Now Reading
“Relive The Magic Together” – Starbucks Perkenal Koleksi Vintage Tema Disney Yang Nostalgik!

“Relive The Magic Together” – Starbucks Perkenal Koleksi Vintage Tema Disney Yang Nostalgik!

Koleksi Disney x Starbucks ini akan berada di semua kedai Starbucks® di Malaysia selagi stok masih ada.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Starbucks Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan kolaborasi bersama The Walt Disney Company Southeast Asia dengan membawakan koleksi barangan Disney-inspired yang baharu dan aksesori gaya hidup yang cool!

Tak kisahlah umur korang berapa, tapi dengan koleksi ini automatik korang akan mengimbau kembali zaman dulu kala. Rindunya balik sekolah tengok Disney.


Disney X Starbucks

Dalam siri “Relive the Magic Together” Starbucks ini, ada watak-watak Disney yang kita semua minat seperti Mickey and friends, Chip ‘n Dale, Dumbo, Stitch, dan Angel.

Kesemua koleksi ini ada barangan eksklusif Starbucks yang penuh dengan seni watak yang cute dan retro vibes. Bermula 19 September, koleksi-koleksi nostalgia ini akan tersedia di semua cawangan Starbucks seluruh Malaysia.

Sumber: Siti Murni/TRP

Starbucks x Disney: Relive The Magic Together!

Oh! Dalam koleksi “Relive the Magic Together” Starbucks ini, ada 15 rekaan minuman yang berlainan dan enam aksesori gaya hidup.

Sumber: Siti Murni/TRP

Rekaan-rekaan minuman ini termasuklah cawan yang boleh digunakan berulang kali (reusable cup), dan tumbler – perfect untuk korang menikmati minuman Starbucks kegemaran di tempat kerja atau di rumah.

Sumber: Siti Murni/TRP

Koleksi-koleksi ini juga akan tertera dengan gambar Disney dengan gaya Starbucks yang dikenali ramai.

Sumber: Siti Murni/TRP
Sumber: Siti Murni/TRP

Bukan itu sahaja, ada juga barang percuma yang akan diberikan seperti hiasan, pin batch, dan tampalan sulaman.

Korang dah boleh serang Starbucks dan merasai ‘The Magic’ bermula 19 September 2023. Koleksi baru ini akan ada di semua kedai Starbucks® di Malaysia selagi stok masih ada.

Sumber: Siti Murni/TRP

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd