Now Reading
[Video] Layak Ke Pendosa Jumpa Lailatul Qadar? Ini Jawapan Ustaz Don Daniyal Yang Harus Anda Tahu

[Video] Layak Ke Pendosa Jumpa Lailatul Qadar? Ini Jawapan Ustaz Don Daniyal Yang Harus Anda Tahu

Menurut Ustaz Don, golongan pendosa sememangnya layak dan harus mengharapkan mustajab doa agar dosa dapat diampunkan oleh Allah SWT.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kedatangan bulan Ramadan pastinya mengembirakan seluruh umat Islam di seluruh dunia kerana dapat memperbanyakkan amalan dan melipatgandakan pahala.

Tidak hanya itu, bulan Ramadan yang diwajibkan berpuasa bagi para Mukmin yang memenuhi syarat tertentu juga digelar sebagai bulan keampunan.

Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan

Lebih istimewa lagi, apabila di dalam 10 Ramadan terakhir terselitnya satu malam yang paling penting dan bermakna oleh umat Islam iaitu malam Lailatul Qadar.

Meskipun ia disebut sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan, namun masih ada segelintir individu yang berasa tidak layak menerima keberkatan malam tersebut atau berasa doanya tidak akan dimakbulkan kerana dirinya seorang pendosa.

Golongan pendosa berhak dapat malam Lailatul Qadar

Sehubungan itu, penceramah bebas terkenal Ustaz Don Daniyal menegaskan bahawa golongan pendosa sebenarnya lebih berhak terhadap waktu mustajab doa yang diberikan oleh Allah SWT.

Menerusi hantaran video di laman TikTok miliknya, Ustaz Don berkata golongan terbabit juga haruslah sentiasa berdoa agar segala dosa yang dilakukan diampunkan oleh Allah SWT.

“Dengar apa yang saya nak pesan, pegang sampai seumur hidup dan kalau berlaku pada kawan atau jiran atau sesiapa sahaja. Bagi jawapan yang saya nak bagi ni.

“Orang berdosa macam kita, kena berharap waktu mustajab doa untuk Allah SWT ampun dosa kita. Kita semua berhak untuk berjumpa malam Lailatul Qadar,” katanya.

Untuk info, video yang dikongsikan ini merupakan rakaman yang dimuat naik pada 24 April 2022 namun dikongsikan semula oleh pengguna media sosial yang lain memandangkan sejak semalam (11 April) kita sudahpun memasuki 10 malam terakhir Ramadan pada tahun ini.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menaikkan semangat anda untuk terus meningkatkan amal ibadah ketika 10 malam terakhir ini dan semoga kita semua ditemukan dengan malam Lailatul Qadar.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd