Now Reading
Ingin Kejar Malam Lailatul Qadar? Ini Antara Doa-doa Yang Boleh Dibaca Sepanjang 10 Malam Terakhir Ramadan

Ingin Kejar Malam Lailatul Qadar? Ini Antara Doa-doa Yang Boleh Dibaca Sepanjang 10 Malam Terakhir Ramadan

Kami beri panduan doa-doa yang boleh dibaca sepanjang mengejar malam Lailatul Qadar. Semoga kita semua dipertemukan dengan malam yang mulia itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa Lailatulqadar merupakan satu malam istimewa di bulan Ramadan.

Secara ringkasnya, ‘Lailah’ membawa maksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbit fajar (malam). Manakala, ‘al-Qadar’ pula membawa maksud kemuliaan ataupun hukum/ketetapan.

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang begitu mulia, diberkati, diagungkan, serta memiliki banyak kelebihan. Ia adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Masya-Allah.

Oh! Jangan lupa amalkan juga doa ini:

‎اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”


Antara Doa Yang Boleh Diungkapkan Ketika Mencari Malam Lailatul Qadar.

Sebagai panduan, kita sebagai umat Islam disarankan untuk tidak berputus asa dalam mencari serta memburu malam Lailatul Qadar ini. Beradanya kita di 10 malam terakhir bulan Ramadan, maka akan terselitnya malam Lailatul Qadar di antara 10 hari ini.

BACA JUGA: [Video] Layak Ke Pendosa Jumpa Lailatul Qadar? Ini Jawapan Ustaz Don Daniyal Yang Harus Anda Tahu

Oleh yang demikian, berikut merupakan panduan doa-doa yang boleh dibaca sepanjang pencarian malam yang mulia ini:

Doa Mencari Lailatul Qadar – Bahagian 1: Pengampunan Dosa.

  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa diri sendiri.
  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa ibu bapa.
  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa pasangan.
  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa anak-anak.
  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa keluarga (sanak saudara, adik-beradik, dan lain-lain).
  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa guru, ustaz, ustazah.
  • Meminta ampun ke atas dosa-dosa muslimin dan muslimat (sama ada yang masih hidup ataupun yang telah menghadap Ilahi.

Doa Mencari Lailatul Qadar – Bahagian 2: Keperluan Masa Kehidupan.

  • Dimurahkan rezeki.
  • Diberikan sakinah (ketenangan) dalam keluarga.
  • Semoga anak-anak dipelihara oleh Allah SWT.
  • Meminta untuk diberkati segala rezeki.
  • Dijauhkan daripada musibah, bala, bencana, serta penyakit.
  • Dijauhkan daripada ujian yang tidak mampu untuk ditanggung.
  • Meminta hati anak-anak agar tidak berpecah-belah.
  • Meminta orang lain agar sentiasa kasih kepada keluarga dan diri kita.
  • Dijauhkan daripada orang yang bersifat dengki, khianat, iri hati, serta perasaan cemburu kepada kita.

Doa Mencari Lailatul Qadar – Bahagian 3: Urusan Ketika Kematian.

  • Memohon agar dimatikan dalam Husnol Khotimah.
  • Memohon agar mati dijauhkan daripada fitnah.
  • Memohon agar dapat mengucap syahadah ‘Laa Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah…’.
  • Meminta agar mati ketika sedang beribadah.

Doa Mencari Lailatul Qadar – Bahagian 4: Urusan Ketika Di Alam Barzakh.

  • Dijadikan kubur dari Taman-taman Syurga.
  • Jangan jadikan kuburku dari lubang-lubang api neraka.
  • “Ya Allah, aku takut gelap, Kau terangkanlah kuburku”.
  • “Ya Allah, aku takut sempit, Kau luaskanlah kuburku”.
  • “Ya Allah, Kau lapangkanlah kuburku sejauh mata memandang”.
  • “Ya Allah, berikanlah rezeki padaku di dalam kubur nanti”.
  • “Ya Allah, kau bukakanlah satu pintu nampak tempat duduk ku di dalam syurga nanti”.

Doa Mencari Lailatul Qadar – Bahagian 5: Ketika Di Padang Mahsyar.

  • “Ya Allah, selamatkanlah aku di padang mahsyar”.
  • “Ya Allah, jadikan aku duduk di Maqam Mahmudah (kedudukan yang terpuji)”.
  • “Ya Allah, jadikan aku orang yang duduk di bawah perlindungan arashMu”.
  • “Ya Allah, jangan Kau seksa aku di padang mahsyar”.
  • “Ya Allah, berikanlah suratan amal dari tangan kanan”.
  • “Ya Allah, padamkan dosa-dosa ku di dalam kitab amal”.
  • “Ya Allah, jangan Kau tunjuk/tayang dosa-dosa ku yang aku lakukan di tayangan amal.
  • “Ya Allah, tutup dan lindungilah aibku”.
  • “Ya Allah, beratkan timbangan amalku di sebelah kananku”.
  • “Ya Allah, masukkan aku di dalam golongan yang masuk syurga tanpa hisab”.

Doa Mencari Lailatul Qadar – Bahagian 6: Masuk Ke Syurga Allah SWT.

  • “Ya Allah, kurniakan aku syurga Firdaus”.
  • Bangkitkan aku bersama Nabi Muhammad SAW di Syurga Firdaus.
  • Berilah aku dapat berganding dan berdamping dengan Nabi Muhammad SAW.
  • “Ya Allah, jauhilah aku dari azab api neraka”.

Semoga Allah SWT memberi kita semua ganjaran beribadah pada malam Lailatul Qadar yang merupakan malam yang lebih baik dari seribu bulan

Selamat beramal. 🙂


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd