikannya!


Kolaborasi Pepsi dan ZUS Coffee akan berlangsung dari 22 September 2023 hingga 22 Oktober 2023.

Korang boleh berkunjung ke mana-mana cawangan ZUS Coffee bagi menikmati rasa Pepsi Sour dan Pepsi Cloud ini!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd