Now Reading
Nak Bayar Zakat ‘Atas Langit’? Boleh!

Nak Bayar Zakat ‘Atas Langit’? Boleh!

Penumpang yang ingin membuat bayaran boleh mendapatkan bantuan anak kapal yang bertugas. Mereka perlu mengisi borang yang akan dikumpul bersama bayaran zakat sebelum tiba ke destinasi masing-masing.

bayar zakat fitrah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa Zakat Fitrah dalam segi istilah adalah sedekah yang wajib untuk dikeluarkan selepas berbuka puasa untuk beraya dan selesainya Ramadan.

Perintah menunaikan Zakat Fitrah ini bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun yang diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan bagi mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata serta perbuatan yang tak berguna.

Tujuan mengeluarkan Zakat Fitrah juga adalah untuk memberikan makanan buat golongan miskin serta mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya Aidilfitri, 1 Syawal, kelak.


Nak Bayar Zakat ‘Atas Langit’, Boleh Ke?

Jawapannya, boleh.

Untuk pengetahuan anda, Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (IKHLAS), platform gaya hidup patuh syariah Capital A melancarkan Zakat di Langit bagi memudahkan umat Islam membayar zakat termasuk zakat fitrah dalam penerbangan pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Penumpang AirAsia boleh merujuk kepada laman Zakat di Langit pada katalog terbaru AirAsia atau risalah IKHLAS Zakat untuk menunaikan kewajipan zakat dengan mudah dan selesa dalam semua penerbangan ke destinasi domestik seluruh Malaysia.
(Sumber: airasia)

Penumpang AirAsia boleh membuat bayaran zakat fitrah secara tunai kepada anak-anak kapal yang mewakili IKHLAS dengan pilihan untuk disalurkan kepada:

  • Pusat Pungutan Zakat.
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
  • Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK).
  • Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

IKHLAS diberi amanah oleh badan-badan zakat tersebut sebagai rakan usahasama untuk membantu meningkatkan jumlah kutipan zakat mereka demi kebaikan ummah. Sebagai ejen kutipan zakat berlesen, kami diberi kebenaran untuk mengutip semua jenis zakat menerusi semua platform IKHLAS termasuk aplikasi mudah alih, laman web dan alternatif lain termasuk kaedah terbaru yang kami lancarkan dengan usahasama AirAsia iaitu Zakat di Langit.

Ketua Pegawai Eksekutif IKHLAS, Ikhlas Kamarudin.

Inisiatif Terbaharu Oleh IKHLAS

Zakat di Langit merupakan inisiatif terbaru IKHLAS bagi memudahkan penumpang Islam membuat bayaran zakat dalam penerbangan AirAsia.

IKHLAS merupakan ejen yang diiktiraf dan diberi lesen oleh pelbagai institusi zakat negeri untuk mengutip semua kategori bayaran zakat.

Di bawah inisiatif tersebut, IKHLAS bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan AirAsia untuk membantu umat Islam membayar zakat dalam penerbangan.

Penumpang yang ingin membuat bayaran boleh mendapatkan bantuan anak kapal bertugas. Mereka perlu mengisi borang yang akan dikumpul bersama bayaran zakat sebelum tiba ke destinasi masing-masing.

IKHLAS Zakat menyediakan khidmat dalam dan luar talian untuk memudahkan proses pembayaran zakat fitrah (negeri terpilih sahaja), zakat pendapatan, harta, perniagaan, wang simpanan, saham, KWSP/LTAT, emas dan perak juga qadha zakat.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata zakat ialah rukun Islam ketiga yang wajib ditunaikan oleh umat Islam.

Allah SWT menggandingkan kewajipan mendirikan solat dengan berzakat dalam puluhan ayat al-Quran seperti ayat 43 surah al-Baqarah. Ini menunjukkan bahawa zakat itu merupakan satu kewajipan yang tidak terpisah daripada kewajipan utama iaitu mendirikan solat.

PPZ-MAIWP sangat mengalu-alukan usahasama bersama ejen kutipan zakat seperti IKHLAS dalam membantu meningkatkan kutipan zakat. Kami percaya platform IKHLAS mempunyai pengguna dan tarikan tersendiri untuk membantu meningkatkan kesedaran masyarakat. Kami juga perlu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dengan mempelbagaikan saluran bayaran zakat.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman.

Jumlah Kutipan Zakat

Sehingga kini IKHLAS berjaya mengumpul kutipan zakat lebih RM5.2 juta sejak mula memperkenalkan perkhidmatan itu pada 2020. Khusus untuk para pembayar zakat, IKHLAS menawarkan mata ganjaran airasia bagi setiap transaksi juga peluang memenangi pakej IKHLAS Umrah.

IKHLAS

BACA JUGA: IKHLAS Tawar Pakej Umrah & Kini Bekerjasama Dengan Rakan Saudi, Jamin Hotel Buat Para Jemaah


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd