Now Reading
UOB Malaysia Lancar Pertandingan ‘Painting Of The Year’ 2022, Boleh Menang RM100,000!

UOB Malaysia Lancar Pertandingan ‘Painting Of The Year’ 2022, Boleh Menang RM100,000!

Karya seni yang memenangi kempen khas ini akan dipaparkan pada bahagian luar tren transit aliran massa (MRT) awam yang akan bergerak di sekitar Lembah Klang.

uob painting of the year

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


UOB Malaysia telah melancarkan pertandingan UOB Painting of the Year (POY) 2022 dan menjemput para pelukis mapan dan baru untuk mencipta karya seni inovatif yang mempamerkan penguasaan seni mereka.

Pertandingan UOB POY adalah program seni visual serantau utama Bank dan salah satu anugerah seni tahunan paling berprestij di Asia Tenggara yang bertujuan mencungkil dan memupuk bakat seni di seluruh rantau ini.

UOB Painting Of The Year
Sumber: UOB Malaysia

Tahun ini, bersempena ulang tahun ke-71 UOB Malaysia, bank juga telah memperkenalkan Kempen Khas Ulang Tahun ke-71 UOB Malaysia sebagai sebahagian daripada pertandingan UOB POY (Malaysia) 2022.

Karya seni yang memenangi kempen khas ini akan dipaparkan pada bahagian luar tren transit aliran massa (MRT) awam yang akan bergerak di sekitar Lembah Klang.

Ini adalah sebahagian daripada komitmen Bank untuk membuka peluang kepada komuniti yang lebih besar menceburi bidang seni lukis, di samping meningkatkan profil dan mempamerkan hasil karya para pemenang dari Malaysia.

Seni mempunyai daya tarikan untuk meluahkan emosi yang kuat, mencetus pemikiran dan idea, serta menyatukan para penggiat dan peminat dari segala lapisan masyarakat. Identiti program tahun ini bertemakan ‘optimisme’ yang sejajar dengan tempoh kita beralih menuju ke masa depan yang lebih cerah dan penuh makna. Selaras itu, hasrat kami agar dapat membangkitkan semangat positif dan kesalinghubungan kepada komuniti seni yang telah terjejas oleh kesan pandemik global.

Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia.

Ng menerusi kenyataan sama menjelaskan bahawa melalui pertandingan UOB POY tahunan ini, pihak mereka akan terus mencungkil bakat seni di Malaysia, dan mempromosikan mereka di peringkat tempatan dan serantau.

“Sebagai salah satu penaung utama  bidang seni di rantau Asia, kami berharap untuk memupuk generasi pelukis akan datang dan membantu merealisasikan impian mereka,” jelasnya.


Penyertaan Kini Dibuka.

Seperti tahun lepas, serahan penyertaan akan diterima secara digital. Permohonan akan dibuka mulai hari ini sehingga 31 Julai 2022.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap. Pemenang anugerah 2022 UOB Painting of the Year (Malaysia) akan diumumkan di majlis anugerah pada Oktober 2022.

Pemenang utama negara akan menerima RM100,000 dan berpeluang untuk bertanding dalam anugerah berprestij UOB POY Asia Tenggara dan memenangi wang tunai US$10,000.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini.


Pemenang UOB POY (Malaysia) 2021.

Pemenang pertandingan 2021 UOB POY (Malaysia) iaitu Saiful Razman dan karya seninya yang bertajuk “Walk in Silence, Don’t Walk Away in Silence” telah memenangi Anugerah 2021 UOB POY Asia Tenggara.

UOB Painting Of The Year
Hasil karya seni Encik Saiful Razman yang bertajuk “Walk in Silence, Don’t Walk Away in Silence”.

Ia sekaligus menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama untuk memenangi anugerah serantau yang menjadi rebutan.

Karya seni kemenangan beliau telah dipilih daripada jumlah tertinggi penyertaan yang diterima oleh pertandingan dalam sejarah 40 tahunnya.

Pemenang tempat pertama POY, Saiful Razman.

Panel hakim pertandingan 2022 UOB POY (Malaysia) adalah:

  • Puan Bibi Chew: Panel Penasihat Industri (Seni Visual) untuk CENDANA Malaysia serta Ketua Ilustrasi dan Pensyarah Kanan di Institut Seni Malaysia (MIA)
  • Encik Choy Chun Wei: Pelukis kontemporari terkemuka Malaysia, di mana karya seni beliau telah dipamerkan di peringkat antarabangsa di China, Hong Kong SAR, Amerika Syarikat, Pakistan, Singapura dan United Kingdom.
  • Encik Ahmad Fuad Osman: Pelukis kontemporari terkemuka Malaysia dan hakim Anugerah Muda Sezaman Balai Seni Negara.

Pemenang alumni UOB POY (Malaysia) dipilih untuk program residensi di China dan Jepun.

Sebagai galakan kepada para pelukis untuk terus mempelopori pengetahuan dan mengasahi kemahiran artistik mereka, UOB menyediakan pengalaman yang imersif kepada pemenang anugerah melalui program residensi selama sebulan di pelbagai muzium seni berprestij Asia. 

Encik Saiful akan menyertai program residensi pelukis di Galeri Seni UOB di Shanghai, China sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-40 pertandingan UOB POY.

Sementara itu, Cik Cheng Yen Pheng dan Encik Sabri Idrus, masing-masing pemenang UOB POY (Malaysia) 2019 dan 2020 telah dipilih untuk menghadiri program residensi pelukis di Muzium Seni Asia Fukuoka yang terkenal di Jepun.

Pemenang alumni ini akan berpeluang mempelajari budaya seni negara tuan rumah masing-masing dan pelbagai pendekatan kepada penciptaan seni.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd