Now Reading
Pengasas ICON BREWINGS Cipta ‘The Cronest’. Siri Pastri Baharu Khas Buat Pelanggan

Pengasas ICON BREWINGS Cipta ‘The Cronest’. Siri Pastri Baharu Khas Buat Pelanggan

Apa yang menarik tentang siri The Cronest ini adalah ianya diilhamkan daripada Cross Bun, Danish, Cinnamon Rolls, Tart, Croissant dan banyak lagi.

ICON BREWINGS strudel

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


ICON BREWINGS baru-baru ini telah menyemarakkan lagi tawaran hidangan pastri mereka dengan penampilan baharu iaitu The Cronest. Lebih menarik, siri The Cronest iaitu gabungan perkataan Croissant Nest ini adalah ciptaan Pengasas ICON BREWINGS sendiri iaitu Mr Nicholas Lim.

Siri The Cronest ini tampil dengan lima (5) perisa iaitu:

  • Raspberry.
  • Citrus Peach.
  • Chocolate Ferrero Rocher.
  • Pistachio.
  • Nutella Crush.
Sumber: Siti Murni/TRP

Apa yang menarik tentang siri The Cronest ini adalah ianya diilhamkan daripada Cross Bun, Danish, Cinnamon Rolls, Tart, Croissant dan banyak lagi.

Pastri ini dipenuhi dengan kek keju (cheese cake) di bahagian bawah, manakala di bahagian atas pula diletakkan dengan homemade creamy filling serta buah-buahan import dan juga coklat premium.

Memang ‘marvelous’.

Kerangupan itu memang terserlah siap ada bunyi ‘kruk kruk’ pada gigitan pertama!

Sumber: Siti Murni/TRP

Kesemua pilihan pastri ini boleh didapati terus di cawangan ICON BREWINGS di Taman Segar, Cheras pada jam 9 pagi sehingga 7 malam, setiap hari.


[Interview] TRP Sempat Berbual Dengan Pengasas ICON BREWINGS Tentang Sejarah Kedai Pastri Miliknya

“Started from the bottom, now we’re here…”

Nicholas Lim, Pengasas ICON BREWINGS.

1. Mengapa nama ICON BREWINGS menjadi pilihan? Ceritakan sedikit tentang sejarah nama dan kafe ini.

ICON BREWINGS bermula sebagai sebuah ruang pameran bagi syarikat terdahulu kami, ICON Factory, yang menjalankan perniagaan Reka Bentuk Dalaman. Pada permulaan, kami hanya menyediakan kopi dan tidak menyediakan hidangan panas dari dapur.

2. Apa yang menginspirasikan anda untuk menghasilkan produk (strudel) yang menjadi item jualan terbaik di ICON BREWINGS?

Semasa PKP, jualan kami mengalami penurunan yang ketara terutamanya bagi hidangan panas dari dapur kami. Oleh itu, saya tidak ada pilihan selain meneroka dan memberi lebih tumpuan kepada kategori makanan baru iaitu pastri dan kemanisan.

Saya percaya sesiapa pun boleh memasak sebarang jenis makanan berbeza dengan membakar pastri. Bertuah bagi saya, saya telah belajar dan mendapatkan banyak pengetahuan tentang pastri sejak PKP pertama.

Berita mengenai strudel terunggul kami mula tersebar dan berkembang melalui perkongsian beberapa blogger di platform mereka. Strudel buah asli kami bermula dengan peach dan blueberry sebelum siri lain mula mendapat perhatian orang ramai.

BACA JUGA: Kafe Di Cheras Perkenal Ang Pao Strudel Sempena Tahun Baru Cina. Cantiknya!

3. Adakah terdapat resepi tertentu yang anda ikuti untuk menghasilkan strudel?

Ya, memang. Saya menggunakan pastri berasaskan croissant untuk mencapai tekstur yang kami miliki hari ini dan tidak memberi perhatian kepada strudel tradisional yang tidak mengandungi campuran mentega dalam dohnya.

4. Rancangan masa depan untuk ICON BREWINGS?

Saya lebih memberi tumpuan untuk memperluas perniagaan dan tidak lama lagi kami mungkin dapat mengubah ICON Brewings menjadi Dapur Pusat (Central Kitchen) untuk membekalkan produk kepada perniagaan skala kecil dan jenama lain juga.

5. ‘Hopes & dreams’ untuk perniagaan ICON BREWINGS?

Tentunya, kejayaan dan pertumbuhan perniagaan. Saya sangat berharap ICON Brewings dapat berdiri setinggi jenama komersial lain di pasaran dan fokus pada permainan yang lebih besar serta berkompetisi dengan pemain/jenama besar lain. Selain itu, kami memberi tumpuan kepada membawa impak positif kepada pengguna dan kepuasan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.

6. Cabaran dalam mengendalikan perniagaan ini dari segi menghasilkan strudel terbaik di bandar ini mengambil kira pesaing lain.

Sukar untuk membincangkan cabaran dalam industri ini kerana terdapat beberapa jenama lain yang juga menjual strudel. Namun, apa yang membuat kami lebih baik adalah kerana pelbagai jenis strudel kami yang tiada tandingan dan kami mempunyai lebih banyak variasi.

7. PSA kepada mereka yang belum mencuba strudel daripada ICON BREWINGS.

Datang ke ICON BREWINGS hari ini dan cuba sendiri. Kami mempunyai pelbagai jenis strudel yang sesuai dengan citarasa setiap orang. Selain itu, kami sentiasa berinovasi dan strudel kami sentiasa mengikut trend terkini.

Dalam hal ini, kami juga mengeluarkan beberapa siri mengikut musim, jadi apa yang anda nikmati hari ini mungkin tidak akan berterusan pada musim seterusnya. Dapatkan sementara siri tersebut masih ada!

Sumber: Siti Murni/TRP

Lakukan apa yang anda sukai, bersemangat dengan apa yang anda lakukan, itulah yang membuat saya terus maju. Sebelum ini, saya mempunyai latar belakang dalam Reka Bentuk Dalaman dan menjalankan perniagaan serta pameran Reka Bentuk Dalaman. Tetapi dengan ICON Brewings, saya sentiasa mengaplikasikan segala ilmu yang saya miliki tentang makanan dan minuman ke dalam reka bentuk yang menarik yang tidak dilakukan oleh orang lain.

Nicholas Lim, Pengasas ICON BREWINGS.

Untuk pengetahuan umum, ICON BREWINGS mendapatkan kesemua bekalan dari sumber/pembekal yang memiliki sijil halal. Mereka juga sedang merancang untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal bagi memastikan tiada keraguan dalam kalangan para pelanggan Muslim yang setia di ICON BREWINGS.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd