Now Reading
Sesuai Buat Wanita Berhijab, Produk Syampu Libra Wellness Jadikan Rambut Lembut Tanpa Conditioner! [Review]

Sesuai Buat Wanita Berhijab, Produk Syampu Libra Wellness Jadikan Rambut Lembut Tanpa Conditioner! [Review]

ABC komponen aktif produk Li’bra ini adalah termasuk minyak Avocado, Ekstrak Brokoli dan Minyak Kelapa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perkara paling susah sekali untuk para wanita adalah: pemilihan syampu rambut.

Terutamanya buat golongan yang berhijab. Mana tidaknya, jika waktu bekerja, seharian kepala dan rambut akan tertutup sepenuhnya oleh anak tudung (inner) dan juga tudung (hijab).

Bila balik dari kerja sahaja, perkara pertama sebelum apa-apa terjadi, pasti ingin buka tudung terlebih dahulu setelah seharian rambut ‘terkurung’.

Sangatlah melegakan.

via GIPHY


Pemilihan Shampoo Terbaik Buat Wanita Berhijab

Kebiasannya, para wanita sama ada berhijab ataupun tidak – pasti akan mengalami kesukaran dalam memilih produk syampu terbaik. Kadang-kadang itu hingga perlu mencuba beberapa jenis produk untuk mendapat produk yang tepat.

Try and error, orang kata.

Tapi penat jugalah kalau dah 4-5 jenis shampoo pun masih tak kena.

Kalau korang nak tahu, kadangkala apa yang membuatkan produk syampu itu tak sesuai dengan korang adalah kandungan bahan kimia yang terlalu tinggi di dalamnya.

Malah, lebih parah jika rambut mula naik kelemumur, gugur, kasar bak tali tangsi, kusut dan sebagainya. (Ugh, stress OK).


TRP Cuba Shampoo Libra Wellness

Baru-baru ini, kami mencuba (3) jenis produk Li’bra by Libra Wellness yang merangkumi:

  1. Moisture Restore Shampoo.
  2. Revitalize + Repair Conditioner.
  3. Skin Balancing Body Wash.
Kalau tengok packaging pun memang dah promising, dengan warna hijaunya. Memang sangat eksklusif, TBH.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Dan seperti biasa, bila dapat produk baharu untuk dicuba; excited!

VERDICT?

FYI, penulis adalah seorang yang berhijab.

So korang tahulah betapa ‘kepamnya’ rambut bila dah seharian keluar pergi event sana-sini, pergi office, balik rumah pun dah malam dan masa untuk mandi/freshen up adalah waktu paling dinantikan.

Long and hot shower…

Hari pertama kami guna Moisture Restore Shampoo, satu je kami boleh katakan: SUPERB! Produk ini sememangnya akan membersihkan rambut korang dan memastikan rambut dan kulit kepala korang akan sentiasa lembut.

Dan percaya atau tidak, kami hanya menggunakan syampu sahaja tanpa conditioner, itu pun dah buat rambut lembut sangat. Bab bau pula tak payah cakaplah; memang wangi dan tidak terlalu kuat sampai pening. Subtle, je.

Sumber: Siti Murni/TRP

Kalau korang jenis particular dengan bau-bauan, syampu ini akan memberikan bau daun violet, bunga melati putih dan kayu musk. Serius sedap bau dia.

Bahan-bahan yang ada dalam syampu ini adalah; Avocado Oil, Broccoli Extract dan Coconut. Dapat bayangkan tak betapa lembutnya rambut korang lepas pakai? Memang silky je.

Sumber: Siti Murni/TRP

Pro tip: Kalau rambut korang paras bahu, boleh guna dua (2) pam sahaja. Tak perlu banyak. Sambil-sambil syampu rambut tu, urut sikit kepala dan biarkan sehingga dua minit untuk syampu meresap pada kulit kepala. Lepas itu boleh bilas macam biasa. Masa bilas korang boleh rasa rambut korang akan automatik lembut. Itu belum lagi guna pelembut rambut (conditioner).

Works wonders, I’d say.


Li’bra by Libra Wellness

Sumber: Siti Murni/TRP

Untuk pengetahuan korang, barisan produk Li’bra by Libra Wellness ini adalah berasaskan tumbuhan 100%. Produk Li’bra menggunakan formulasi berkuasa tumbuhan serta bebas dari bahan kimia yang keras dan berbahaya.

Mengambil inspirasi dari keseimbangan alam semesta, formulasi inklusif mereka juga bermaksud pengguna dari pelbagai umur, jantina, dan jenis kulit boleh menikmati pengalaman penjagaan tubuh yang bersih dan efisien.


ABC = Avocado, Broccoli, Coconut.

ABC komponen aktif produk Li’bra ini adalah termasuk minyak Avocado, Ekstrak Brokoli dan Minyak Kelapa. Kesemua bahan ini diperoleh dan dituai secara etika.

Ekstrak brokoli yang diperoleh dari Korea juga mengandungi aloe vera, sementara minyak kelapa, 100% bebas tambahan, dan diperah sejuk untuk mengekalkan sebanyak mungkin nutrien, diperoleh dari Sri Lanka.

Manakala minyak alpukat yang diperoleh secara semulajadi menjadikan produk-produk ini direka bagi memberikan manfaat terbaik kepada kulit dan rambut pengguna.

Produk Li’bra menggabungkan kuasa alam untuk memberikan pelbagai produk yang meningkatkan dan memperkayakan secara semulajadi. Kami telah meluangkan masa dan usaha untuk merumuskan produk organik yang inklusif dan menjadikan kulit dan rambut anda berasa segar. Kini dengan pelancaran ini, kami tidak sabar untuk melihat sendiri bagaimana pengalaman pengguna setelah mencubanya.

Pengasas dan Pengarah Urusan Libra Wellness, Jeremy Andrus.

90% Bebas Plastik

Menambah kepada komitmen jenama terhadap perlindungan alam sekitar adalah pemilihan penyimpanan produk Li’bra. Dengan menerapkan kelestarian pada setiap langkah, produk-produk dalam barisan ini dibungkus dalam botol aluminium yang boleh dikitar semula bagi mengurangkan penggunaan plastik secara ketara.

Sumber: Siti Murni/TRP

Komitmen jenama ini terhadap tanggungjawab alam sekitar adalah jelas dengan pemilihan mereka untuk hanya menggabungkan komponen plastik minimal, khususnya pam botol, menjadikan produk-produk ini 90% bebas plastik.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus KLIK SINI.

“Ingredients that do good. None you don’t need.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd