Now Reading
UOB Seru Para Pelukis Hadir & Ceritakan Kisah Mereka Di Pelancaran Pertandingan UOB Painting of the Year (Malaysia) Yang Ke-13

UOB Seru Para Pelukis Hadir & Ceritakan Kisah Mereka Di Pelancaran Pertandingan UOB Painting of the Year (Malaysia) Yang Ke-13

Penyertaan untuk UOB Painting of the Year (Malaysia) ke-13 kini dibuka di mana permohonan akan diterima secara digital bermula hari ini sehingga 31 Julai 2023.

UOB Painting of the Year 2023

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


UOB Malaysia telah melancarkan pertandingan UOB Painting of the Year (POY) (Malaysia) ke-13 dan menjemput para pelukis untuk tampil dan mendedahkan bakat seni mereka sambil mempamerkan kemahiran seni masing-masing.

Pertandingan UOB POY merupakan program seni visual serantau dan salah satu pertandingan seni tahunan paling berprestij di Asia Tenggara bertujuan mencungkil dan memupuk bakat seni di seluruh rantau ini.

Pada tahun 2023, pertandingan seni serantau ini telah berkembang ke Vietnam, membolehkan lebih ramai pelukis memaparkan minat mereka terhadap seni.

BACA JUGA: UOB Malaysia Lancar Pertandingan ‘Painting Of The Year’ 2022, Boleh Menang RM100,000!

Di UOB Malaysia, kami berpendapat bahawa seni memainkan peranan sebagai pemangkin dalam masyarakat di mana ia dapat meningkatkan perubahan sosial, mewujudkan keterlibatan yang lebih besar dan juga menyatukan rakyat pelbagai budaya dan latar belakang. Selaras dengan Matlamat Bank untuk Membina masa depan ASEAN, pelancaran edisi ke-13 pertandingan seni tahunan UOB POY ini mengukuhkan sokongan berterusan kami terhadap seni di Malaysia, di samping komitmen kami untuk memupuk generasi pelukis Asia Tenggara yang akan datang, selain membantu mereka mencapai potensi penuh mereka

Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia.
Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia.

Penyertaan UOB POY (Malaysia) Ke-13 Kini Dibuka

Penyertaan untuk UOB Painting of the Year (Malaysia) ke-13 kini dibuka di mana permohonan akan diterima secara digital bermula hari ini sehingga 31 Julai 2023.

Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap. Pemenang anugerah UOB POY (Malaysia) ke-13 akan diumumkan di majlis anugerah pada September 2023 nanti.

Panel hakim pertandingan UOB POY (Malaysia) ke-13 termasuk:

  1. Bibi Chew, Panel Penasihat Industri (Seni Visual) untuk CENDANA Malaysia serta Ketua Ilustrasi dan Pensyarah Kanan di Institut Seni Malaysia (MIA)
  2. Choy Chun Wei, pelukis kontemporari terkemuka Malaysia, di mana karya seni beliau telah dipamerkan di peringkat antarabangsa di China, Hong Kong SAR, Amerika Syarikat, Pakistan, Singapura dan United Kingdom.
  3. Ahmad Fuad Osman, pelukis kontemporari terkemuka Malaysia dan hakim Anugerah Muda Sezaman Balai Seni Negara.

Pemenang utama negara akan menerima hadiah bernilai RM100,000 sekaligus menjadi antara lima pemenang negara dari Singapura, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam yang akan bersaing di anugerah terkemuka UOB POY Asia Tenggara.

Bukan itu sahaja, individu tersebut juga akan memenangi hadiah tambahan bernilai S$13,000 dan berpeluang menghadiri program residensi di Muzium Seni Asia Fukuoka yang terkenal di Jepun.

Dalam meneruskan lagi sokongan terhadap usaha seni para pelukis di rantau ini, UOB Malaysia telah menaikkan hadiah wang tunai bagi Kategori Pelukis Baru Muncul di mana pemenang Pelukis Harapan akan menerima RM16,000, peningkatan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan, boleh klik terus di www.UOBandArt.com.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd