Now Reading
PRUWealth Enrich: Beri ‘Hadiah’ Buat Insan Tercinta Dengan Nilai Perlindungan Bermula RM300,000

PRUWealth Enrich: Beri ‘Hadiah’ Buat Insan Tercinta Dengan Nilai Perlindungan Bermula RM300,000

Anda boleh menghadiahkan insan tersayang dengan jaminan kewangan yang memaksimumkan perlindungan dan kekayaan lebih besar dengan nilai perlindungan bermula dari RM300,000.

prudential

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memahami keperluan orang ramai untuk menjamin masa depan insan tersayang, Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) melancarkan PRUWealth Enrich, iaitu pelan insurans berkaitan pelaburan yang memberi anda kawalan ke atas keselamatan dan perlindungan keluarga di samping meningkatkan kekayaan jangka panjang dan membina legasi.

PRUWealth Enrich menawarkan perlindungan tinggi bermula dari jumlah diinsuranskan asas RM300,000 dengan premium mampu milik.

Ini dapat membantu individu memulakan rancangan perlindungan mereka pada usia muda dan ketika kerjaya baru bermula demi memanfaatkan sepenuhnya pelan ini.

Selain itu, pelan ini juga menawarkan peningkatan perlindungan tambahan sehingga 50%. Ia bermaksud, anda akan mendapat lebih perlindungan sekiranya kekal dengan pelan ini.

Di samping itu, pelan ini turut menawarkan perlindungan sehingga 500% untuk kematian akibat kemalangan. Dengan itu, masa depan orang tersayang akan lebih terjamin apabila berlaku kejadian luar jangka.

“Legasi adalah hadiah untuk keselamatan dan keselesaan demi memastikan kesejahteraan orang tersayang. Tiada siapa yang mahukan orang tersayang mewarisi pinjaman rumah dan beban hutang apabila berlaku kejadian yang tidak diduga. Dengan PRUWealth Enrich, pelanggan dapat mengharungi cabaran kewangan dengan mudah dan memberi jaminan kewangan kepada keluarga mereka di samping menyediakan perlindungan untuk harta dan aset,” Ankur Bassi selaku Ketua Pegawai Produk dan Perkhidmatan Aktuari.


PRUWealth Enrich Bantu Rancang Legasi Buat Insan Tersayang

“Sama ada membeli rumah sendiri, memulakan keluarga atau perniagaan, perkara utama yang bermain di fikiran orang ramai adalah apa yang akan berlaku kepada keluarga apabila saya sudah tiada? Dengan perancangan yang teliti, PRUWealth Enrich membantu anda merancang legasi untuk yang tersayang dan generasi akan datang mengikut kehendak anda,” kata Eric Wong, Ketua Pegawai Pemasaran dan Perkongsian Pengedaran.

Lebih menarik, pelanggan juga dapat menikmati Loyalty Bonus dan Loyalty Booster dalam membina kekayaan dan legasi mereka. Selain itu, mereka dapat meraih ganjaran lebih tinggi sehingga 30 peratus daripada jumlah diinsuranskan asas apabila mereka memilih perlindungan lebih tinggi dan tempoh polisi lebih panjang.

Memandangkan membina legasi memerlukan perancangan, PRUWealth Enrich memberi kebebasan kepada pelanggan untuk membayar mengikut tempoh sesuai dengan keperluan mereka. Mereka boleh memilih untuk membuat bayaran dalam tempoh 5, 10, 20 tahun ataupun membayar sepanjang tempoh polisi.

“Inilah caranya anda meninggalkan legasi kasih sayang yang berterusan untuk membantu keluarga anda walaupun anda sudah tiada. Hidup ini tidak dapat diramalkan, tetapi dengan perancangan bijak anda akan dapat memastikan keluarga anda hidup dengan yakin dalam menempuh masa depan yang tidak menentu,” kata Eric.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PRUWealth Enrich, boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd