Now Reading
Pestle & Mortar Clothing Tampil Dengan Koleksi Sahra: The Desert Collection Sempena Aidilfitri 2023

Pestle & Mortar Clothing Tampil Dengan Koleksi Sahra: The Desert Collection Sempena Aidilfitri 2023

Sahra: The Desert Collection oleh PMC ini mempunyai Baju Bowling Parsi dengan cetakan geometri berwarna-warni, serta dua pilihan ‘brimless cap’ untuk melengkapkan set.

pestle & mortar clothing

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Pastinya ramai yang kini sedang sibuk dengan persiapan raya, kan? Tambahan buat mereka yang memiliki ahli keluarga ramai dan perlu memikir baju raya sedondon ataupun warna sama.

Pening juga. Setiap tahun kena fikir.


Stor Flagship Pestle & Mortar Clothing (PMC)

Seperti sedia maklum, sekitar hujung Februari lalu, jenama baju Pestle & Mortar telah membuka sebuah flagship store bertempat di APW (A Place Where), Bangsar.

Butik Pestle & Mortar Clothing, APW Bangsar.

Konsep yang diketengahkan oleh PMC untuk flagship store mereka kali ini sememangnya begitu menarik. Dengan tingkap berbentuk mikroorganik bertaburan di sekeliling fasad untuk mencipta bingkai sempurna untuk cebisan penceritaan jenama, konsep unik PMC Kuala Lumpur direka untuk memberikan pengalaman dari saat pelanggan melangkah masuk.

Butik Pestle & Mortar Clothing, APW Bangsar.

BACA LANJUT: Pestle & Mortar Clothing (PMC) Lancar Stor ‘Flagship’ Baharu Di APW Bangsar

Memang lawa sangat. Terpegun kami bila masuk!


Pestle & Mortar Clothing (PMC) Perkenal Sahra: The Desert Collection Sempena Aidilfitri 2023. Dope!

Jenama pakaian streetwear Malaysia, Pestle & Mortar Clothing (PMC) telah melancarkan koleksi Sahra: The Desert Collection bersempena dengan sambutan perayaan Aidilfitri 2023.

Terinspirasi dari siluet Timur Tengah, koleksi ini mempunyai pelbagai jenis t-shirt, brimless cap, bowling shirt, dan juga set Baju Melayu pertama PMC!

Salah satu produk yang menonjol dalam koleksi ini ialah Set Oasis iaitu koleksi Baju Melayu tradisional dengan elemen-inovatif seperti masukan belakang kain berlubang untuk mengekalkan kesejukan dan kelegaan dalam kepanasan.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Baju Melayu Half-Zipped Oasis juga dilengkapi dengan poket tersembunyi yang membolehkan anda untuk meletakkan duit raya. Koleksi Oasis hadir dalam dua pilihan warna, iaitu Blue Stone atau Sand yang boleh didapati dalam satu set atau dijual secara berasingan.

Sahra: The Desert Collection juga mempunyai Baju Bowling Parsi dengan cetakan geometri berwarna-warni, serta dua pilihan ‘brimless cap’ untuk melengkapkan set.

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Koleksi PMC tidak lengkap tanpa t-shirt grafik khas mereka dan terdapat juga edisi baru Flying Mechanic yang bergaya Arab.

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Koleksi ini adalah gabungan sejati antara tradisi dan inovasi, dengan sentuhan gaya streetwear. Kami telah menggabungkan gaya PMC yang unik, menjadikannya bergaya dan boleh dipakai sepanjang tahun untuk semua orang!

Pengasas bersama PMC, Hugh Koh.

Koleksi Sahra: The Desert Collection kini boleh didapati di laman web pestlemortarclothing.com dan cawangan flagship PMC KL di APW Bangsar.


Belanja & Menang!

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Untuk rekod, jika anda berbelanja di PMC KL dengan jumlah RM199 dan ke atas, anda berpeluang untuk menyertai Lucky Draw dan mungkin memenangi PMC Duit Raya hingga RM200 atau hadiah-hadiah menarik dari Kintry.

So, jangan lupa untuk singgah ke PMC KL antara 8 dan 17 April!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd